AFB Feeds

beauty

Hair Treatment

20:27

Meh nak share story aku buat treatment rambut semalam..heeèe..tapi treatment yang ni aku buat relaxer..selalu aku buat rebonding..saja je tukar relaxer sbb relaxer ni lebih kurang macam rebonding jugak tapi dia lebih nmpk natural..kalau rebonding rambut nmpk straight sangat..relaxer ni rambut straight jugak cuma lebih nampak natural sbb ada alun2 sikit..org salun yg buat rambut aku ni inform, ubat utk relaxer ni mild..kalau rebonding ubat jenis strong..

Masa buat ni aku ingt sekali je letak ubat untuk relaxer ni..rupenye 2x ko..yang ke-3 dorang letak ubat utk scalp pulak sbb aku buat scalp treatment jugak..ubat untuk scalp treatment ni, best..beranginnnn je kepala..

Aku selalu kalau buat treatment rambut ni kat Ipoh..ada 1 salun ni memang peberet aku la..harga pun murah..macam aku buat relaxer treatment ni, harga RM130.00 & scalp treatment RM30.00..so total RM160.00..okey la kan..kalau kat KL, rasanya RM200 lebih..



2x letak ubat untuk relaxer ni..iolls okey je..

Salun feberet aku..kat area Ipoh..

Okey, ni la hasilnyaaaa..tantik tak, tantik tak..hiiii

Aidilfitri

Kad Raya

17:11


Kad raya hasil kekreatif-an kitaorg mengedit gambar & ayat..apa yang penting "kerjasamaaaa"..

So to all my blog readers yg beragama islam, nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin..0-0.. :D

Yang mana baru nak gerak balik kg, hati2 di jalanraya..Aku & mr hubby dah ada kat kg..ngeee..semalam kitaorg dah start cuti..otw balik kg semalam, highway clear, x jammed..mebi ramai yang start balik kg memasing harini (sabtu) & esok (ahad)..

harini aku baca kat status fb & iG, ramai update jalan jammed.. :D

#Bersiaran dari salun rambut..heeee..

Keyword

Penangan Rindu Awak 200%

11:10

Check Nuffnang tadi, tengok2..eh, ada 6 BE menari-nari kat blog..tQ tQ tQ Nuffnang..Walaupun blog tak baper nak famos amos sangat..update pun ikut suka hati je..visitor pun rasanya idok la sampai beratus/beribu-ribu lemon..Apapun tQ tau Nuffnang sudi bagi BE..ni yang lagi semangat nak update blog selalu cuma selalu kekeringan idea je..tapi akan diusahakan untuk update selalu sebab uollsss baik hati bagi iolls BE..heeee



Meh cekidaut keywords yang top sampai orang masuk ke blogku yang tak sebaper ni..oo..rupa-rupanya keyword berkaitan novel yang dah diadaptasi ke drama yang tengah ditayangkan sekarang..orang duk google pasal citer ni la..semua tak sabar nak tau ending..jangan kata korang, aku pun kalau novel dah diadaptasi ke drama, mesti nak tau ending..tu pasal, aku suka baca novel dulu..bila dah baca novel, baru rasa macam 'okey, dah tau ending dia' ..ngeeee..lepas tu layan drama pulak coz nak tau menjadik tak lakonan especially hero & heroinnya..sebab ada sesetengah novel dah diadaptasi ke drama, lakonan hero & heroin tak menjadik..bila tak menjadik, adalah sangat spoilt..jadik pihak produksi kena match hero & heroin yang ngam so bila penonton tengok, bagi kesan kat hati (cewahhhh..tetiba jadik pengkritik..apakah???sila jangan perasantan..hiiii)

check kat dashboard pulak, tengok baper orang  yang review pasal novel ni..tu diaaaa...terkezut jap

hamikkkk..

ada yang komen tanya sebab kenapa Armel ni berubah..ala, tak mo citer..heeeee (jangan mare..) lagipun mungkin dalam drama, di ubah sikit dari jalan citer dalam novel..mungkin la..jadik kita layannnn je la..drama ni pun best, menjadik la gandingan hero & heroin..hero hensem : D [apa pun mr hubby lagi hensem..kena cover line..kang mr hubby baca ni, merajuk plak..hehe]..

