AFB Feeds

movie

M.C. & Iron Man 3

14:05

Dah baper hari tak hapdate blog ni..bz bebenor le kenkononnya..besa le aku kat umah kan isteri yang baik gitewwww..buat keje umah..ngeeeee..hari jumaat lepas yg aku teman mr hubby o.t., pukul 6pagi baru sampai umah..sampai je umah apa lagi, terus tido..tak larat nak tgk tv ke hapa..aku bangun dalam pukul 10-11 pagi..masa bangun tido tu, mata aku pedih giler..macam ada something dalam mata..aku duk syak bulu mata termasuk dlm mata aku..jenuh le duk basuh ngan air, tak jugak mau kuar2..so aku pun decide,buat donno je le w/pun mata aku pedih2..sampai ke petang, mata aku merah..masa jupe kawan mr hubby petang tu kat OTWC, aku tak duk lepak ngan kawan mr hubby tu sekali..aku takut kawan mr hubby ingat aku sakit mata sbb mata aku merah (masa ni still aku tak tau aku sakit mata, aku duk ingat bulu mata termasuk dalam mata aku, x kuar2)..so aku round2 le kat dalam TESCO, x joint lepak dengan mr hubby & kawan dia..hari ahad mata aku still merah..pagi semalam bangun tido, udah aku rasa cam jangkit kat mata sebelah lagi..rasa ada something dalam mata..terus mr hubby syak aku sakit mata..apa lagi gi klinik, confirm sakit mata..tak yah mintak m.c.,Doktor sendiri bagi 2 hari..hehe..yeayyyyy....mr hubby pun m.c.jugak sebab mr hubby kena bengkak kat belakang tengkuk dia..bengkak yg besor & tunggu masa je nak meletup..aku dah ringan je tangan nak picit tapi mr hubby tak kasi..masa tggu turn kena pnggil ngan Doktor semalam, tengok dah pecah sikit bengkak tu..masuk jupe Doktor, memula Doktor tu cam geli nak picit bengkak tu coz sure keluar nanah..tapi mr hubby mintak Doktor picit jugak..hehe..apa la Doktor tu..macamne jadik Doktor ni, geli pulak..aptb!!!!setel lepas dapat m.c. jumpa Doktor, kitaorg somi isteri gi tengok IRON MAN 3 (dah sakit mata, gi tengok wayang lak..hehe)..masa weekend ritu, mr hubby try nak booking tiket, tak dapat2..asik full je..semalam kan hari koje so berjaya booking..x ramai orang pun..hehe..best, best, best..tak berganjak dari tempat duduk..aku ler..kalau idok, aku le yg mengulang gi toilet 2-3 kali..aku ni ada habit sikit..kalau masuk panggung, sure 2 @ 3 kali keluar gi toilet..sbb aku ni alergik sejuk..mmg ler tak boley sejuk2 ni, ghajin aku ngulang ke toilet je..masuk2 panggung balik dah tak baper nak paham story..tapi nasib masa tengok IRON MAN 3 ni, montot aku melekat kat kerusi..nasib baik jugak aku tak de rasa nak terkencing sangat2.....tapi apapun komen aku citer IRON MAN 3 ni sangat sangat sangat berbaloi untuk tengok kat panggung..tak rugi duit..hehe..

bisnes kecil-kecilan

Beauty & Health

10:06

STICKY POST
New entry, sila scroll di bawah ;)

Bagi sesapa yang berminat untuk mencuba produk2 kat bawah ni, boleh text/whatsApp saya di 0163333046..boleh jugak add saya di ChintaHati Beautycare..

Myracles Beauty

 Produk Tempatan/ Buatan Malaysia dan mendapat kerjasama dari FAMA di mana semua sumber collagen di dalam setiap produk Myracles Beauty dibekalkan oleh FAMA. Produk Myracles Beauty dikilangkan di Kedah-Bio, Kedah.
 Konsep produk Myracles ialah membaikpulih sel kulit yg rosak , mneghidupkan sel2 mati dan menegangkan kulit...Ianya TIDAK akan mengelupaskan kulit JADI bila org yg ada masalah jerawat...sel yg lemah dibahagian yg ada jerawat akan dibaikpulihkan dan dlm masa yg sama apabila kulit menjadi semakin tegang dan sel kulit semakin kuat…jerawat akan lebih cepat kecut dan mempermudahkan utk menghilangkan kesan jerawat tersebut.

