Azam baharuku

19:56

Azam baharu, nak simpan duit dalam ASB / ASN / ASW @ sewaktu dengannya..apakah tetiba nak azam baru bagai ni, fieza oiiiii..saja nak aktifkan balik ASN aku tu..buku mmg dah lama ada tapi tang menyimpan tu je yang tak baper nak ada..ikut suka hati aku nak simpan ke tak..tapi banyak yang tak simpan..aku asal ada duit je, mula la mereka2 nak beli barang apa..pftttt..aptb..sila sedar diri, lakiku itu bukan keja gaji sampai 7-8 ribu..

okey, ni azam baru ni..nnti dapat duit gaji, nak simpan sikit2..kalau dapat untung biz sikit2 pun nak masuk dalam simpanan separuh2..bukan apa, peringatan di masa susah..yelah kita kena beringat bukan selalu kita berada di atas..ada masa kita di bawah..kalau time ada kat bawah tu, contoh kita ada masalah kewangan, ada simpanan ni boleh jugak tolong sikit2..kalau nak pinjam dengan orang lain, tak semestinya orang nak tolong kan????

Lagipun takkan kita nak berharap dengan orang lain je..macam "ooo..tak pe, kalau x de duit, pinjam dengan si polan tu"..kalau si polan tu nak tolong, okey la..kalau tak nak..nak buat apa..jadik untuk mengelak kita terasa hati / sentap sebab bila time susah tak de orang nak tolong walaupun family sendiri, kita beringat..menyimpan le utk masa hadapan..

Meh la kita menyimpan di ASN / ASB / ASW @ yang sewaktu dengannya..kes ni contoh je la..nak bagi peringatan pada diri sendiri..

Aku nak ikut jejak ada sorang  opismate aku ni..dia mmg suka menyimpan kat Amanah saham ni..bila dia check dividen ke bonus dia dapat..mak aih..banyak beb..yang baru ni, dia dapat dividen shj ASW, 6K..okey..jeles..tue la sapa suh tak suka menyimpan..opismate aku ni, nak kata tak shopping..kaki shopping jugak..tapi simpan, simpan jugak..aku pun kenkadang segan sbb selalu teman dia gi simpan duit kat Amanah Saham2 ni tapi aku tak menyimpan pun..pftttt..

Moral of the story ~ sila menyimpan..jangan harapkan pertolongan dari orang lain walaupun mak ayah, adik beradik , sedara-mara @ kawan2..kita berdiri diatas kaki sendiri..bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..



You Might Also Like

4 Comment

  1. Fieza, jangan lupa larikkan sedikit simpanan , masuk ke dalam Tabung Haji.....Tabung Haji ni bagus, selain dapat dividen, dia potong sekali zakat simpanan kita..jadi duit dalam tu kita dah dapat yg bersih.....Yani tiap2 bulan menyimpan duit dalam TH, dah siap2 daftar untuk naik haji suami isteri..walaupun lambat lagi giliran, tapi dah boleh tarik nafas lega, usaha ke arah tu dah ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ dear for info & reminder..insyaallah, akan cuba untuk menyimpan di TH jugak.. :D

      Delete
  2. tabiat menyimpan ni kena terapkan dari kecik, baru la betul2 jadi amalan... i pon dah besar2 ni baru blajar menyimpan...tapi bila i asik korek simpanan je, apa cer kan.... hahahaha :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sepatutnya..macam my ofismate yang saya story kat atas ni..dia mmg simpan duit untuk anak-anak dia jugak..amanah saham / tabung haji..mmg nak contohi cara dia..nanti dah ada anak, memang nak buat mcam ofismate saya ni..

      husband saya cakap, kalau saya nak simpan ni jangan bitau dia..buat senyap2..sebab dia takut nanti time kitaorang tak de duit, dia suruh saya kuarkan..haha..

      Delete