Salam Aidilfitri Kosong Kosong >>
http://aquagugurl.readthisstory.net/my-8012994

Review Novel #3 ~ Maaf Jika Aku Tak Sempurna

14:38

Novel : Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis : Acik Lana
Tebal : 947 m/s

Watak-Watak : Luqman, Melina, Datuk Zakri, Datin Maziah, Rashid, Aliah, Yuni, Zetty, Helmi, Sarah

Luqman anak kepada Rashid & Aliah..Berkelulusan luar negeri..Memandangkan masih belum bekerja jadik dia menolong ayah dia kat kg di Cameron Highlands..kat kg Luqman ada bestfriend perempuan, Sarah..Sarah ni sebenarnya dah lama minat dekat Luqman..Cuma Luqman anggap Sarah ni kawan biasa sahaja..tak kurang tak lebih..

Melina anak Datuk Zakri & Datin Maziah..Masih belajar tapi spoilt..macam besa la anak manja orang kaya..kaki clubbing, suka berparti, seksi, minum, smoking, sosial tapiiii walaupun sosial masih jaga kehormatan sebagai seorang gadis..ada boyfriend, Hariz..tapi nama je boyfriend tapi tak de perasaan cinta pun..cuma Melina bangga dapat couple dengan Hariz sebab Hariz ni jadik rebutan di kalangan gadis2..bestfriend Melina, Yuni & Zetty..perangai sama jugak macam Melina..

Kisah bermula, Datuk Zakri menawarkan Luqman jadi driver & bodyguard Melina memandangkan perangai Melina yang liar & kebaratan..Supaya mudah nak kontrol Melina..Luqman serba salah nak terima offer Datuk Zakri..Yea ar, dia kan berkelulusan luar negeri takkan nak jadik driver kowt..tapi mengenangkan jasa Datuk Zakri yang banyak bantu dia sekeluarga sampai dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri, dia terima jugak offer Datuk Zakri..Penerimaan Melina, ada driver merangkap bodyguard..of course memberontak..Luqman & Melina masing-masing tak suka antara satu sama lain..Luqman tak suka Melina sebab bila dah jadik driver merangkap bodyguard Melina, dia nampak sendiri perangai Melina macamana..Melina pulak tak suka Luqman sebab dia rasa dikongkong..tak bebas..Setiap hari kerja Luqman ambil & hantar Melina ke kolej..bukan setakat hantar lepas tu balik..kena tunggu Melina sampai habis kelas..Sejak-sejak Luqman jadi penunggu setia kat kolej Melina, ramai la student & lecturer perempuan yang duk mengurat Luqman..Hensem kan..tapi Luqman tak layan..

Then, Luqman & Melina kena paksa kawen..Mula-mula kawen memang tak suka la kan..si Melina masa balik kg Luqman untuk majis sambut menantu, siap melarikan diri lagi. Masa kat kampung Luqman ni, Melina kenal dengan Sarah, bestfriend Luqman..dari cara Sarah layan & pandang Luqman, Melina dah nampak yang Sarah memang ada hati kat Luqman..so walaupun Melina belum ada apa-apa perasaan pada Luqman, saja je dia tunjuk konon2 loving sangat dengan Luqman depan Sarah.

Selepas dah kawen tu dorang masih dalam fasa penyesuaian untuk sesuaikan diri..Melina pun slowly berubah & dah start jatuh cinta dengan suami sendiri walaupun ambik masa sikit sebab Melina ni kan eksen sikit..Dorang start betul-betul loving each other lepas honeymoon kat K.Kinabalu..Masa ni Luqman pun dah dapat kerja lain yang sesuai dengan kelulusan dia.

Bila dah baik ni, ada pulak la anasir-anasir luar yang menganggu..si Melina kena kacau dengan ex-bf dia Hariz..nasib tak kena rogol walaupun masa tu Melina tengah pregnen..yang Luqman pulak kena tangkap khalwat dengan Sarah..Sampai kena kawen dengan si Sarah ni..Sarah pulak of course la suka kan..dia kan memang minat giler dengan Luqman..Hari pernikahan Sarah & Luqman, Melina melarikan diri ke luar negeri..merajuk..Tak de sapa tahu kecuali Datin Maziah & kawan baik Melina, Yuni & Zetty..dorang berhubung melalui e-mail je..bila Luqman dapat e-mail Melina dari salah sorang kawan baik Melina ni, terus Melina tutup akaun e-mail tu..Luqman cuba pujuk Melina..Yang si Melina pulak ingat Luqman bahagia dengan Sarah..Jadik dia malas nak ambil tahu pasal Luqman..Walaupun sebenarnya dorang tak bahagia..Sarah cuba tarik perhatian Luqman tapi tak berhasil..Lepas 2 bulan, dorang bercerai..

