Balance RM0.00

17:40

Tetiba ghajin aku update blog weekend..hiiii..tengok pada tahap kerajinan aku..ni mr hubby keluar jap..boleh ar guna lappy dia..heeee..ada je lappy aku tapi malas nak bukak..

semalam mak aku ghajin mengemas2 dalam bilik..sekali terjumpa buku ASW 2020 aku punya..hat lama..aku pun tak ingat bila aku bukak..aku check kat dalam buku tu, aku bukak tahun 2003..update sampai tahun 2004 je..tu pun keluarkan..bukan masuk..balance dalam tu RM0.00..macam tau-tau je azam baharu aku yang aku up entry haritu..nak menyimpan..

aku wassap adik ipar aku nak tanya aktif lagi ke buku ASW 2020 aku ni..adik ipar aku keje kat pejabat pos..jadik boleh ar tanya dia..kalau buku ni aktif lagi, boleh ar aku start menyimpan dalam buku ni balik..haritu ASN, aku dah start menyimpan..harini aku up entry, esok terus simpan..hehe..hope azam baharu aku maintain dan berterusan every month simpan duit..bukan nak berlagak tau nak bagitau yang aku ni ghajin no00 nyimpan duit..aku simpan pun bukan jenis banyak..tak sampai ratus-ratus pun..dalam puluh gitewww je..macam aku citer dalam entry haritu, nak menyimpan untuk waktu kecemasan di samping dapat jugak benefit dividen simpan kat amanah saham ni..

 Berbalik story pasal ASW 2020 aku ni, aku tanya adik ipar aku..aktif lagi ke?kalau aktif aku simpan la duit balik dalam tu..adik ipar aku tanya ada balance lagi ke?aku bitau RM0.00..adik ipar aku suruh try update dulu..dia rasa walaupun balance RM0.00 mungkin ada kowt puluh2 dalam tu..dividen kowt..setahu dia amanah saham ni, start tahun 2012 kalau balance 0, terus automatik tak aktif..macam buku aku ni, tahun 2004..tak pasti la..nanti nak update..try tengok masih aktif lagi ke idok?kalau aktif, aku simpan la duit balik dalam ASW 2020..hehe..opismate aku yang aku citer kat entry haritu, dia simpan kat ASW ni la banyak dividen dia dapat..kata dia ASW ni dividen tinggi..dia la bagitau..aku tak baper pandai sangat..

You Might Also Like

0 Comment