LifeStyle

Banjir..

20:49

Banjir..Perak pun terjejas..ingatkan kat Pantai Timur je.. Adik sepupu aku hapdate kat instagram dia..wah..terkejut..kat arena square tu dah nak tenggelam..harini pun nasib x ujan kat Kuala Kangsar, kalau x air naik lagi rasanya..adik sepupu aku mention kedai2 yang kat area atas masih beroperasi..cuma dekat Lembah tu je kedai2 sume dah tutup..Air Sg.Perak naik..


Ni caption ig adik sepupu aku utk gmbr kat bawah ni..area Lembah dekat Sg.Perak..memang Lembah ni mengadap dengan Sg.Perak..


Ni Arena Square yg adik sepupu aku mention dah hampir nak tenggelam..nampak bumbung je..Arena ni kat Lembah la, mengadap dengan Sg.Perak..

Tadi dapat WhatsApp group kata Kelantan dah isytihar darurat..Ujian untuk Malaysia..Smoga mereka2 yang terlibat dalam keadaan selamat..dan keadaan kembali pulih seperti biasa..

Update Terkini 24/12/2014 :~
Baru dapat wassap dari adik aku jap ni..sepupu kitaorg wassap kat adik aku..keadaan banjir kat area Arena Kuala Kangsar yang aku citer kat atas ni..

















LifeStyle

::SEDIH::

19:52


Perempuan, menangis..menangis, perempuan..ish ish..bestfren sungguh 😃

Amal

Terpikir

14:42

Sabtu lepas, aku & mr hubby gi Plaza Imbi kat area Bkt.Bintang tu..depan Berjaya Times Square..mr hubby hantar repair laptop kat situ..memang selalu kalau laptop rosak, mr hubby suka hantar kat 1 kedai dalam Plaza Imbi tu..Bagus & murah..hehe..Kitaorang kalau gi situ, parking kat sebelah Plaza Imbi tu je..

So hari sabtu ritu, kitaorang naik keta jadiknya parking la kat tempat besa..masa dah dapat parking, kitaorang baru nak kuar dari keta, tetiba datang sorang perempuan india..dalam pertengahan 30-an ke awal 40-an, kitaorang still dalam keta..tingkap memang tak bukak..mr hubby tak jadik nak bukak pintu sebab perempuan india ni berdiri kat sebelah..jadik dia cakap je dari luar but kitaorang dengar la apa yang dia cakap walaupun tingkap tutup..sorry, bukan sebab kitaorang berlagak ke hapa sampai tak nak bukak tingkap @ keluar dari keta tapi sekarang kan macam-macam kes jadik untuk keselamatan kitaorang.. Berbalik pada citer perempuan india ni, dia bukan nak mintak duit..dia pun tau cara dia mintak macamtu memalukan tapi terpaksa..kata dia, dia baru je larikan diri dari rumah sebab tak tahan suami dia kaki mabuk..selalu pukul dia..tu yang dia larikan diri..dia mintak ngan kitaorang belikan nasik, dia tak mo duit..lepas dia dah abis citer tu aku tengok mr hubby..mebi kesian kan dia, mr hubby setuju..bila habis dah explain apa semua baru kitaorang keluar dari keta..masa tengah keluar dari keta, pompuan india ni mintak belikan susu..kata dia, dia ada 3 orang anak & yang kecik tu still minum susu..dia tau kalau beli susu tepung, mahal..dia cuma mintak belikan susu kotak pun tak pe tapi nak kena beli kat Giant plak..kat dalam Plaza Imbi tu tak de jual susu..Mr hubby terus terang, kalau nak gi Giant tu, mr hubby tak mo sebab dah bangunan sebelah sana..kalau beli nasi, okey..perempuan ni tak kisah..so kitaorang gi masuk kat Plaza Imbi tu..kat ground floor tu memang berderet kedai mamak..dah sampai kat salah satu kedai mamak kat situ, perempuan india ni pilih lauk apa yang dia nak..mr hubby just bayar kat tokey kedai tu..

Sebelum2 ni kitaorang selalu gak gi situ sebab nak repair laptop macam aku cakap kat atas ni kan..tak pernah pulak nampak perempuan india ni..mebi betul kowt dia lari dari rumah..tapi masa dia mintak beli nasi ngan kitaorang tu, anak-anak dia tak de..dia sorang je..tak pasti la dia letak anak-anak dia kat mana..

Aku terpikir kenapa pompuan india ni tak gi report polis..Kurang-kurang report polis untuk defend diri dia kowt2 la suami dia cari dia, pukul dia pulak sebab larikan diri dari rumah..Lepas dah gi report polis, try gi ke Jabatan kebajikan Masyarakat ke @ mana-mana tempat yang boleh mintak bantuan perlindungan untuk dia & anak-anak kalau dia tak de family lain yang boleh tolong..yelah sebab dia lari dari rumah dengan anak-anak..sian kat anak-anak dia la..dah ar dia tak keja..nak tanggung anak dengan apa?takkan nak mintak ngan orang je..kalau nasib dia baik haritu, mintak dengan orang beli nasi, orang tu beli, makan le dia & anak-anak..kalau nasib tak baik acane..hmmmm..kalau anak dia ada yang sekolah..kalau dah macam ni, macamne nak sekolahnya..aishhhh..kesian pun ada tengok perempuan india tu tapi kitaorang pun tak berani nak tolong lebih-lebih..tolong yang mampu je..