Lepas dah gaduh-gaduh, merajuk bagai..barula si Luqman & Melina berbaik semula..Dan hasil penyiasasatan Yuni & Zetty, terbongkar sapa punya kerja sampai rumahtangga Luqman & Melina ni porak peranda..Musuh lama Melina!!!!

Ending >> of course happy ending..Luqman & Melina dapat baby girl.. :)

#Okey review novel ni aku tulis ringkas je sebab 947 m/s kowt..jenuh kalau aku nak review detail..ada part-part especially lepas Luqman & Melina dah start sayang2 tu, aku rasa ayat dia romantik giler..boring plak baca ayat jiwang sangat..so aku skip2 je..bukan aku je cakap, ada sorang 2 member aku yang baca novel ni pun cakap yang sama..tapi overall citer dia best & menarik cuma  part ayat jiwang tu je..tak silap citer ni dalam pembikinan untuk diadaptasi ke drama tapi tak pasti bila akan ditayangkan kat tv..watak Luqman (Fahrin Ahmad), Melina (Sara Ali)..

LifeStyle

Done

10:09

Done..dah hantar borang tukar ke Sumber Manusia..baper kali aku duk fotostat m/surat yg nak tulis tempat nak tukar tu..aku confuse..penyudahnya aku main pilih je la bahagian yg ada kosong kat Kementerian ni, pilihan pertama..lagi 2 tu cawangan kat jabatan..tunggu dan lihat je la..walaupun member aku cakap bos kat c2 macam kekwat ke hapa..aku pasrah je..member aku cakap kalau aku dapat kat bahagian tu, buat tak tahu je la kalau betul bos tu macam kekwat. 

ikut style P.A. yang ganti tempat aku kat bahagian sebelum ni. citernya gini dulu sebelum aku tukar ke bahagian sekarang, aku mintak tukar sebab dapat bos pompuan yang sangat menguji kesabaran..mintak tukar, dapat la aku tukar ke bahagian aku sekarang, ex-bos aku tu dapat P.A baru..yang mengagumkan aku, P.A tu bertahan sampai sekarang, ex-bos aku tu pun masih lagi bertugas kat bahagian situ..tak de tukar2..seyes aku kagum..ex-bos aku tu bukan la teruk sangat pun cuma dia langsung tak bagi aku keje pas tu dia assume aku tak gheti buat keja..lagi best, dah la masa tu aku baru masuk..selalu tempoh percubaan untuk staff government 1-3 tahun..lepas tu akan di confirm kan kalau tak de sebarang masalah disiplin @ masalah lain..yang ex-bos aku ni, nak lanjutkan tempoh percubaan aku 3-5 tahun (eh, macam mengumpat ke?? tak ngumpat okey, ni citer betul)..pas tu markah penilaian tahunan (SKT) aku, kalau swasta panggil KPI ex bos aku ni bagi markah rendah giler (bawah 65%)..bila aku inform ngan staff @ orang-orang lama kat bahagian tu, dorang cakap markah yang bos aku bagi tu, maksudnya aku tak reti buat keja langsung..terkejut aku masa dorang cakap..salah aku ke kalau bos tak nak bagi keje..ex-bos aku tu pun kalau ada apa-apa keja dia tak bagi kat aku..dia bagi ngan sorang officer kat situ..officer ni la yang advice aku untuk tukar..


so tu aku sangat kagum P.A yang ganti tempat aku tu boleh bertahan dengan ex-bos aku ni.. Memandangkan member aku pun nasihat kalau aku dapat tukar ke bahagian yang baru ni, bos macam kekwat..buat tak tahu je la..buat keja macam besa..ikut style P.A. ni..okey..lagipun kena la cuba dulu kan..tak boleh ar dengar-dengar orang cakap je yang kita tak tahu kesahihan betul atau tak..


