Sabtu lepas, aku & mr hubby gi Plaza Imbi kat area Bkt.Bintang tu..depan Berjaya Times Square..mr hubby hantar repair laptop kat situ..memang selalu kalau laptop rosak, mr hubby suka hantar kat 1 kedai dalam Plaza Imbi tu..Bagus & murah..hehe..Kitaorang kalau gi situ, parking kat sebelah Plaza Imbi tu je..

So hari sabtu ritu, kitaorang naik keta jadiknya parking la kat tempat besa..masa dah dapat parking, kitaorang baru nak kuar dari keta, tetiba datang sorang perempuan india..dalam pertengahan 30-an ke awal 40-an, kitaorang still dalam keta..tingkap memang tak bukak..mr hubby tak jadik nak bukak pintu sebab perempuan india ni berdiri kat sebelah..jadik dia cakap je dari luar but kitaorang dengar la apa yang dia cakap walaupun tingkap tutup..sorry, bukan sebab kitaorang berlagak ke hapa sampai tak nak bukak tingkap @ keluar dari keta tapi sekarang kan macam-macam kes jadik untuk keselamatan kitaorang.. Berbalik pada citer perempuan india ni, dia bukan nak mintak duit..dia pun tau cara dia mintak macamtu memalukan tapi terpaksa..kata dia, dia baru je larikan diri dari rumah sebab tak tahan suami dia kaki mabuk..selalu pukul dia..tu yang dia larikan diri..dia mintak ngan kitaorang belikan nasik, dia tak mo duit..lepas dia dah abis citer tu aku tengok mr hubby..mebi kesian kan dia, mr hubby setuju..bila habis dah explain apa semua baru kitaorang keluar dari keta..masa tengah keluar dari keta, pompuan india ni mintak belikan susu..kata dia, dia ada 3 orang anak & yang kecik tu still minum susu..dia tau kalau beli susu tepung, mahal..dia cuma mintak belikan susu kotak pun tak pe tapi nak kena beli kat Giant plak..kat dalam Plaza Imbi tu tak de jual susu..Mr hubby terus terang, kalau nak gi Giant tu, mr hubby tak mo sebab dah bangunan sebelah sana..kalau beli nasi, okey..perempuan ni tak kisah..so kitaorang gi masuk kat Plaza Imbi tu..kat ground floor tu memang berderet kedai mamak..dah sampai kat salah satu kedai mamak kat situ, perempuan india ni pilih lauk apa yang dia nak..mr hubby just bayar kat tokey kedai tu..

Sebelum2 ni kitaorang selalu gak gi situ sebab nak repair laptop macam aku cakap kat atas ni kan..tak pernah pulak nampak perempuan india ni..mebi betul kowt dia lari dari rumah..tapi masa dia mintak beli nasi ngan kitaorang tu, anak-anak dia tak de..dia sorang je..tak pasti la dia letak anak-anak dia kat mana..

Aku terpikir kenapa pompuan india ni tak gi report polis..Kurang-kurang report polis untuk defend diri dia kowt2 la suami dia cari dia, pukul dia pulak sebab larikan diri dari rumah..Lepas dah gi report polis, try gi ke Jabatan kebajikan Masyarakat ke @ mana-mana tempat yang boleh mintak bantuan perlindungan untuk dia & anak-anak kalau dia tak de family lain yang boleh tolong..yelah sebab dia lari dari rumah dengan anak-anak..sian kat anak-anak dia la..dah ar dia tak keja..nak tanggung anak dengan apa?takkan nak mintak ngan orang je..kalau nasib dia baik haritu, mintak dengan orang beli nasi, orang tu beli, makan le dia & anak-anak..kalau nasib tak baik acane..hmmmm..kalau anak dia ada yang sekolah..kalau dah macam ni, macamne nak sekolahnya..aishhhh..kesian pun ada tengok perempuan india tu tapi kitaorang pun tak berani nak tolong lebih-lebih..tolong yang mampu je..

Rumusannya, sila bersyukur dengan apa yang kita ada..keja tetap, rumah, kenderaan untuk bergerak sana-sini, family & apa-apa yang kita ada..aku pernah terbaca kat mana ntah..kalau kita rasa kita susah..cuba tengok orang lain yang lagi susah dari kita..jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lagi senang..kalau compare diri kita dengan orang yang lagi senang dari kita, hah tu yang ada bersaing tu..orang tu nak beli keta baru, kita nak beli keta baru..orang tu beli umah baru, kita nak beli umah baru..penyudahnya..asik berlawan je la..nak bersaing tengok sapa lagi hebat kannnn..hehe



1 Comments

  1. persaingan sihat takpe.. ni bersaing sape lagi kaya, sape lagi hebat, mmg tak kemana laa.. last2 diri sendiri yg rugi..kan leh dpt ape pun... lawan2 gitu... kuasa Allah sapa kita nak lawan takdirnya.. buatnye kite tetibe jatuh sakit, dah berhabis mcm2... nak beli ubat tak dpt lak.. haaaa..kan ke naya....

    ReplyDelete