Lama tak share story about TTC aku..bukan tak nak share tapi aku punya TTC ni on off..tu yang kadang malaih nak citer sangat pasal TTC aku..kadang bersemangat giler..tapi datang semangat yang tak baper nak semangat, stop..buat tak tau je..pasrah & redha je..

cyle ni aku sambung treatment balik kat PPUM..dulu aku penah buat tapi pas tu stop..kan dah habaq aku ikut semangat..datang semangat nak berTTC, bersemangat waja la aku usaha..tapi bila cycle yang aku dah bersemangat tu, usaha tak menjadik..mula ar malas cycle yang berikutnya..macam tu la aku..cycle ni datang semangat aku nak berTTC..tu yang gigih aku kol PPUM nak sambung treatment..nasib PPUM terima..kalau tak kena buat balik dari 1st step..masa aku kol PPUM tu memang kebetulan hari 1st period..so esoknya terus kena datang scan telur2 hari 2nd period..

aku buat secara kronologi je la..sonang..aku nak refer next time..

6/11/2014 ~ Bendera merah berkibar

7/11/2014 ~ 2nd day bendera merah..appt.di PPUM untuk scan telur2..yup, ada beberapa biji di kanan & kiri..Dr. bagi clomid (ubat untuk membantu membesarkan telur)..aku dapat 6 biji which is sebiji sehari..makan sebelum tido..start ber'clomid'..

8/11/2014-12/11/2014 ~ makan clomid..and Dr suh datang pada hari ke-10 untuk scan telur..

14/11/2014 ~ gi ke PPUM untuk scan telur selepas makan clomid..untuk tengok samada telur2 response tak dengan ubat ni..masa scan size is 9mm..Senior Nurse advise datang hari Isnin plak..

17/11/2014 ~ ke PPUM semula untuk scan..size telur masih sama..9mm..okey, fioneee..bertabah..masa ni Senior Nurse dah bagi pilihan samaada aku stop dulu treament untuk cycle ni memandangkan telur tak membesar sangat & just suh try secara natural @ nak tunggu dulu..datang scan lagi minggu depannnya..ikutkan aku dah pilih nak stop dulu tapi Senior Nurse bagi chance pada telur2 aku ni, mana tau kowt membesar..so next week nya kena datang lagi sekali untuk scan..
masa ni jugak aku dah ada order OPK..which is tester untuk tau hari subur kita..aku inform dengan senior nurse, aku dah beli tester ni..so aku cuba la secara natural & tester ni..but senior nurse ni tak baper galakkan sangat..dia cakap jangan percaya 100% kat tester ni..so, malas nak argue aku angguk je la..but still aku buat jugak test OPK ni..

21/11/2014 ~gi PPUM again untuk scan telur..size masih sama..grrrrrr..masa tengok scan asik size sama je, aku amik inisiatif stop minum teh..my feberet..sebab teh kan dalam kategori kaffein..pada pikiran aku mebi sebab aku suka minum teh, takut effect pada pembesaran telur2..Bila tengok size telur still sama, Senior Nurse cancel dulu treatment aku untuk cycle ni..dia just advise bila hari2 yang patut bersama..kira macam try secara natural..dia inform size telur still sama mungkin telur2 aku lambat nak membesar tapi ketebalan dinding & cecair apa ke aku lupa nak tanya, but dia cakap macam dah start proses untuk pregnant cuma tunggu benih aku & mr hubby bercantum je..hihi..aku tak leh nak terang secara detail tapi lebih kurang macam tu la dia explain kat aku..Dia suh aku tunggu period bulan ni, kalau FAILED..dia suh kol balik ke PPUM..datang jupe Dr & dorang akan tambah dose clomid..mebi 3 biji sehari + injection apa ntah..adoiyaiiii..seriau dengar inject2 ni..tambah2 inject yang ni kena buat sendiri tau..

lepas dah stop treatment untuk cycle ni kat PPUM, aku continue buat test OPK pulak kat umah..aku punya memang confuse sebab line samar2 sampai harini cuma skrg line tu dah jadik makin pudar..yang mana kalau makin pudar, maksudnya dah lepas waktu subur aku..ada la 2x, aku tengok line macam terang (maksudnya = waktu subur) tapi aku tak pasti yang mana satu..tapi aku & mr hubby, on je la..hehe..kalau ada rezeki, lekat la cycle ni..kalau tak sila cuba lagi.. ;) Nanti aku update pasal OPK aku ni plak next entry..

tunggu je la result hasil 1st clomid aku cycle ni walaupun baper kali scan telur2 tak membesar..tapi haritu macam dah ada hint2 nak bendera merah..huhu..bertabah je..


Opsss..lupa plak nak inform, cycle ni yang 1st appt tu je aku jupe Dr..yang next next next tu, setiap kali lepas scan Senior Nurse yang take over sebab Dr is busy..

MOTTO for me & Mr Hubby :)


0 Comments