Dalam borang tu kena isi 3 tempat pilihan yang dipilih untuk bertukar..jadik tak tau la sangkut yang mana satu..tunggu dan lihat !!!!

LifeStyle

Berbelah Bahagi / Darab / Tambah / Tolak

09:31

Tengah berbelah bahagi / darab / tambah / tolak sume bagai..okey, story is like this..Bahagian aku sekarang dah combined dengan satu lagi bahagian which is bahagian yang 1 lagi tu di Putrajaya..Bos kat Putrajaya yang kitaorang bergabung ni adalah bos baru kat bahagian aku ni..so bila dah bergabung ni, jawatan2 pun ada la yang bertambah @ berkurang..masalah aku post aku sekarang..bila 2 bahagian jadik 1 bahagian, so otomatik post aku ni >> P/A ada 1 je la sebab kalau ikut prosedur, setiap Bahagian kat Kementerian ni 1 bos 1 P/A..bos baru aku plak dah memang ada P/A dia..jadik dah tentu-tentu la aku yang kena kuar kan..confirm2 bos aku pilih P/A dia yang sekarang..walaupun ayat bos baru kitaorang ni, nanti dia pilih P/A mana yang dia nak..tapi dia tak yah cakap, aku dah tau dia pilih P/A dia sekarang..jadik kena la aku yang beralah, kena keluar..huhu..

Aku ada la tanya2 dengan Bhg.Sumber Manusia tempat aku ni, kat mana ada post kosong dalam Kementerian ni..dia ada inform 1 Bahagian kat Kementerian ni ada kosong..tapi masalahnya ada plak member aku bitau, bos yang kat bahagian ni, macam kekwat sikit..staff2 kat situ,  bos tu baru masuk seminggu, dorang dah kalut mintak tukar..pulakkkk dah..aku baru nak apply kat situ..pastu aku ada citer ngan sorang member aku kat Jabatan , dia cakap tempat dia ada kosong..tapi masalahnya kat Jabatan tak boleh bukak internet time keja (eh, confuse ni..nak keje ke nak main tenet ni..hehe)..

Kelebihan & Kekurangan

Kementerian >> boleh bukak internet waktu kerja tapi boss kekwat pulekkkk
Jabatan >> tak boleh bukak internet waktu kerja..cuma boleh bukak website Jabatan je..bos tak tau la okey ke idok..Dari segi kerja, tak de masalah..sebab tugas P/A kat mana-mana bahagian sama je..

ni hat mana aku nak pilih..yang ofismate aku tak bagi aku tukar..dia suh hold dulu..tapiiii masalahnya post P/A ada 1 je sebab dah bergabung kan pastu pulak ada dengar ura-ura yang Bahagian aku sekarang mungkin kena pindah ke opis Putrajaya..ah sudah..kalau aku gheti drive tak pe jugak..ni kena naik transport awam..dah aku nak amik WP yang mana..confirm2 lambat kalau naik transport awam..

Throwback nostalgia dolu2 masa kecik2 time Raya >> 

http://aquagugurl.readthisstory.net/my-7959564

Review Novel #2 ~ Rindu Awak 200%

09:31

Holla..okey, nak buat review novel terbaru yang aku baru abis baca..Rindu Awak 200% karya Liyana Zahim..Novel ni dah di adaptasi ke drama yang baru start hari selasa lepas kat tv3 pukul 7pm..

Watak2 ~ Zill Faezrul (Zul Ariffin), Armel Aisya (Ayda Jebat), Azad, Raziqah, Zahirin, Iqbal, Daria, Raizil, Nazneen, Irene

Permulaan novel ni, macam slow sikit..macam boring pun ada..tapi bila dah part Armel & Zill Faezrul ni dah berkenalan baru okey sikit..tambah2 part lepas dorang kawen..haihhhh..geram aku ngan si Armel ni..rasa nak lempang2 je sebab attitude dia yang sangat ego, perasan bagus, pandang rendah pada suami sendiri, tak hormat orang tua & bla bla bla..