Rumusannya, sila bersyukur dengan apa yang kita ada..keja tetap, rumah, kenderaan untuk bergerak sana-sini, family & apa-apa yang kita ada..aku pernah terbaca kat mana ntah..kalau kita rasa kita susah..cuba tengok orang lain yang lagi susah dari kita..jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lagi senang..kalau compare diri kita dengan orang yang lagi senang dari kita, hah tu yang ada bersaing tu..orang tu nak beli keta baru, kita nak beli keta baru..orang tu beli umah baru, kita nak beli umah baru..penyudahnya..asik berlawan je la..nak bersaing tengok sapa lagi hebat kannnn..hehe



LifeStyle

Sweetttt..

11:58

Sweet dream sungguh semalam..hihi..boleyyy mimpi ngandung..haha..siap dalam mimpi tu boleh feel lagi, rasa pregnant baby boy..peyut kecit je tapi still boleh nampak boyot..haha..ala sweet hokayyy..

rasa sebelum tido tak de pulak verangan @ pikir pasal pregnant..ish ish..mimpi menan tido..tapi sweet pulak mimpi ngandung..insyaallah, ada rezeki nanti.. :) Aamiin..



LifeStyle

Happy weiiii..

10:55

Bersiaran dari library..hehe..sejak bila pulak la aku jadik kaki ulat buku ni..hehe..idok la akcelinya aku dapat tukar, beb..suka suka suka..ingat tak entry aku pasal berita gumbira haritu..ni la berita gumbiranya..seyes tak sangka sangat dapat surat kena tukar..orang dapat surat tukar, tak baper hepi..aku..hepi gilerrrr woi..sebab terlepas dari bos aku yang macam *&^%$&*&%^& hapa tu..ala, selalu kan aku ngomel pasal bos aku tu..opsss sorry, ex-bos aku kat sini..

semalam aku dah lapor diri kat tempat baru..kat Kementerian ni jugak..aku jaga 3rd bos kat bahagian tu..ala, okey je la..malas aku nak banyak citer..SYMP je..tapi bos yang patut aku jaga tu tak masuk lagi so aku free la skrg..jawatan aku & bakal bos aku kat bahagian aku skrg ni jawatan baru jadik bilik sume baru nak setup..semalam masa lapor diri, pegawai kat situ dah tunjuk la bilik aku tapi kosong lagi..apa benda pun tak de..abis dah tak tau nak gi mana sebab bilik aku pun tak siap lagi, aku lepak je la kat library ni..at least aku duk kat dalam kawasan office..aku tak merayap gi SOGO ke hapa..baik tak baik tak aku..hehe..semalam masa lapor diri, pegawai yang bawak aku introduce dengan semua staff kat situ, ada la tanya sapa ganti tempat aku & baper orang P.A. baru yang lapor diri kat Kementerian ni sebab dia tau aku jaga sapa sebelum ni so aku cakap P.A. baru yang ganti tempat aku..and ada 2 orang P.A. baru..sorang gi tingkat 6..kuar la ayat dari mulut pegawai ni 'napa bahagian sumber manusia tak hantar yang baru kat bahagian ni [bhg. aku lapor diri ni]'..paham x maksud dia..aku buat tak tau je la..kose nak amik port..mungkin dia sikit suspicious kowt dengan aku..takut aku jenis bermasalah agaknya..sebab aku kena tukar..lantok la..nanti bos aku dah masuk kat situ & bilik dah siap [ehhh..bilik mmg dah siap, barang2 je tak de lagi..hehe]..biar la dia nilai sendiri, aku dalam kategori bermasalah ke idok..malas nak cakap banyak..

apapun kita enjoice..hahaha..

ofis

Berita Gumbira for me

14:23

Alhamdulillah..pagi2 dapat berita gumbira..aku macam tak caya..betul ke idok??ermm..bukan berita gumbira yang 'tu' tu..ni berita gumbira lain..nanti aku share, okey..

Pas tu tengahari tadi time lunch, tengah duk pilih nak beli lauk apa terjumpa dengan ex officer tempat lama aku..aku macam terkejut sebab tengok dia pregnant..haritu baper kali terserempak, tak nampak pun macam pregnant..apa lagi amik kesempatan pegang perut dia yang memboyot tu..amik aura..hehe..borak2 jap dengan dia sambil2 tapau lunch kat gerai yang sama..masa nak bayor, akak kat kedai tu cakap ex-pegawai aku dah bayarkan..alhamdulillah..rezeki rezeki..pagi2 dapat gud new..tengahari ada orang bayarkan untuk lunch..moga murah rezeki ex-pegawai aku tu..

