Done

10:09

Done..dah hantar borang tukar ke Sumber Manusia..baper kali aku duk fotostat m/surat yg nak tulis tempat nak tukar tu..aku confuse..penyudahnya aku main pilih je la bahagian yg ada kosong kat Kementerian ni, pilihan pertama..lagi 2 tu cawangan kat jabatan..tunggu dan lihat je la..walaupun member aku cakap bos kat c2 macam kekwat ke hapa..aku pasrah je..member aku cakap kalau aku dapat kat bahagian tu, buat tak tahu je la kalau betul bos tu macam kekwat. 

ikut style P.A. yang ganti tempat aku kat bahagian sebelum ni. citernya gini dulu sebelum aku tukar ke bahagian sekarang, aku mintak tukar sebab dapat bos pompuan yang sangat menguji kesabaran..mintak tukar, dapat la aku tukar ke bahagian aku sekarang, ex-bos aku tu dapat P.A baru..yang mengagumkan aku, P.A tu bertahan sampai sekarang, ex-bos aku tu pun masih lagi bertugas kat bahagian situ..tak de tukar2..seyes aku kagum..ex-bos aku tu bukan la teruk sangat pun cuma dia langsung tak bagi aku keje pas tu dia assume aku tak gheti buat keja..lagi best, dah la masa tu aku baru masuk..selalu tempoh percubaan untuk staff government 1-3 tahun..lepas tu akan di confirm kan kalau tak de sebarang masalah disiplin @ masalah lain..yang ex-bos aku ni, nak lanjutkan tempoh percubaan aku 3-5 tahun (eh, macam mengumpat ke?? tak ngumpat okey, ni citer betul)..pas tu markah penilaian tahunan (SKT) aku, kalau swasta panggil KPI ex bos aku ni bagi markah rendah giler (bawah 65%)..bila aku inform ngan staff @ orang-orang lama kat bahagian tu, dorang cakap markah yang bos aku bagi tu, maksudnya aku tak reti buat keja langsung..terkejut aku masa dorang cakap..salah aku ke kalau bos tak nak bagi keje..ex-bos aku tu pun kalau ada apa-apa keja dia tak bagi kat aku..dia bagi ngan sorang officer kat situ..officer ni la yang advice aku untuk tukar..


so tu aku sangat kagum P.A yang ganti tempat aku tu boleh bertahan dengan ex-bos aku ni.. Memandangkan member aku pun nasihat kalau aku dapat tukar ke bahagian yang baru ni, bos macam kekwat..buat tak tahu je la..buat keja macam besa..ikut style P.A. ni..okey..lagipun kena la cuba dulu kan..tak boleh ar dengar-dengar orang cakap je yang kita tak tahu kesahihan betul atau tak..


Dalam borang tu kena isi 3 tempat pilihan yang dipilih untuk bertukar..jadik tak tau la sangkut yang mana satu..tunggu dan lihat !!!!

You Might Also Like

4 Comment

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. oitt...ko pon mintak tuka gak ker..pesall? bos dh ok....ish..ish..ishh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahagian aku bergabung ar..ikut perjawatan baru, post P.A. ada satu je..post tu dah diisi sebab bos baru aku ni dah ada P.A. dia sendiri..

      Delete
  3. smg Allah berikan yg terbaik buat fieza...amin...

    ReplyDelete