Zill Faezrul seorang pilot..Armel lulusan luar negeri..Lepas kawen, Armel tak tahu pekerjaan Zill..cuma dia pelik waktu kerja Zill yang tak menentu tu..3-4 hari hilang pas tu cuti lama..tapi sebabkan ego Armel yang tinggi, dia malas nak amik tahu kerja Zill..dia dengan life dia..tido pun bilik asing-asing..Armel ni nak tunjuk dia punya lagak, dia memang buat tahap kurang ajar kat Zill walaupun Zill layan dia baik..sabar je layan karenah dia yang ntah hapa-hapa tu..Zill pulak jenis suka cakap lepas, lagi la buat Armel bengang dengan dia..Armel pulak buat perangai macam orang bujang, ikut kepala dia..keluar suka-suka hati sampai tahap keluar dengan ex-bf dia..tapi ada satu peristiwa yang buatkan Armel ni berubah 100%..baru la si Armel ni nak buat baik dengan Zill..Zill pulak tahap give up dah tak kose nak layan Armel..tapi cair jugak Zill dengan Armel sebab bila tengok attitude Armel yang berubah 100% walaupun dia ragu-ragu masa mula-mula..Si Armel ni rasa kecik hati jugak la bila tengok Zill layan tak layan dengan dia.. hah!! baru si Armel tau macamne perasaan Zill bila dia buat macamtu kat Zill..

Bila dorang dah start baik ni, baru la best sikit..sangat loving okey..masa dorang dah baik mula-mula, Armel still tak tahu kerja Zill..Zill pulak tak nak berterus terang..tapi one day Armel 'ter'baca diari Zill..tahu la Armel kerja & life story Zill sebelum dorang kawen..baru la ada part rindu-rinduan (sesuai dengan tajuk kan), bila Zill kena fly berhari-hari..

Dorang dah baik, ada pulak orang ke-3 yang nak porak peranda kan rumahtangga dorang sbb orang ke-3 ni suka dengan Zill..orang ke-3 ni, memang dah lama taruh hati kat Zill tapi Zill anggap dia kawan biasa je..Macam-macam dia buat untuk tarik perhatian Zill tapi Zill sangat setia dengan Armel..sikit pun dia tak tergugat..Tak dapat pengaruh Zill, orang ke-3 ni buat cerita pada Armel plak..Armel percaya jugak la dengan pengaruh orang ke-3 tu..mebi sebab masa tu Armel tengah pregnen so emo sikit..tambah-tambah Mel pernah jumpa dengan orang ke-3 tu masa dorang gi honeymoon so Mel nampak la reaksi & cara orang ke-3 tu memang suka kat Zill..cuma Zill tak percaya bila Mel cakap orang ke-3 tu suka dengan dia..sebab bagi Zill dia layan semua kawan-kawan dia sama je..Bila Zill kena tikam dengan orang ke-3 tu, baru la terbongkar kisah sebenar..

Ending >> of course happy ending..Zill & Armel dapat baby..baby tu dinamakan Faiq Esyan..

Review ni berdasarkan pada novel Rindu Awak 200%..tak pasti kalau dah adaptasi ke drama, dorang ikut exactly jalan citer macam dalam novel atau ada ubah sikit2..so meh la kita layan Rindu Awak 200% pulak lepas KTAR (Kerana Terpaksa Aku Relakan)..eh, tetiba 'ter' promosi plak..hihi

Review Novel #1 ~ Jauh Dari Cinta

15:51

okey..sapa ikut drama ni kat Astro..angkat tangan..akuuuuu..hehe..mula-mula ingat nak abis baca novel ni dulu baru tengok drama..sekali haritu dah terbaca bab 1-2 secara online kat blog Penulisan2u..eh eh macam best la plak kan..terus tengok drama..ni aku baru je abis baca novel Jauh Dari Cinta..meh nak buat review plak..haritu kan aku inform sebab aku dah jadik pencinta novel..so mana2 novel yang aku dah baca, aku bagi review sikit..waaaa..macam hebat je..ala, saja je..nak bagi nampak blog aku ber'update'..bijak tak, bijak tak.. :)

 Jauh Dari Cinta karya Adah Hamidah..watak utama Nysa SakinahFarish Aqil..watak-watak sampingan ~ Sara Lilyana, Hadif, Kamal, Miza, parents Nysa & parents Farish..