still happy lagi pasal news yang pagi tadi..tersenyum lebor aku.. :D




bisnes kecil-kecilan

Perfume oo Perfume

15:54

Perfume Perfume Perfume

Hehe..tetiba tukar jual parfume pulak..meh sapa nak, boleh terus Wassap aku..limited..tak tau nak up entry apa, meh la aku promote perfume..size kecik punya tu..ada 2 jenis perfume..

cekidaut gambar kat bawah :~

PERFUME CHANEL EXCLUSIVE 5 IN 1 (KOTAK KAYU)
Size : 7.5ML
RM70 + Postage RM6 (SM) | RM10(SS)

PERFUME DIOR 5 IN 1 DARI FRANCE
Size : 5 ML
RM50 + Postage RM6 (SM), RM10(SS)
To Order : WhatsApp | TeleGram 0126805640

LifeStyle

P.A. GaNti

16:21

Semalam & harini, aku bertugas P.A. ganti kat Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (P)..wahhhh...sonotnya..Tn.Hj. bagus tak bagus la..tak kaco langsung..aku cuma jaga kat sini jawab kol kowt2 ada orang nak booked tarikh Tn.Hj. untuk meeting & rekod surat2 masuk plus dokumen untuk Tn.Hj.tandatangan..
Masa CC kol semalam nak suh aku jadik P.A. ganti harini kat pejabat Timbalan ni, CC tanya bos aku ada ke?aku cakap tak de..dia kursus..minggu depan baru masuk..CC cakap "bagus bagus"..aku jawab balik kalau minggu depan CC kol suh aku jadik PA ganti lagi, aku rela..haha..
malas aku ngan bos aku tu..dah la dia balik dari kursus ni, dia ada cakap kat pegawai & CC tempat aku, nak tukarkan aku buat keja kerani atau pembantu am pejabat..sebab dia kan tak suka aku..dia macam nak torture aku la tu..nak bagi aku stress..**%)#&@)*
 tak pe, tunggu dan lihat je la..dia masuk minggu depan..aku buat keja P.A. ke atau tukar buat keja kerani @ pembantu am pejabat..

TTC

FiezaSani TTC Effort #4 & Clomid

10:29

Lama tak share story about TTC aku..bukan tak nak share tapi aku punya TTC ni on off..tu yang kadang malaih nak citer sangat pasal TTC aku..kadang bersemangat giler..tapi datang semangat yang tak baper nak semangat, stop..buat tak tau je..pasrah & redha je..

cyle ni aku sambung treatment balik kat PPUM..dulu aku penah buat tapi pas tu stop..kan dah habaq aku ikut semangat..datang semangat nak berTTC, bersemangat waja la aku usaha..tapi bila cycle yang aku dah bersemangat tu, usaha tak menjadik..mula ar malas cycle yang berikutnya..macam tu la aku..cycle ni datang semangat aku nak berTTC..tu yang gigih aku kol PPUM nak sambung treatment..nasib PPUM terima..kalau tak kena buat balik dari 1st step..masa aku kol PPUM tu memang kebetulan hari 1st period..so esoknya terus kena datang scan telur2 hari 2nd period..

aku buat secara kronologi je la..sonang..aku nak refer next time..

6/11/2014 ~ Bendera merah berkibar

7/11/2014 ~ 2nd day bendera merah..appt.di PPUM untuk scan telur2..yup, ada beberapa biji di kanan & kiri..Dr. bagi clomid (ubat untuk membantu membesarkan telur)..aku dapat 6 biji which is sebiji sehari..makan sebelum tido..start ber'clomid'..

8/11/2014-12/11/2014 ~ makan clomid..and Dr suh datang pada hari ke-10 untuk scan telur..

14/11/2014 ~ gi ke PPUM untuk scan telur selepas makan clomid..untuk tengok samada telur2 response tak dengan ubat ni..masa scan size is 9mm..Senior Nurse advise datang hari Isnin plak..

17/11/2014 ~ ke PPUM semula untuk scan..size telur masih sama..9mm..okey, fioneee..bertabah..masa ni Senior Nurse dah bagi pilihan samaada aku stop dulu treament untuk cycle ni memandangkan telur tak membesar sangat & just suh try secara natural @ nak tunggu dulu..datang scan lagi minggu depannnya..ikutkan aku dah pilih nak stop dulu tapi Senior Nurse bagi chance pada telur2 aku ni, mana tau kowt membesar..so next week nya kena datang lagi sekali untuk scan..
masa ni jugak aku dah ada order OPK..which is tester untuk tau hari subur kita..aku inform dengan senior nurse, aku dah beli tester ni..so aku cuba la secara natural & tester ni..but senior nurse ni tak baper galakkan sangat..dia cakap jangan percaya 100% kat tester ni..so, malas nak argue aku angguk je la..but still aku buat jugak test OPK ni..

