Novel : Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis : Acik Lana
Tebal : 947 m/s

Watak-Watak : Luqman, Melina, Datuk Zakri, Datin Maziah, Rashid, Aliah, Yuni, Zetty, Helmi, Sarah

Luqman anak kepada Rashid & Aliah..Berkelulusan luar negeri..Memandangkan masih belum bekerja jadik dia menolong ayah dia kat kg di Cameron Highlands..kat kg Luqman ada bestfriend perempuan, Sarah..Sarah ni sebenarnya dah lama minat dekat Luqman..Cuma Luqman anggap Sarah ni kawan biasa sahaja..tak kurang tak lebih..

Melina anak Datuk Zakri & Datin Maziah..Masih belajar tapi spoilt..macam besa la anak manja orang kaya..kaki clubbing, suka berparti, seksi, minum, smoking, sosial tapiiii walaupun sosial masih jaga kehormatan sebagai seorang gadis..ada boyfriend, Hariz..tapi nama je boyfriend tapi tak de perasaan cinta pun..cuma Melina bangga dapat couple dengan Hariz sebab Hariz ni jadik rebutan di kalangan gadis2..bestfriend Melina, Yuni & Zetty..perangai sama jugak macam Melina..

Kisah bermula, Datuk Zakri menawarkan Luqman jadi driver & bodyguard Melina memandangkan perangai Melina yang liar & kebaratan..Supaya mudah nak kontrol Melina..Luqman serba salah nak terima offer Datuk Zakri..Yea ar, dia kan berkelulusan luar negeri takkan nak jadik driver kowt..tapi mengenangkan jasa Datuk Zakri yang banyak bantu dia sekeluarga sampai dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri, dia terima jugak offer Datuk Zakri..Penerimaan Melina, ada driver merangkap bodyguard..of course memberontak..Luqman & Melina masing-masing tak suka antara satu sama lain..Luqman tak suka Melina sebab bila dah jadik driver merangkap bodyguard Melina, dia nampak sendiri perangai Melina macamana..Melina pulak tak suka Luqman sebab dia rasa dikongkong..tak bebas..Setiap hari kerja Luqman ambil & hantar Melina ke kolej..bukan setakat hantar lepas tu balik..kena tunggu Melina sampai habis kelas..Sejak-sejak Luqman jadi penunggu setia kat kolej Melina, ramai la student & lecturer perempuan yang duk mengurat Luqman..Hensem kan..tapi Luqman tak layan..

Then, Luqman & Melina kena paksa kawen..Mula-mula kawen memang tak suka la kan..si Melina masa balik kg Luqman untuk majis sambut menantu, siap melarikan diri lagi. Masa kat kampung Luqman ni, Melina kenal dengan Sarah, bestfriend Luqman..dari cara Sarah layan & pandang Luqman, Melina dah nampak yang Sarah memang ada hati kat Luqman..so walaupun Melina belum ada apa-apa perasaan pada Luqman, saja je dia tunjuk konon2 loving sangat dengan Luqman depan Sarah.

Selepas dah kawen tu dorang masih dalam fasa penyesuaian untuk sesuaikan diri..Melina pun slowly berubah & dah start jatuh cinta dengan suami sendiri walaupun ambik masa sikit sebab Melina ni kan eksen sikit..Dorang start betul-betul loving each other lepas honeymoon kat K.Kinabalu..Masa ni Luqman pun dah dapat kerja lain yang sesuai dengan kelulusan dia.

Bila dah baik ni, ada pulak la anasir-anasir luar yang menganggu..si Melina kena kacau dengan ex-bf dia Hariz..nasib tak kena rogol walaupun masa tu Melina tengah pregnen..yang Luqman pulak kena tangkap khalwat dengan Sarah..Sampai kena kawen dengan si Sarah ni..Sarah pulak of course la suka kan..dia kan memang minat giler dengan Luqman..Hari pernikahan Sarah & Luqman, Melina melarikan diri ke luar negeri..merajuk..Tak de sapa tahu kecuali Datin Maziah & kawan baik Melina, Yuni & Zetty..dorang berhubung melalui e-mail je..bila Luqman dapat e-mail Melina dari salah sorang kawan baik Melina ni, terus Melina tutup akaun e-mail tu..Luqman cuba pujuk Melina..Yang si Melina pulak ingat Luqman bahagia dengan Sarah..Jadik dia malas nak ambil tahu pasal Luqman..Walaupun sebenarnya dorang tak bahagia..Sarah cuba tarik perhatian Luqman tapi tak berhasil..Lepas 2 bulan, dorang bercerai..

Lepas dah gaduh-gaduh, merajuk bagai..barula si Luqman & Melina berbaik semula..Dan hasil penyiasasatan Yuni & Zetty, terbongkar sapa punya kerja sampai rumahtangga Luqman & Melina ni porak peranda..Musuh lama Melina!!!!

Ending >> of course happy ending..Luqman & Melina dapat baby girl.. :)

#Okey review novel ni aku tulis ringkas je sebab 947 m/s kowt..jenuh kalau aku nak review detail..ada part-part especially lepas Luqman & Melina dah start sayang2 tu, aku rasa ayat dia romantik giler..boring plak baca ayat jiwang sangat..so aku skip2 je..bukan aku je cakap, ada sorang 2 member aku yang baca novel ni pun cakap yang sama..tapi overall citer dia best & menarik cuma  part ayat jiwang tu je..tak silap citer ni dalam pembikinan untuk diadaptasi ke drama tapi tak pasti bila akan ditayangkan kat tv..watak Luqman (Fahrin Ahmad), Melina (Sara Ali)..

1 Comments

  1. best la contents cerita ni.. wpon sebenarnya typical je kan, kena paksa kawen, mula2 tak suka lepastu nonit nonit2 jatuh cinta...

    ReplyDelete