Citer dia bermula dari Universiti..Nysa & Aqil ni 1 universiti..Nysa junior Aqil..Nysa dah lama gilerrrr jatuh cinta dengan Aqil ni..tapi masa Nysa bitau kat Aqil pasal ni..Aqil tolak mentah-mentah sebab masa tu Aqil ni ada Lily..walaupun sebenarnya Aqil ni pun dah jatuh cinta kat Nysa jugak tapi dia nafikan..dia anggap Nysa macam adik (konon)..so lepas Aqil tolak cinta Nysa..Nysa menjauhkan diri..Lepas beberapa tahun, dorang di pertemukan semula untuk dijodohkan atas aturan keluarga..Nysa mula-mula tak percaya betul ke Aqil ni bakal dijodohkan dengan dia sebab Aqil kan pernah tolak cinta dia..tapi masa sebelum dorang bertunang, Aqil macam serius je siap bagi bunga bagai..tunggu depan umah sewa Nysa malam-malam nak jumpa Nysa..so dorang bertunang jugak..tapi lepas bertunang..si Aqil ni berubah sikap, nak contact susah..nak jumpa lagi la susah..macam mengelak dari Nysa pun ada..Nysa pun macam dah berjauh hati..1 hari masa kenduri doa selamat kat rumah Aqil, Nysa terjumpa 1 nota yang ada e-mail & password dalam bilik Aqil..Nysa pun saja check e-mail tu,sekali banyak e-mail dari seseorang bernama Lily untuk Aqil..dari situ Nysa buat andaian sendiri yang Aqil tak boleh terima Nysa..cuma Lily je dalam hati Aqil ..so Nysa pun sebab dah lama kan tunggu 2 tahun tengok si Aqil tak de jugak bagi hint untuk melangsungkan wedding dorang..Nysa nak putuskan pertunangan dorang..macam-macam la Nysa ni buat tapi tak menjadik..kawen jugak..

Dah kawen, si Aqil ni bawak Nysa pindah ke kondo yang Aqil ni dah beli untuk dia & Lily sebenarnya..decor & warna dalam kondo tu semua favourite Lily..Nysa pendam rasa je..sampai 1 tahap Nysa ni rasa dia perlu cari Lily untuk bahagia kan Aqil (konon)..Nysa nak undur diri sebab bila Aqil dengan Nysa, macam tak bahagia (andaian Nysa)..macam-macam Nysa buat tapi tak berjaya..Konon-konon Nysa nak mengundur diri bagi Aqil kawen dengan Lily tapi Lily yang mengundur diri lagi beberapa hari pernikahan dorang..

Sebenarnya Aqil dah lama sayang & cinta kat Nysa tapi Nysa ni seorang yang suka buat andaian sendiri..

okey, novel ni sweet ada, sakit hati pun ada..aku bagi 4 bintang..hehe..drama Jauh Dari Cinta sekarang tengah tayang kat Astro Prima..lakonan Hafizul Kamal (Farish Aqil), Anzalna (Nysa Sakinah), Nas-T (Hadif), Sara Lilyana (Shera Aiyob)

Review Novel

Gilerrrr Novel..

15:00


Hobi baru aku sekarang..BACA NOVEL..gara-gara pengaruh opismate aku le ni..aku pilih novel yang dah diadaptasi ke drama..lepas dah habis novel, maraton tengok drama pulak..aduiiii..parah sungguh la..drama yang adaptasi dari novel, paling aku suka Setia Hujung Nyawa tu..waaaaa..seyes comey tengok watak Nelydia & Amar tu..okey, fine aku tau..citer ni tahun lepas ke 2 tahun lepas kowt..aku baru gedik2 tengok..masa aku duk layan drama tu kat tab, mak aku siap perli aku lagi..citer lamaaaa..baru nak tengok..tak kira la..baru terjebak ngan novel..sebelum2 ni aku layan jugak novel tapi gitu-gitu je..ni dah terjebak balik..yang tak menahan tu, rasa nak baca novel tu sampai habis dalam masa 1 hari..tapi aku tak boleh ar nak abiskan dalam masa 1 hari..selalunya 2-3 hari gak tambah-tambah kalau novel tu tebal sampai baper ratus muka surat..ni aku baru abis baca novel Maaf Aku Tak Sempurna..novel ni aku baca sebab aku ada terbaca kat fb, akan jadik drama..hero & heroin Fahrin ngan Sara Ali..kalau tak silap aku la..tadi member aku bagi pinjam plak novel Jauh Dari Cinta..ala..drama yang tengah tayang kat Astro sekarang..heroin dia Anzalna..hero dia, aku tak baper nak kenal sangat..tapi lakonan boleh tahan..selalunya aku abis baca novel tu, baru aku tengok drama dia tapi ritu aku ada terbaca bab 1 & 2 kat blog Penulisan2u, menarik jalan citer dia..tu yang aku layan drama pulak..duk mencari jugak novel ni, sekali tadi member bagi pinjam plak novel dia..suka, suka, suka.. :D