21/11/2014 ~gi PPUM again untuk scan telur..size masih sama..grrrrrr..masa tengok scan asik size sama je, aku amik inisiatif stop minum teh..my feberet..sebab teh kan dalam kategori kaffein..pada pikiran aku mebi sebab aku suka minum teh, takut effect pada pembesaran telur2..Bila tengok size telur still sama, Senior Nurse cancel dulu treatment aku untuk cycle ni..dia just advise bila hari2 yang patut bersama..kira macam try secara natural..dia inform size telur still sama mungkin telur2 aku lambat nak membesar tapi ketebalan dinding & cecair apa ke aku lupa nak tanya, but dia cakap macam dah start proses untuk pregnant cuma tunggu benih aku & mr hubby bercantum je..hihi..aku tak leh nak terang secara detail tapi lebih kurang macam tu la dia explain kat aku..Dia suh aku tunggu period bulan ni, kalau FAILED..dia suh kol balik ke PPUM..datang jupe Dr & dorang akan tambah dose clomid..mebi 3 biji sehari + injection apa ntah..adoiyaiiii..seriau dengar inject2 ni..tambah2 inject yang ni kena buat sendiri tau..

lepas dah stop treatment untuk cycle ni kat PPUM, aku continue buat test OPK pulak kat umah..aku punya memang confuse sebab line samar2 sampai harini cuma skrg line tu dah jadik makin pudar..yang mana kalau makin pudar, maksudnya dah lepas waktu subur aku..ada la 2x, aku tengok line macam terang (maksudnya = waktu subur) tapi aku tak pasti yang mana satu..tapi aku & mr hubby, on je la..hehe..kalau ada rezeki, lekat la cycle ni..kalau tak sila cuba lagi.. ;) Nanti aku update pasal OPK aku ni plak next entry..

tunggu je la result hasil 1st clomid aku cycle ni walaupun baper kali scan telur2 tak membesar..tapi haritu macam dah ada hint2 nak bendera merah..huhu..bertabah je..


Opsss..lupa plak nak inform, cycle ni yang 1st appt tu je aku jupe Dr..yang next next next tu, setiap kali lepas scan Senior Nurse yang take over sebab Dr is busy..

MOTTO for me & Mr Hubby :)


bisnes kecil-kecilan

PRE-ORDER NYX

11:10


Nak joint order NYX..wassap2 aku yeak :) @ 0126805640

Produk-Produk NYX :~

LIP
**Soft Matte Lip Cream
**Matte Lipstick
**Butter Lipstick
**Slim Lip Pencil 
**Round Lipstick
**Retractable LipLiner
**Lip Primer  
**Chunky Dunk
**Mood LipGloss

EYE
**Doll Eye Mascara
**The Natural Shadow
**The Adorable Shadow
**The Sext Bomb Shadow
**The Smokey Shadow
**Super Skinny Eye Marker
**EyeBrow Marker
**Chocolate Collection
**Roll On Eye Shimmer
**Loose Pearl Eye Shadow
**Slim Eye Pencil   

banyak lagi produk NYX yang aku jual tapi ni antara yang aku dah masukkan dalam album kat fb..kalau nak tengok gambar-gambar produk ni, korang klik SINI..harga, kod warna sume ada kat link atas ni..just klik je, k ;)

D.I.Y

D.I.Y tQ tag ~ Adik Sepupu

12:32

D.I.Y tag terima kasih plak untuk adik sepupu aku..heeee..aku memang suka D.I.Y ni expecially kalau bab design2 ni..memang berkonan bonar..kena ngan jiwa..tapi aku tak kreatip sangat..kalau design yang simple2 tu boleh ar..aku guna Photoscape je..gambar2 kartun ke, bentuk2 ke, aku guna bantuan mr.google je..taip je bentuk apa, kartun apa..beribu-ribu lemon kuar..sampai sakit mata nak pilih hat yang mana..

ni D.I.Y tag tima kaseh untuk majlis kawen adik sepupu aku weekend ni..hasil adalah comey..haha..*masuk bakul angkat sendirik*..heeee

aku e-mail yang ni kat adik sepupu..aku cuma design je, adik sepupu aku print & fotostat sendiri..


tapi adik sepupu aku buang hat kerawang-kerawang tu sebab dia nak fotostat plus nak cukupkan ruang dalam 1 page..senang nak print & fotostat..untuk penjimatan kos sebab adik sepupu aku ni tak bekerja..ni la hasil, dia dah edit buang hat kerawang-kerawang tu..

hasilnyaaaa..dah letak kat bunga telur..ni adik sepupu aku bagi gambar kat wassap..saja je aku tanya adik sepupu aku, dia guna ke design yang aku bagi tu..aku nak hapdate la kat blog kan..ada pointttt..hehe..tue dia bagi gambor kat bawah ni..


cantik plak bila dah gantung-gantung kat bunga telur ni..hehe..sendiri design kan..harussss cantik..hihi

