AFB Feeds

birthday

Hi-Tea & Birthday

16:32

2 story dalam 1 entry..Semalam birthday aku yang ke-23..okey, jangan caya..sila +10..hehe..tak pe akak tetap nampak muda..orang selalu teka umor aku 25..bila cakap dah masuk 3 series,tak caya..kembang kuncup idung bila orang cakap cenggitu..hehe..

Semalam birthday aku..mr hubby tak bagi present..is okey..aku kan selalu mintak macam-macam, kira hadiah tu selalu le dapat..cewah..mr hubby semalam tak wish apa2 pun, tau..aku pun dah terbesa ar,ingat dia lupa..macam tahun lepas pun kan aku ingat dia lupa..upenya dia ingat ko..aku jer yang selalu pikiran negatip..tengahari semalam mr hubby ajak kuar lunch..walaupun ofis kitaorang dekat2 je tapi jarang2 kuar time lunch..so semalam mr hubby ajak lunch, okey je la..aku ingat ada seprais khennnn..kowt la mr hubby bawak bunga @ hadiah..tapi verangan je la..tak pe, tak pe..dah naik motor, mr hubby tanya nak makan kat ne..aku cakap tak kisah..mana-mana pun boleh..mr hubby suggest 1 tempat tu, tapi aku dengar nama tempat tu cam tak konpiden je nak makan kat c2..reject2..so 2nd choice, KFC..dah sampai KFC tu, mr hubby suh letak helmet dalam box motor..aku cam 'eh, selalu kalau kuar kejap2 tak payah letak helmet dalam box pun..suh pegang je..'tapi dah mr hubby suruh tu, aku ikut je la arahan..isteri yang baik..bukak2 box, tadaaaaa seprais..bungaaaaaa..senyum ko..tapi mr hubby cakap muka aku cam tak seprais je..eh..seprais le cuma ekspresi muka tu kurengggg..lepas makan, balik ofis..aku tukar baju maxi dress..nak attend Hi-Tea PUSPANITA KKRM dekat Dewan area ofis..tema Jubah/Maxi Dress..so jom layanzzzz gambor2 le plak.. ;)



Menu ~ Laksa Johor, Bihun Singapore, Kuih 2 jenis, Buah-Buahan & Air - Teh 'O' , Kopi & Fruit Punch

Muslimah Fashion Show

Muslimah Fashion Show

Tarian dari Sarawak..bersempena Menteri kitaorang asal dari Sarawak..agaknyaaa lah..
Aku & akak2 ofis, tak tunggu sampai habis majlis so dalam pukul 4, kitaorang dah naik ofis..ikutkan majlis dari pukul 3 - 5pm..

Chocolate Cup Cake..ada sorang pegawai kat ofis aku bagi..tanjat aku tetiba pegawai ni datang bagi kek ni sambil nyanyi lagi 'Happy Birthday to you'. Eh, jangan pikiran bukan2 tau..pegawai yang bagi ni pompuan yea..tQ Puan Nurul :) Pn.Nurul ni antara feveret pegawai, bos aku so selalu la aku berurusan dengan dia ni..

lepas Hi-Tea semalam, naik ofis masuk bilik bos..tangkap gambar dengan bunga mr hubby bagi..hihi..bilik bos ada cermin..bos plak outstation..hmmm, cun le..

bunga letak dalam bilik..romantikkkk sikit..
okey, sempena birthday aku semalam, ada beberapa item aku buat SALES seperti dibawah :~

DAHLIA DRESS..2pcs RM100 free postage

SAFIYA DRESS..2pcs RM100 free postage..

Maxi Dress ~ 2pcs RM100 free postage..