okey..nampak tak nampak tak..aku gilerrrr novel sekarang..tu yang aku kenkadang jarang update blog..pasal ni la..citer yang tengah hot sekarang pukul 7 ~ Kerana Terpaksa KuRelakan..pun aku dah abis baca novel dia.. HAPPY ENDING :D

haritu pun aku ada terbaca kat fb, ada 1 novel lagi akan diadaptasi ke drama >> Bila Hati Berbicara..hero dia yang jadik Tajul Fahin dalam drama KTAR tu..heroin tak kenal..okey, aku tengah cari novel ni plak yeak..nak baca..macam best je..novel ni lama sikit..aku google, keluaran tahun 2007..okey, sapa ada novel ni..meh nak beli..hehe

memandangkan hobi baru aku baca novel, nanti lepas abis baca setiap novel aku buat review yeak..haha..tetiba..ala, saja je suka2..ada le point kan buat entry baru..idok le tak berupdate blog aku ni..

LifeStyle

Streamyx

15:48

Tadi gigih la aku naik cab gi TM Muzium..Sebelum ni, selalu gi situ ngan mr hubby..tapi memandangkan mr hubby dah tukar tempat keje kat Subang..mana boleh kuar suka2 hati..tambah2 swasta kan..so kena la belajar berdikari sikit..masa nak gi situ tadi, serius aku tak tau nak bagi direction kat driver taxi..aku tau kat mana TM Muzium tu cuma tak gheti nak bagi direction nak ke situ..kan ada sesetengah driver taxi tak tau jalan..dia balik tanya kita..tapi nasib baik la teksi aku naik tadi, tau..walaupun mula2 dia macam tak sure..kena caj RM5.40..tapi sebab keperamahan aku borak ngan driver taxi tu, dia bagi RM5.00 je..okey la..

Gi TM tadi nak terminate line streamyx kat umah kitaorang yang kat Semenyih tu..sebelum ni kitaorang guna streamyx sbb kat situ tak dapat UNIFI..mr hubby dari dulu lagi nak pakai UNIFI..memandangkan kitaorang dah stay ngan parents aku, kitaorang upgrade ke UNIFI..area umah parents aku, ada UNIFI..so Streamyx kat Semenyih tu kena le terminate..tadi sampai2 kat kaunter, kena isi borang Residential Service Termination Request Form (macam dalam gambar )..


 Lepas dah abis isi borang atas ni, gi balik kat kaunter..staff tu akan check dulu..kowt ada tertinggal apa2 info ke, dia akan bitau..lepas tu baru dia bagi no.giliran..aku gi tadi, pagi..so orang tak ramai sangat..


Sampai kat kaunter..bagi borang & i/c..dorang akan fotostat i/c kita..then dia amik borang kat atas tu..cop terima..1 copy bagi kat kita balik..dah setel..nanti dorang akan terminate line streamyx kita..eh lupa plak..kalau nak terminate line streamyx sekali ngan line telefon umah..kena bawak sekali telefon yang TM bagi masa mula2 kita register ngan TM..kalau tak kena caj RM66.00..kalau tak nak bagi balik pun tak pe kita simpan telefon & nombor telefon kita tu..tapi kita kena bayar la sewa bulan2 telefon RM25.00 / RM26.00 cam tu..kalau korang guna telefon tu untuk buat panggilan, kena bayar le caj panggilan baper yang kena setiap bulan tu..ataupun boleh je nak maintain nombor telefon kita sekali ngan telefon tu..TM akan bagi pengurangan sewa telefon RM25.00 / RM26.00 tu..so bulan2 cuma bayar RM1.00 je..ni orang TM tu la yang bitau aku tadi..cakap ngan dorang nak maintain nombor telefon..setel..kat borang aku tadi, staff tu tulis 'maintain'..tak tau le betul ke idak..nnti tunggu bil telefon bulan ni..tengok betul ke tak staff TM tu cakap..kalau salah, mmg kena serang ngan aku TM Muzium tu..