Fakhrul Iman

Kuat sentap

11:39

Pagi2 ni masa nak antor si Iman, anak buah aku tu kat umah pengasuh dia sentap kejap..masa dalam lif, mak aku cakap kat dia 'Iman,cium pah..' dia tak mo..pas tu aku saja try, suh cium aku plak..terus dia cium..haha..sah Iman marah ngan mak aku..pagi tadi sebelum kuar umah, masa mak aku nak pakaikan dia suar..dia tak nak suar yang mak aku pilih tu..dah pandai si Iman ni..demand tak nak pakai suar yang dia tak suka..masa Iman ni ngengada tak nak pakai suar yang mak aku pilih tu, mak aku tertinggi sore ngan dia..tu yang dia sentap tu..memang ngan Iman ni, jangan la kita tinggi sore atau marah dia..otomatik pas tu dia majuk jap ngan kita..dah lama sikit tu baru okey..haisshhh..sejak-sejak mak aku jaga Iman ni banyak la aku belajar cara nak handle budak tecit ni..tambah macam Iman ni masa mula2 dia duk ngan kitaorg, haihhhh..memang kurang kesabaran aku..nasib mak ngan abah ada handle dia..orang tua kan banyak pengalaman..tau macamne nak handle budak2..kalau aku masa mula-mula Iman duk sini, ghasa nak suh je bapak sedara dia amik balik..haha..betul la kalau ada budak kecik ni kita kena banyak bersabar..tapi sekarang Iman pun dah okey duk ngan kitaorang..dia pun tak banyak ragam sgt..dah bijak nak main bagai..

sekarang aku pun dah terer ar sikit pakaikan Iman pampers..kalau tak sebelum ni, memang tak la..aku tengok je mak aku buat..aku try-try pakaikan si Iman ni pampers lepas yang aku & mr hubby ada bawak Iman kuar..nak tak nak kena la tukar pampers dia..kang melecet plak 'bebird' dia sebab penuh air kencing..mak long tak mo tukar pampers dia..hehe..

meh banjer sekeping gambor dak sentap ni..



ni adalah reaksi dia kalau excited..memang klakor kalau tengok..ni masa gi kenduri last week..nasib baik, dia tak meragam sangat sebab masa ni dia baru bangun tido..


bisnes kecil-kecilan

Ber 'BABIES BLINK'

11:08

Sekarang ni aku rasa macam tengah in jenama yang aku cuba ni..ntah macamne tetiba aku tergerak nak try jugak walaupun memula cam tak konpiden..takut tak sesuweiiii..dah la kulit muka aku ni jenis sensitip..sebelum aku cuba jenama ni, aku pakai jenama lain tapi okey tu okey la dengan aku cuma regaaaa dia boleh tahan plus kesan dia tak baper nampak sangat..bila nengok kesan macam tak baper jeeee, aku mula ar cam tawar hati nak continue..masa dah tawar hati ngan jenama yang tak baper berkesan sangatttt tu, aku mula ar usya-usya jenama lain lak..memang selalu aku nampak seller jual jenama ni kat FB..kebetulan pulak ada sorang ex-ofismate aku, dia beli produk ni kat member kitaorang jugak..ex-ofismate aku ni bagi anak dara dia pakai..yang aku kenal anak dara dia ni, memang kulit jenis gelap sikit compare ngan kakak-kakak dia (okey, aku kenal 1 family ex-ofismate aku ni)..bila nengok kesan yang anak dara ex-ofismate aku ni pakai, mula ar aku macam berkenan nak try jugak kannnn..terpikir jugak nak try jual tapi aku kena la testimoni kat diri sendiri dulu..kalau okey, baru jual..sama jugak yang aku pakai sebelum ni tapi tak baper berkesan..aku dah terpikir nak jual tapi bila aku try 2 bulan lebih, macam kesan tak sebaper sangatttt terus terbantut..produk yang aku tengah try sekarang is BABIES BLINK..yayyyyy..sangat memuaskan hati aku..aku bukannya nak putih melepak sebab sedor diri original kulit coklat2..hehe..cuma aku tak suka ada jerawat & bekas-bekas jerawat yang sangat menganggu kat muka..tu sebab sebelum ni aku tak baper suka selfie sangatttt..sejak-sejak dah ber'BABIES BLINK' ni baru aku ghajin nak selfie..sikit-sikit selfie..nyampah..terasa diri jelita..haha..

kesan-kesan yang aku nampak bila ber'BABIES BLINK' ni :~
**kulit dah tak berminyak
**parut-parut jerawat macam dah pudar 
**mukaku nampak cerah plak
**pori-pori tak besor macam dulu
**jerawat pun macam malu-malu nak tumbuh..kalau ada pun, sebelum tidor aku tenyeh extra sikit krim malam kat jerawat yang baru nak tumbuh konon2 dengan letak extra krim malam tu dia membantutkan pertumbuhan jerawat which is memang betul, jerawat tak jadik naik..kalau ada yang terlepas tu, aku picit je..hehe..
**kulit tak mengelupas sikit pun

okey, kat bawah ni aku tepek sikit testimoni aku sendiri..aku tak mo letak testimoni yang sama je kalau korang google..bukan main banyak lagi..bila baca kat blog2 yang jual babies blink ni, sume testimoni sama je..kat blog aku, aku letak aku la testimoninya..hehe..gila glamor..x ar bukan nak glamor..lagi best kalau testimoni diri kita sendiri..so nak jual kat orang pun, orang konpiden..lagipun kalau orang tanya apa-apa, aku boleh jawab sebab aku sndiri dah pakai..

yang best lagi sejak aku ber'BABIES BLINK' ni, ada member opis yang perasan..siap ada yang tanya aku pakai apa sebab tengok muka aku tak berminyak & flawless gituw..haha..alu kita..

okey ar okey ar..meh nak share testimoni aku sendiri..


 
jadik kalau korang-korang nak ber'BABIES BLINK' jugak..meh ar wassap2 aku kat 0126805640..Babies Blink aku jual yang ni :~


Harga, boleh wassap..


