Novel : Khilaf Semalam
Penulis :Farrah Hannan
Tebal : 602 m/s

Okey, aku nak buat review novel yang baru habis baca ni..tak de la baru sangat..dalam 2 minggu lepas kowt dah abis baca..tapi aku macam blurrr nak buat review sebab nak karang ayat..cewahhhh..karang le sangat kannn..


2 orang kawan baik >> Hasbul Warits & Liyana Balqis berkahwin dalam usia yang muda selepas ditangkap berdua-duaan dalam pondok kat dalam hutan..akceli dorang tak de buat apa pun masa kat pondok tu..tapi dah kena tangkap berdua-duaan, confirm la orang dah pandang serong..jadik untuk menyelamat keadaan, dorang di paksa berkahwin..Dalam keterpaksaan, kawen la jugak 2 orang kawan baik ni..masa mula-mula macam janggal la jugak sebab sebelum ni dorang berkomunikasi sebagai kawan baik tetiba bertukar status..agak pelik sikit tapi dorang cuba jugak untuk belajar  menerima diri masing-masing..Selepas beberapa bulan, dorang terima berita gembira..Liyana Balqis mengandung..hah, dalam terpaksa terpaksa tu..hiiiii..Memandangkan dorang pun kawen lepas SPM, jadik memasing dah pasang angan-angan nak sambung belajar lepas keputusan SPM keluar..tapi Liyana terpaksa menangguhkan dulu impian nak sambung belajar sebab tengah memboyot (a.k.a mengandung)..Suami dia, Hasbul Warits yang menyambung pengajian di Universiti dahulu..Masa ni start la dorang PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)..Liyana di kampung..Hasbul Warits di Universiti..Dah start PJJ ni, macam-macam dugaan dorang hadapi..Hasbul Warits mula main kayu 3 dengan pelajar pompuan tempat dia belajar..

Lepas je bersalin anak kembar dorang, Liyana sambung belajar di tempat yang sama dengan suami dia..Atas nasihat keluarga kedua-dua belah pihak, untuk merapatkan lagi hubungan suami isteri ni..Walaupun belajar di satu tempat, rahsia dorang suami isteri tetap dirahsiakan dari sesapa..Cuma kawan-kawan dorang pelik jugak, tiap kali cuti mesti Liyana & Hasbul Warits hilang..bila balik je Universiti, lepas dorang bercuti mesti dorang perasan something kat leher memasing..tapi kawan-kawan dorang tak nak pikir bukan2..

1 hari Hasbul Warits terkantoi keluar dengan girlfriend dia tengah makan bersuap-suap bagai..Liyana ternampak sendiri..sebelum ni Liyana cuma dengar orang berciter je tapi tak pernah nampak..Lepas je ternampak adegan suami dia dengan pompuan lain, Liyana terus dingin dengan suami dia..Hasbul sendiri tak tahu yang dia dah terkantoi..Sampai satu tahap Liyana bergaduh dengan girlfriend suami dia yang menyebabkan dia keguguran..Dia pun tak tahu yang dia mengandung lagi..Selepas kes dia keguguran, baru la beberapa orang kawan satu Universiti dengan dorang tahu yang Hasbul & Liyana suami isteri..Yang girlfriend Hasbul pun walaupun dah tahu, tetap nak jugak kat Hasbul..Hasbul pun melayan..Selepas dari satu peristiwa yang berlaku pada Hasbul, ingatkan dia dah insaf & baik semula dengan Liyana..rupanya dia mintak izin dengan Liyana nak kawen dengan girlfriend dia..girlfriend dia pun tak kisah..tapi Liyana kisah sebenarnya tapi dia dah terlepas cakap bagi izin..siap dengan syarat majlis buat di rumah dia..sabor je la..

Hari pernikahan Hasbul & girlfriend dia, Liyana mengelak dari bertembung dengan suami dia..Selepas siapkan apa yang Hasbul perlukan, dia duduk di rumah datuk sedara dia..Masa Liyana duduk berehat kat rumah tuk dia tu, berlaku kebakaran..Kelam kabut Hasbul berlari ke rumah tok dia..Dia dah tak peduli majlis nikah dia & girlfriend dia tu..Gigih dia masuk dalam rumah yang terbakar untuk menyelamatkan Liyana..Liyana selamat..Hmmm..masa tu baru Hasbul tau yang dia perlukan Liyana..Majlis nikah dibatalkan..

Ending >> Dorang berjaya menamatkan pelajaran masing-masing..dan hidup bahagia dengan anak kembar & anak baru dorang..hiiiiii

2 Comments