nak balik opis tadi, memula aku nak naik cab..sekali tunggu kat bus stop macam kena berebut je ngan warganegara asing..teksi lak, bukan main payah nak muncul..kalau time tak nak tu, siap hon2 lagi..masa tunggu kat bus stop tu, baru aku pasan yang TM Muzium tu dekat je ngan Dataran Maybank depan PuduRaya tu..aku macam lerrrr..aku tau le kalau kat situ, dekat ngan LRT Masjid Jamek..jadiknya exercise le sikit tadi jalan kaki ke LRT Masjid Jamek..nasib cuaca okey..tak panas..naik LRT kat situ, benti kat SOGO..pas tu apa lagi..exercise la lagi sampai opis..kurus aku.. :)

Nuffnang

Nak story pasaipa yeak??

13:57

Hi Hi semua..Salam Ramadhan..dah puasa ke-5 harini, baru aku nak wish kat reader blog aku :) eh, ada ke orang baca..wah perahsan :D..x kisah la ada orang baca ke tak..nak wish jugak..


lama tak membebel kat sini sebab KEMALASAN MELAMPAU..bukan tak nak hapdate apa2, tak de story nak share pun..aku jenguk jugak la blog kesayangan ni cuma tak de idea & story nak citer..so bukak, baca entry yang lepas2 pas tu tutup..bukak fb..ni tetiba datang plak kerajinan nak membebel..so, nak story pasaipa yeak..tadi cam terkezut masa check kat nuffnang..saja je le nak check khennn..sekali tengok2 ada 2 iklan menari2 dalam blog aku ni dari NuffNang..1 masih on going..waaaaa..terharu hokay walaupun 2 bulan tak hapdate blog..tQ NuffNang :D lepas ni akan cuba rajin update blog..eh, motip..hehe



Jadik sebab dah lama aku tak hapdate apa2, aku story pasai aku & mr hubby ar..sekarang kitaorang dah stay ngan family aku..sebab mr hubby dah tukar tempat keje..tempat keje baru mr hubby ni kat area Subang..umah kitaorang kat Semenyih..agak2 pukul baper la kitaorang nak kuar rumah kalau kitaorang stay kat Semenyih tu..aku keje area KL..So untuk memudahkan kitaorang decide stay ngan parents aku..lagipun parents aku dah duk kat rumah DBKL yang pattern baru so ada 3 bilik..tak macam quarters yang dulu kitaorang duk sebelum aku kawen..ada 1 bilik je..rumah parents aku ni kat area KL je..kenapa mr hubby tukar keje?? erm..dapat better offer..baru je start keje 1st julai ritu..so mr hubby masih dalam proses nak sesuaikan diri ngan environment kat tempat keje baru..lagi plak, kat situ boleh dikatakan semua staff cina..ada baper kerat je melayu..jadik agak amik masa sikit la untuk dapatkan kepercayaan dorang kan..

Dah duduk ngan parents aku ni, tak de la aku nak memasak sangat sebab mak dah siap masak..hehe.. :D aku tolong sikit2 je..

aku dalam dilema ni..nak cari lemari letak kain baju kitaorang..tapi tak mo la beli lemari kayu tu sebab bilik yang aku & mr hubby duk skrg dah crowded..nak cari cube wardrobe..tapi mak aku tak baper berkenan plak..mak aku nak cari tingkat kain yang orang dulu punya style..mak aku nak cari yang jenis tahan..aku plak cari yang cantik..ate camne??sesapa ada experience guna cube wardrobe ni tak?share sikit..tahan tak cube wardrobe ni? aku ngan mak kan dari dulu tau yang mana aku berkenan, mak tak berkenan..yang mana aku tak berkenan, mak berkenan..pftttt..tak pe, nanti nak try diskus ngan mr hubby dulu..kalau beli yang cube wardrobe tu kena DIY..tak tau le mr hubby ku itu rajin ke idok nak DIY..kalau tak rajin, mengalah le ngan mak aku..beli ikut taste mak aku le..

Berkenan hat ni..Cube Wardrobe
mak aku nak cari yang macam ni..ala..tak cun..sila abaikan pampers tu..ni gambar pinjam kat mr google..

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.