Set Biasa

Set 5 In 1


Hasilnya korang tengok la testimoni aku kat atas ni..heeeee..aku rasa sangat jelita..haha..perahsannnsantan..



review

Senang nak review

16:07

Sebelum ni pening aku macamana nak masukkan gambar produk-produk kosmetik NYX yang aku jual sebab banyak sangatkannn..Selalu aku upload kat IG pas tu share je kat FB..tue pun aku banyak share lipstick NYX je..yg lain, kureng aku pomot..

Tadi ntah macamne tetiba dapat idea upload gambar secara spontan..eiiii..idok la aku tak tau nak upload gambar kat fb tapi tak tau macamne cara nak bagi senang customer review..Tetiba tadi dapat idea, ting ting ting..hasilnyaaaa..tadaaaaa


Album NYX produk kat FB biz aku..Klik FB ChintaHati BeautyCare
utk review


Contoh aku buat macamni ar..kat description nama produk & harga termasuk kos postage

next page, aku upload kod-kod warna pulak..senang..so customer nak review pun senang..





so if korang berminat nak dapatkan produk2 NYX ni, boleh wassap2 aku..as aku ada inform sebelum ni, aku jual nyx ni by pre-order coz aku order direct from USA..ETA : 2-3 minggu..if korang jenis tak menyabor aku tak advise beli secara pre-order ni sebab nanti korang mesej aku marah-marah..hehe..guwau je..kalau berminat nak try produk NYX yang best ni just wassap aku kat 0126805640..nak tengok full review produk-produk NYX, boleh klik link aku bagi kat atas tu..kat gambar pertama..

nanti tiap kali aku open pre-order NYX ni, aku announce kat sini, k ;)


Fakhrul Iman

Fakhrul Iman nama diberi

11:39



Homey tak!!!!tengok cam geram je kan sebab ada lesung pipit..tu belum aku fokus tang bulu mata pelesu dia..hehe..eh, bukan bukan bulu mata pelesu yang kena pakai mascara macam aku ni..memang original lentik tau..aku jeles gilaaaa..sebab aku kena pakai mascara bagai nak bagi lentik tapi tue pun tak baper nak lentik..lurus straight je..apa nak buat..terima dengan redha..pakai la mascara konon2 nak bagi lentik..padahal..haha..malas nak citer..

budak tecit ni anak buah aku..anak pada sepupu aku..sebelum ni Iman bapa sedara dia yang jaga..tapi unfortunately ada la sebab musabab yang bapak sedara dia terpaksa pass pada parents aku..so memandangkan aku & mr hubby pun dah duk ngan mak aku jadik kitaorang tolong2 la jugak..ermmmm..mesti musykil..parents Iman mana?hmmmm..tak baik nak story & buka aib orang..biarlah rahsia..cuma nak cakap okey la sejak Iman duk ngan kitaorang..ada la penyeri sikit kat umah..cumaaaaa..cumaaaaa yang tak menahan Iman ni kuat melalak..bukan melalak sikit2, melalak yang diteran2..tambah2 kalau kita try pujuk dia..lagiiiii la dia teran..tapi sekarang ni dah okey sikit..dah kena sekolah ngan abah aku..hah!!baru okey sikit..masih kuat nangis jugak tapi dah tak de macam masa mula-mula dia duduk ngan kitaorang haritu..boleh ar..cumaaaa..dia jenis tak suka gi 1 tempat lama-lama..contoh macam gi umah sesapa, 1/2 jam pertama tu okey lagi..masuk 1/2 jam kedua, dia dah start 'hek  hek'..pas tu kedekut, semalam masa gi umah adik ipar aku, anak buah mr hubby ada..so mr hubby pasang video untuk budak-budak kat si Iman guna hp aku..si Iman ni, dia tak bagi anak buah mr hubby tengok sekali..dia bawak hp aku jauh2..bila anak buah mr hubby datang dekat dia, dia bangun..yang anak buah mr hubby sabar je ikut dari belakang..aku macam sabor je la dia punya kedekut..pas tu plak kalau gi mana-mana dia nak berdukung..tak mo berjalan..kalau ngan abah aku, memang abah tak layan..suh jugak dia berjalan..

semalam percubaan kali yang ke baper ntah aku & mr hubby bawak dia gi berjalan..tapi macam aku bitau kat atas, dia nak berdukung..adoiyai, aku baru rasaaaa sakit tangan ni..tu pun semalam masa kat KWC, aku ugut dia kalau nak main hp, suh dia berjalan..nasib dia nak tapi kena bagi la hp kat dia..udah aku tak boleh nak usha baju sangat sebab kena peratikan hp kat tangan dia..takut la orang sambar ke hapa..nanti nak try cari hp yang menan yang macam ala-ala real tu..ada ke jual???ntah nanti try la cari..