SCALLOP ~ RM75 free postage..
FB Pages >>>> CFB
to order >>>>  boleh direct text/whatsapp 0126805640

Nak tengok warna2 & design lain boleh masuk ke pages @ website kat atas ni..klik je link tu..

vacation

Terer

14:31

Repeat USS lagikkkk jadik kalini kitaorang mencari gerai yang katanya ada bubur nasi yang famos amos kat JB..masa 1st day, dah jumpa tempat ni..tak jauh dari hotel kitaorang stay tu..jalan kaki je..masa 1st trip bulan 11 ritu, tak tau pun ada warung ni dekat je ngan hotel kitaorang stay..lepas tu aku up entry kat blog, ada sorang member blog bitau pasal bubur nasik ni..jadik dah repeat ni, kita cari la..kat situ memang berderet gerai..bukan gerai yang Bubur Sentosa tu je..1st day tu, rasanya kitaorang try tom yam, telur dadar, nasi putih & mr hubby kalau tak silap char kuey tiaw kowt (tak hingat)..lepas tu adik ipar aku order kerang sambal..sedap hokay..esoknya kitaorang dinner kat situ lagi, adik ipar aku siap repeat lagi kerang sambal..sampai kakak yang amik order tu cam adik ipar aku..masa 2nd day ni baru try yang bubur nasi sentosa tu..aku tak snap gambor..ni gambor hasil ehsan mr google..memang sedap le..adik ipar aku cakap 'kat Johor ni memang senang ke nak dapat bubur nasi'..yang masa kitaorang makan kat Kg.Majiedee tu pun ada bubur nasik..agaknya orang Johor memang terer masak bubur nasik..sedap plak tu..pada tekak aku, aku rasa sedap je..tapi mr hubby tak layan bubur nasik..2nd day tu, tak ingat mr hubby order apa..

gambar google..siap ada chopstick lagi..mr hubby tegur aku nengok aku reti pakai chopstick..dulu masa sekolah hari2 makan kat kantin sekolah pakai chopstick tau..hehe

Gerai bubur nasi ni berdekatan dengan Hotel Grand Sentosa, Johor Bharu..jalan kaki je..
Selain gerai bubur nasi ni, berderet lagi gerai lain sepanjang jalan tu..pilih ar menu ikut selera memasing..

entry pasal USS hold dulu yea (macam ada orang kisah je, kan..x kira nak story jugak)..nanti aku story sebab gambar tak transfer lagi dari kamera..bz kat umah..hehe


Feena Kurung Scallop..Feena Kurung ni boleh pilih nak match dengan plain skirt & printed skirt..

Cosry Lace Dress

New arrival @ ChintaFiezz Boutique..new collection..for more detail, view here :~

FB Pages >>>>> ChintaFiezz-Boutique

Jalan-Jalan Cari Makan

Jalan-Jalan Cari Makan #JB

13:04

Last week aku, mr hubby, mama & adik mr hubby gi coti2 malaysia..stay hotel kat malaysia, tapi jenjalan kat oberseee yang sangat oberseee itu..haha..akcelinya aku & mr hubby repeat USS lagikkkk..hihi..kalini bawak mama & adik mr hubby plak..kitaorang guna pakej dengan travel agent yang sama..next entry nanti aku story..kalini punya pakej best, ada dapat voucher makan, shopping & parking..

kitaorang gerak hari Jumaat pagi..sebelum gerak tu, breakfast kat Restoran Mamak area umah kitaorang..dah setel breakfast terus gerak ke Johor..masa nak sampai Johor tu, time2 lunch..so mr hubby suh aku google, cari tempat makan yang best..google punya google, jumpa kat blog2 yang mana penah travel ke Johor, ramai suggest Kedai Makan kat Kg.Melayu Majidee, Johor Bharu..dengan bantuan Waze, terus menuju ke situ..kedai makan ni bukan 1 je kedai,dia macam gerai2 (dalam 1 bumbung)..so kat situ pelbagai jenis makanan la..pilih & bayor je..harga tak mahal..mampu bayor..meh ar tengok makanan masa 1st day kitaorang sampai Johor..ritu masa aku & mr hubby datang, kitaorang tak mencari pun kedai makan yang best2 area Johor ni..kitaorang makan kat kedai mamak area Hotel kitaorang stay tu je..padahal, ada je warung2 melayu tak jauh dari hotel tu termasuk ar bubur nasik yang katanya femes amos kat Johor Bharu ni..aku tau pun ada sorang readers aku yang stay kat Johor bitau..lorrrr..jadik 2nd time datang Johor, harusss cari..