 RM170 (SM) & RM185 (SS) Free Postage

Gaia Skin Care

 GAIA skin care berkesan utk kulit bermasalah. .jeragat..jerawat..parut jerawat atau pun open pores kronik....

 Gaia Trial Set  - Price RM120
Gaia Medium Set  - Price RM160
Gaia Exclusive Set  - Price RM280

+
 Postage RM6 S/M ... RM9 S/S

SW Secret Serum

 SW Secret Serum 4in1 (whitening, anti-aging, anti-wrinkle & facial uplifting) produk keluaran Malaysia 

 RM89 S/M & RM95 S/S 
+
Postage : RM6 s/m / RM9 s/s

Aura White GlutaCollagen 400000mg

AURA WHITE GLUTACOLLAGEN 400000mg - 
Rahsia Kulit Cantik Berseri Seawal 7 Hari Sahaja 

 a) 50% pencerahan ketara dalam masa 1-2 minggu
b) Pemulihan kulit yang rosak & bermasalah jeragat , jerawat, kulit kusam , kulit kering dan kasar.
c) Rambut lebih sihat , halus & bersinar
d) Mengurangkan keduan & garis halus
e) Melambatkan proses penuaan
f) Mengatasi masalah sembelit
g) Mengurangkan sakit sendi
h) Meningkatkan tenaga & lebih aktif
i) Mengurangkan rekahan kaki
j) Menguatkan otot , kuku dan tulang
k) Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung & yang lagi penting meningkatkan penghasilan susu ibu dan kesannya dapat memberi kulit bayi cantik dan sihat

RM150 (S/M) RM160 (S/S)

PERCUMA SHAKER
PERCUMA 3D DIAMOND SHEET MASK
PERCUMA POS LAJU :))

mr hubby

ngantukkkkk

02:39

wah..ngantuksssssnyeeee..update - 2.06 a.m. ada kat bangi..ofis mr hubby..teman mr hubby kena o.t....tadi memula smpai dlm kul 12a.m.,mata segar lagi..skrg ni,jenuh aku membulatkan bijik mata,x mo bgi terlelap ats kerusi ni..menguap jgn citer le..dh baper puluh kali duk nguap je kejenye..seyes ngantuk weiiii..ishhhh..lambat lagi ke dorang nk abis buat keje..aku dh ngantuk ni..tak tau nk buat apa..masa mr hubby n kengkawan dia start buat keje kul 12.15 t/m  tdi,aku pun start le ber'FB' & berBW..nasib ada hp yg cnggih manggih ni siap internet lagi..klu x,kebohsanan aku klu kena teman mr hubby o.t.pagi2 camni..

aku rasa kalau nengok kat cermin skrg,sure mata aku merah tahan mengantuk.....


kursus

Adobe Photoshop & Power Point

13:57

Tuan blog attend Kursus Adobe Photoshop & Power Point selama 3 hari (23-25 April 2013)..


1st assignment (macam kat U pulak nak ber'assignment' bagai)


2nd assignment (ingat nak letak gambar aku & mr hubby tapi tak bawak pendrive.tepek le gambor Lisa & Yusry..aku kan peminat KRU..)
**Bila dah belajar Adobe Photoshop ni baru tau memacam leh buat..kalau nak edit gambar, if ada jerawat boley clearkan..kalau nmpk muka cam tak gebu, boley digebukan..memacam upenye leh buat..ni baru belajar asas je..kalau advance..mau gambar2 aku sume, sebelum masuk kat fb @ blog ni aku edit dulu..kasik cun..ngeeeee..eh, tapi ni pun aku dah tau basic sikit2, boley ar try :D

**Harini belajar PowerPoint pulak..best..lepas ni kalau bos suruh buat slide presentation dah terer (kenkonon cam terer), idok le gigil2 tangan plus sakit pala pikir nak buat camne sbb tak tau nak edit..bukan tak gheti tapi tak mahir jer...ngeeee..tu yg apply kursus ni,nasib kakak yg jaga kursus ni letak nama aku..