Abaikan la aku yang dah macam buat iklan jual ubat gigi..nak suh Iman yang senyum tapi masa ni dia baru bangun tido, jadik mood tak baper nak okey sangat..tu muka ketatttt je..nasib semalam masa bawak dia kuar jenjalan, dia tak buat hal..melalak..alhamdulillah..

Korang yang nak cari barang-barang make up, boleh klik SINI..anything just wassap 0126805640

beauty

Review NYX #2 ~ SMLC

09:47


Review NYX part 2 ~ SMLC (Soft Matte Lip Cream)..

Meh nak buat 2nd review pasal lipstick NYX SMLC ni..wahhhh..suka suka..sebab tahan lama lepas makan t/hari pun, kat bibir still ada lipstick lagi..masa mula-mula aku buat review SMLC ni haritu..korang boleh refer kat SINI..aku tak tau pasal boleh tahan lama ni sebab aku beli kaler yang natural..jadik tak nampak sangat..baru ni aku try 1 kaler lagi..which is merah (Code ~ Prague) uollssss..menyerlah kaler dia..baru aku pasan, masa breakfast aku tak makan ngan lipstick tu sekali yea coz warna dia masih melekat kat bibir..time lunch pun sama cuma bila dah petang sikit tu, dah tinggal sikit2 je la..okey la kan..tahan lama..tak yah nak touch up 4-5 kali..hehe..jimattttt di situ sebab SMLC ni tahan lama..buktinya yang 1st aku beli code Abu Dhabi ni, aku beli bulan September..korang boleh refer kat link atas aku bagi ni..Abu Dhabi ni masih ada lagi kat aku belum abis..nak kata aku jarang pakai tak jugak..aku selang seli pakai ngan lipstick biasa..

Nanti nak top up kaler kaler kaler lain..yup, even aku jual lipstick ni tapi aku tak de sume kaler..selalunya kalau ada order dari customer baru aku tumpang sekali order..NYX ni dari USA..jadik aku nak beli sekaligus tu tunggu la aku dah ramai customer plus yang repeat order, baru la aku berani nak beli banyak2 untuk buat ready stock..tapi buat masa ni aku amik pre-order je dulu..pre-order ni selalunya amik masa 2-3 minggu..ada yang jenis tak menyabar, aku tak advise la untuk beli pre-order kat aku..korang boleh beli ready stock NYX ni kat Sephora kalau tak silap aku tapi aku difahamkan kat situ selalu cepat habis..1st come 1st served la yea..

meh cekidaut, 2 kaler yang aku dah try ni..memang superbbb la SMLC ni..nanti kalau ada customer order, aku tumpang beli kaler lain..nanti aku review part 3 plak..hihi


Code ~ Abu Dhabi

Code ~ Prague

Warna-warna lain korang boleh refer sini..


Pre-order di buka sampai 30 November 2014 (Ahad)..if berminat, boleh terus WhatsApp aku kat 0126805640..Harga : RM28 exclude postage (RM6 / RM9)..



D.I.Y

D.I.Y Wedding Card ~ Adik Sepupu

14:16

Hollaaaaa..lamanyaaa tak hapdate..bz ke hapa?kat opis kan iolls ada citer haritu bos ku itu tak suka tengok ku duduk je hadap pc jadik terpaksa la purak-purak buat keja..cari file la apa la..plus me kalau orang tua a.k.a bos tu ada dalam bilik, memang aku tak baper gemar duk kat tempat aku..tahap menyampah nengok muka dia..huahua..so ni aku hooray hooray sebab orang tua tu kursus sebulan..legaaaaa..kalau dia tukar terus dari sini pun baguih..Aamiin..

Apakahhh ko fieza..tajuk lain..citer lain..okey, back to the topic..adik sepupu aku nak kawen awal bulan Disember ni..so mak dia a.k.a mak sedara aku mintak tolong buatkan kad kawen anak dia..so, aku okey je la..try & error..tak pernah2 aku buat weiiii..haritu masa bulan Mac yang mak sedara aku kawen tu, mr hubby yang D.I.Y wedding card mak sedara aku tu..masa tu mr hubby keja kat tempat lama, ada byk masa free boleh ar curi2 buat..ni mr hubby dah tukar tempat keja..which is company chinese, korang ghasaaaa ada time free tak?keja tempat sekarang, sampai mr hubby buat kat umah la..hah tahap kebiziannya itu..so nak tak nak wedding card adik sepupu aku ni, aku try & error je la..

masa mula-mula jenuh google, banyak la cara nak buat D.I.Y wedding card..suh upload tu la, ini la..ahkak ni ikut la..sekali bila dah upload, garu kepala..tak gheti nak guna..ahhhh...sangat complicated..sekali google2 lagi, jupe ada yang citer penah buat D.I.Y wedding card guna PowerPoint je..terus datang idea bernas..okey, guna PP je la..memandangkan itu je yang aku gheti..