yang ni masa 1st day kitaorang sampai Johor..lunch di warung makan Kg.Melayu Majidee, Johor Bharu..kitaorang order - bubur nasik, mee bandung, nasi goreng cendawan..Air ~ teh O, ABC, yang lagi 2 aku tak ingat..


warung makan kat Kg.Melayu Majidee ni..gerai2..macam food stall kat shopping complex cuma susunan dia tak teratur..Gerai Azmie Wawa ni, sampai beratur orang beli ABC..masa nak gerak balik KL tu singgah lagi ke sini, hah ko beratur orang beli ABC dia..dia bungkus pun bukan dalam plastik..memang packaging dia cantik, elok je dalam bekas..
Bubur nasik..aku & mama order yang sama..sebab kitaorang dua2 kena ulser..jadik bubur la makanan yang sesuai..menu ~ bubur nasik, telur masin, kangkung, ikan bilis & kacang goreng..komen ~ sedap..

ABC kat Gerai Azmie Wawa, okey sedap..ni spesel punya, ada eskrem atas tu..mr hubby order mee bandung, pun sedap..adik ipar aku Nasi Goreng Cendawan..tak de gambor..sebab adik ipar aku tak komen sedap ke tak, jadik malas nak tangkap gambor..kalau sedap baru tangkap gambor..hihi

Rojak (tapau) untuk minum petang..makan kat hotel..ala, yang ni sedap tapi lupa nak tangkap gambar..seyes memang sedap la rojak kat situ..kuah dia, pekat likat sedap..rojak ni kedai yang sama ngan bubur nasi yang kitaorang order ni..

seyes sedap le makanan kat sini, ikut pada tekak kitaorang la..tak tau le pada orang lain..tapi kalau dah sampai ke Johor Bahru tu, tak salah ar cuba try test makanan kat sini..berbaloi-baloi..

LifeStyle

Deli Frankkk sangattttt ;)

15:21

waaaa..dah lama tak membebel kat sini..bukan bz sangat pun..last week tak tau la pasaipa, aku tak leh nak bukak blog kat ofis..bukan tak boleh bukak, boleh bukak..tapi aku nak sign in tak boleh..aku nak balas komen pun, tak boleh..ni pun aku try2 je, nasib boleh..legaaaaa..

Sebab last week tak hapdate apa2 kat sini rasa macam janggal plak nak menaip..hehe..ngengada sangattttt..okey la, aku letak gambar..nanti aku detailkan..tak tau nak tulis ayat apa..

ni story last week..aku, mr hubby & adik mr hubby gi nengok wayang kat MidValley..kitaorang nak tengok citer 'The Legend Hercules'..adik ipar aku sebelum nengok wayang tu, dia gi beli kat Deli Frankk (ala2 sebutan orang perancis) minum petang, ada offer..kalau tengok gambar tu macam menarik so ingatkan butter, jam dah letak sekali kat roti..tunggu nak ngap je masuk dalam mulut..sekali tengok2, sila letak sendiri..udah la tak letak sudu..ada pun sudu cetoit kecik yang hat untuk kacau air tu..bukan roti je, air pun tak letak gula..letak sendiri..kira self sendiri..hah, serupa tak payah..dah la mahal, roti dia plak macam keras je..mr hubby cakap macam biskut lutut..hihi..

makan kat tangga je..dah la roti kena letak butter & jam sendiri..hamikkkk..self service..bayor je mahal

air..hmmm boleh la..

big bro & lil sis

okey, uter comey


tunggu movie start

Stok baru di ChintaFiezz Boutique :) untuk lebih detail @ design yang lain boleh bukak pages @ website kat bawah ni :) klik jer..

