BPU Tetap DiHati

15:10

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di KKR tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

[Chorus]
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan BPU ini

PUTRAJAYA
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela BERPINDAH
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

[Ulang chorus]
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang PERPINDAHAN ini
Ku ingin sampaikan pesanan
PUTRAJAYA penyambung warisan..


  waaaa..sedeynya Bahagian aku yang sekarang ni akan berpindah ke Putrajaya..mulai minggu depan, beroperasi di sana di sana di sana..aku..as aku mention dalam entry sebelum ni, aku awal-awal dah mintak tukar..duk tunggu surat tukar dari Sumber Manusia tak sampai-sampai..Bila aku follow up dengan Sumber Manusia, katanya surat aku dah buat..tapi idok jugak sampai lagi kat aku..tak paham aku..apa ke laju sangat PSM ni buat keje..hmmm..ntah le tunggu je la..kang komen lebih-lebih, kata banyak cekadak pulak khennn..

Aku start masuk BPU ni dari tahun 2008 sampai sekarang..macam-macam pengalaman pahit manis kat BPU ni..dari 2008 sampai sekarang, 3 bos la aku jaga..semua bos lelaki..bos lelaki ni best..tak banyak bunyi..simple..kalau boleh bos baru nanti pun nak lelaki jugak..heheh..gataiiii..bukan nak menggatal..tapi aku rasa bos lelaki ni senang nak handle..tapi tak semua la..ada jugak yang cerewet..hope future bos aku ni, okey la..hope so..tak kisah la bos laki ke pompuan?yang penting okey & senang nak bekerja..

Nak citer pengalaman aku kat BPU ni, banyakkkkk..aku pun tak baper nak ingat..
 hmmm..macam-macam pengalaman aku kutip bekerja kat BPU ni tapi pahit ke manis ke BPU tetap di hati..

You Might Also Like

0 Comment