Hasilnyaaaaa..idok la kebabom sangat..tapi bangga gila sebab sampai ke peta pun aku buat sendiri..guna PP jugak..lorrrr..senang je..boleh ar lepas ni nak amik tempahan plak..hihihi..ada ke yang nak tempah..meh!! meh !!sila jangan perahsan fieza, boleh..heee..baru buat sekali, dah nak hamikk order bagai..haha..



belah depan..

belah belakang..Sorry yeak alamat dah kena edit..hehe..
Jadik kad ni sekeping je depan & belakang..aku buat 1 kertas boleh dapat 2 kad..itu aku buat macam ni..atas & bawah..

hasil D.I.Y Wedding Card guna PowerPoint je..simple..nak bagi cun sikit, aku print guna paper kaler pink..nampak la berseri sikit..cantik ke idok....first time D.I.Y wedding card..try & error je ni..nasib menjadik..

LifeStyle

Sejak di Integriti

10:48

Sejak aku duk kat integriti, banyak la aku tengok rekod2 kakitangan awam yang diambil tindakan tatatertib..macam-macam sebab..tapi kebanyakannya tidak hadir bertugas / cuti tanpa kebenaran..haishhh nak cakap lebih2 pun tak berani..kang duk kutuk bagai nak rak tetiba aku lak terbuat kan..dah la aku tahap menyampah giler kat situ..hari2 aku doa, samaada dato' tu bertukar atau aku pregnant..sebab..kalau dato tu tukar, memang lega sangat2..kalau Dato tu tak tukar, aku berdoa aku pregnant sebab kalau pregnant, mebi kena alahan..so boleh ar aku amik mc..hahaha..nampak tak nampak tak niat disitu..hahaha..

eh!!!! ni nak citer apa sebenarnya..okey la citer pasal kakitangan awam yang diambil tindakan sebab tidak hadir bertugas..bila aku tengok laporan2 yang dihantar kat unit integriti tu, aku macam..ishhhh..awat la korang korang sume buat hal..tau tak kat luar tu, ramai orang beratur nak masuk keja kerajaan..interbiu sampai baper ploh kali gi kat SPA tapi tak dapat..yang mana dah dapat, buat hal plak..erm....nak cakap @ komen lebih-lebih pun tak berani..sebab takut kang aku beria-ia citer panjang lebar kat sini, nanti aku plak yang terbuat..jadik jangan la aku eksen sangat..apapun syukur dapat keja kerajaan..aku pun dalam kategori banyak kali gi interbiu gomen ni..kali yang ke baper baru dapat..alhamdulillah..so macam sekarang walaupun aku kena bertugas kat Unit yang memang tahap aku tak suka langsung dengan bos besor dia, aku buat je keje aku macam besa..janji aku tak ingkar perintah sebab tau susah nak dapat keja gomen ni weiiii..jenuh gi interbiu kat SPA dulu..baper ploh kali..macam-macam jawatan aku interbiu..sekali rezeki jadik P.A. walaupun ahkak P.A. lepasan SPM je bukan Diploma..ngeeeee..

vacation

Cuti2 release tension

15:31

waaaa..November dah..lama weiiii tak hapdate kat sini..nampak tak kebizian aku sejak2 dah tukar ke Unit Integriti ni..hahaha..akceli tak bz sangat pun tapi sebab dapat bos yang tak boleh tgk P.A. duk je hadap pc, terpaksa la aku meghajinkan diri buat2 sibuk..sebab bilik aku ngan bos boleh nampak sebab ada cermin kat tengah2..ni pun nasib bos aku dah tutup sikit langsir dia..nyampah nengok muka aku kowt..aku lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la menyampah nengok muka dia..aku  hari-hari doa, bos aku ni bertukar, boleh????haha..

ni nak membebel apa yeak..banyak gak menda nak sharing dalam ni tapi tue la sebab kena berlakon cam bz jadik jarang la aku bukak blog so banyak la story yang aku nak share aku lupa..meh la aku sharing gambar-gambar masa aku & family mr hubby gi bercuti secara mengejut kat CH (Cameron)..all sponsor by mama (MIL aku)..tQ mama :) next time banjer cuti2 kat obersee plak yeak..eh!!!!

kitaorang gi holiday kat CH ni 2 hari 1 malam je..menginap kat apt. yang complete dengan 3 bilik, 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur..sangat best & selesa..kat ruang tamu complete dengan sofa, tv (ada Astro tapi Njoi sajork)..hehe..okey la kan..kat dapur ada cerek elektrik, sudu, pinggan tapi kitaorang tak guna sebab dah bawak dari rumah..1 je tak best kat apt ni, kena exercise weiii..naik tangga..unit yang kitaorang sewa kat tkt. 4, x de lif..gigih mengira anak tangga..sampai je kat atas, sume dah mengah..gambar memang tak amikk la..aku kalau ramai-ramai segan nak amik gambar bilik, bilir air, ruang tamu sume..tangkap dalam hati je..so far, apt. yang kitaorang menginap tu okey & puas hati..sesuai sangat kalau datang ramai2 untuk 2-3 family..2 bilik, ada 1 katil queen/king & 1 katil single..1 bilik lagi 1 katil queen/king je..sewa dalam RM200 lebih..okey ar, meh aku share gambor plak..bohsann asik membebel je kan????