Pages ~ ChintaFiezz Boutique
Web ~  http://www.chintafiezz.com.my/

 

NBH0127 AINUN JUBAH DRESS



NBH0128 HAIFA DRESS


Jalan-Jalan Cari Makan

Burgerbyte

10:52

Semalam pas keje, kitaorang menyinggah dinner kat 1 restoran baru area umah..last week ahad masa aku & mr hubby gi pasar malam nak cari makan malam, kitaorang menyinggah kat restoran ni sebab tengok dah bukak..lagipun ramai je orang kat dalam restoran tu..sekali dah lalu depan restoran tu, nampak sign board 'PRIVATE FUNCTION'..hihi..gigih la mr hubby tak nak beli makanan kat pasar malam haritu..yang aku dah beli kuey tiaw sup..sekali gi singgah haritu, tengok2 belum bukak secara rasmi lagi..hihi..dorang cakap official bukak 31hb..so semalam balik keje, mr hubby ajak dinner kat situ..try test makanan c2 sedap ke idok..

The Menu ~ front
The Menu ~ Back
Pening arrrr..nak pilih apa????

Pilihan mr hubby ~ Beef Jalapeno & air Fresh Orange

Pilihan aku ~ Chicken With Cheese & air Teh 'O'

Total..


Komen aku ~ yang aku punya tu, aku rasa sedap je..tapi mr hubby cakap ayam dia macam kureng sikit sebab banyak garlic..ntah..aku rasa sedap je..yang mr hubby punya lak, mr hubby tak cakap apa pun..sedap la kowt..selalu kalau tak sedap, mr hubby mesti komen..saiz burger kat c2, kecik je macam burger biasa maksud aku tak la kecik sangat..sederhana tapi untuk aku yang tak kuat makan ni, jenuh nak abihkan burger tu..sampai tahap aku makan main tolak2 je nak bagi habis..mr hubby punya, tak yah tanya licin pinggan..mr hubby cakap orang tu nak basuh pinggan pun senang..

Table Calendar

13:20

Tahun2 lepas nak masuk tahun baru je kat opis mesti dapat table calendar..kadang bukan 1 sampai 2-3 sekali dapat..aku naik pening nak letak kat mana..tahun ni, 1 pun tak dapat..agaknya sume amik langkah2 penjimatan kowt..jadik sebab tu, kita guna kreativiti memasing la..aku google calendar 2014..banyak weiiii..aku plak yang pening nak print hat mana..pilih punya pilih tadi, dapat la 2 pilihan hati..1 letak kat ofis, 1 lagi kat umah..


okey la kan..kira table calendar la ni..letak kat meja..pen dengan stapler tu kena ikat, kalau idok berkaki pen dengan stapler aku tu..asik ilang je..
selalu kalau dapat table calendar free, aku letak kat sini.. tapi tahun ni, ubah sikit..aku letak senarai cop2 kat tempat aku..

2.0.1.4

12:59

Selamat Tahun Baru to all my blog readers..cewah pasan je macam ramai benor baca blog aku ni..tak kira, nak wish jugak untuk sesapa yang rajin menjengah ke blog tak baper nak glamssss ni..Semalam celebrate kat ne korang2 sume..aku & mr hubby, atas katil (hihi..hah, jangan pikior ke lain plak..ai is tengah bendera merah so lepak atas katil sambil layan tv)..mr hubby awal2 dah fengsan..so aku le layan tv sensorang..tapi jap je sebab lepas tu tv tengok aku..sedor kejap sebab macam dengar bunyi bunga api kat area umah aku ni..

Azam tahun baru..hmmmm..tengah pikior ni..banyak sangat dalam list..tapi macam malas nak tulis kat sini..tulis dalam hati je..hihi..sendiri tau, sudahhh..

okey la ni nak bagi kalendar 2014 kat korang..gigih aku google tau..hihi..


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.