Raya & Semangat TTC

16:23

Korang dah start keje ke harini..aku kat opis le ni..Selepas seminggu bercuti..memasing aku tengok duk update status fb, sume macam tak de mood sebab mood raya lagi..aku okey je sebab seminggu cuti kan..refresh minda..cewah..refresh sangatttt..ngeeee

Okey, ni nak story raya as TTC untuk tahun yang ke-6..fuhhhh..sangat rilex, tak sakit hati @ sentap..tak de langsung..ada la yang bercakap 'ni, x de isi lagi' sambil pegang perut aku..tapi aku boleh jawab dengan cool tanpa rasa sentap pun 'pah..baca2 le sikit kat perut ni supaya ada isi' sambil pegang perut aku..hah..cool tak cool aku boleh jawab macam tu..kalau sebelum2 ni, aku kan cepat sentap..ada jugak yang cakap 'kak yong ni maintain je'..ni kat belah abah aku..dorang panggil aku kak yong..mula aku tak paham..yang cakap ni bapak sedara aku..mula-mula aku ingatkan bapak sedara maksudkan aku maintain kuwus upenya maintain lain..hehe..blur jap..bila dah dapat tangkap maksud maintain tu terus aku jawab balik dengan rilex jugak 'x pe, mana tau nanti dapat kembar ke'..disokong oleh mak sedara aku pulak..hiiiii

nampak tak..aku sangat rilex, cool..x de sentap atau nak jawab yang rasa nak maki orang balik..mungkin dah terbiasa, jadik tak larat nak sentap2..lepas tu sedara-mara yang datang beraya kat umah @ kitaorang gi beraya umah sedara-mara tak de la yang tanya-tanya  'tak de isi lagi ke?'..tahun ni giliran beraya kat belah aku..jadiknya aku rasa rilex sangat sebab selain aku & mr hubby yang tak de rezeki anak lagi ..adik, adik sepupu & mak sedara aku pun sama geng dengan kitaorang tak de anak lagi..jadik tumpuan tak de pada kitaorang sangat sebab ada geng..legaaaaa..hiiiii..cuma opah aku cakap..antara kitaorang ber-4 nak tengok sapa yang preggy dulu..lepas tu nak berpassing-passing preggy..hah, gitewww..aku duk buat lawak..'hadiahnya apa, pah'..hehe

Raya ke-3 baru kitaorang ke Ipoh pulak, raya belah mr hubby..mama buat open house..masa open house, ada la mama bitau dengan sedara-mara yang jarang jumpa, sebab tengok ada budak kecik..anak buah belah mr hubby, si Ariff yang tak boleh duk diam tu (tak memasal haritu aku kena gigit dengan dia, tau..eh, tetiba..okey, sambung citer)..so mama bitau yang Ariff tu anak kepada adik mr hubby..kitaorang tak de rezeki lagi..aku okey je..tak sentap pun..buat-buat main hp..hehe..tapi seyes aku tak sentap pun.. ;)

Ni tetiba semangat nak ber'TTC datang..sebelum ni macam dah down je..maybe semangat sebab nengok anak-anak buah kitaorang..gelagat comey dorang..seyes kiut, hokayyyy..walaupun kalau belah mr hubby, yang si Ariff tu tak tau le aku nak marah ke, nak gelak ke..dengan aku, mmg dia tak ngam..aku tak kaco dia pun tetiba kena pukul la, kena gigit la..haritu dia nak main syampu aku..aku tarik sebab besa budak kecik kan..semua nak masuk kat mulut..dah tu aku ngan si Ariff ni main tarik2 syampu..penyudahnya dia bengang sebab tak dapat syampu, dia gigit jari aku..adoiyaiiiii..sabor je la..kat belah aku pulak, kitaorang ada sorang anak buah, Iman..yang ni pun sama..comeynya tengok sebab dia ada lesung pipit, pas tu baik sangat..kalau dia tak nak, dia buat isyarat tangan..dia tak boleh bercakap lagi, jadik mama dia ajar guna bahasa isyarat..alahai, comey kalau tengok dia buat isyarat tangan 'tak nak'..hehe..

Bila tengok gelagat anak-anak buah kitaorang tu, rasa naluri keibubapaan tu buatkan kitaorang semangat nak ada zuriat sendiri..Semoga TTC kitaorang membuahkan hasil..Aamiin :)

You Might Also Like

4 Comment

  1. Amin...sama la fieza, bila tgk gelagat anak2 buah, terus semangat nak sambung treatment :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, dear..bila tengok gelagat anak2 buah ni, rasa bersemangat nak sambung TTC..kalau tak, rasa dah down sangat..

      Delete
  2. Sama-sama.. sama la kita..
    Jom usaha lagi!

    ReplyDelete