LifeStyle

Ailuro-Phobia

14:40

{TAHUKAH ANDA?}
Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini, seperti di dalam gambar.
Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.
Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.
Aneh bukan?
Kredit info >>>>> blogmaya
**Patut le kalau gi kedai makan, kucing suka bebenor dtg kat aku..Kalau kucing dtg kat kaki aku je, mula ar tak senang duduk..siap suh mr hubby amik kucing tu,letak jauh sikit dari aku..aku tak takut kucing..suka tengok tambah2 kalau kucing tue bulu tebal2..comey..tapi kalau nak pegang,idok le..aku ada history pernah kena cakar ngan kucing..sejak tu fobia ngan kucing.. :D **

Dapur FiezaSani

Pecal

16:00

Menu feveret mr hubby but not me..ada kacang..alergik (bukan alergik tapi x suka makan sbb nanti Pn.Jerawat pun naik kat muka)..huhu..tak makan kacang pun, pn.jerawat berlumba2 naik..ni kalau makan, lagi le hoverrrrr..okey, x pe..sbb mr hubby mmg minat menu ni, aku masak jugak (isteri yang baik katakan)..hihi..btw, festime try..alhamdulillah..jadikkkkk..

           Pecal..sayur - kacang panjang, taugeh, timun, kangkung,tauhu..buat2 tak pasan je la kotor kat lapik meja tu,ngalahkan ada budak tecik kat umah.. :D
Resipi Pecal :

Kredit to ResipiNoraini


PECAL
Bahan-bahan Kuah Kacang:
2 cawan kacang tanah, telah ditumbuk kasar
8 tangkai cili kering
1 inci belacan
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan air panas
sedikit minyak , untuk menumis
garam, secukup rasa

Bahan Sayur-sayuran :
10 batang kacang panjang, dipotong pendek
1 batang timun, dicincang halus
100 gm taugeh
secekak kangkung
2 keping tauhu,digoreng

Cara Membuat Kuah:
1. Cili kering dibasuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan goreng cili kering, bawang besar dan belacan hingga cili garing, jangan sampai hangus.
3. Tumbuk bahan tersebut dengan lesung batu hingga hancur.
4. Sediakan sebuah mangkuk sederhana.Masukkan cili tumbuk, kacang tumbuk, gula, garam, air asam jawa dan air panas.Kacau sebati. Rehatkan kuah selama 30 minit supaya kuah menjadi pekat sebelum dinikmati.

Cara Menghidang:
1. Sediakan sebuah periuk berisi air. Panaskan hingga mendidih.Celurkan kacang panjang, kangkung dan taugeh satu demi satu. Alihkan kedalam pinggan hidang.Susunkan timun dan tauhu yang telah dipotong dadu.
2. Untuk menikmatinya, ambil setiap sayuran dan tuangkan kuah diatasnya.


 Nota : Boleh tambah sayur-sayuran - pucuk ubi, daun cekur dll. mengikut citarasa memasing..


mr hubby

Seksi

10:39

untung daku mempunyai suami yg......hihi..

Kredit >>>> FB

LifeStyle

PM

13:56


Orang yang guna alamat kitaorg untuk mintak BR1M, ada pesanan dari PM Malaysia..



bisnes kecil-kecilan

Malu aiiiii.. :D

17:49

Petang semalam, aku attend seminar SOHOBiz kat Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana pukul 2-5 petang atas invitation dari sorang member aku..seminar ni free jer,that's y kalau nak attend kena ada jemputan..kebetulan jumaat petang masa tengah tunggu mr hubby amik aku kat ofis, kawan aku tepon ajak ke seminar ni..seminar ni pasai apa??all about biz online..ni nak story masa aku dah sampai kat Royal Lake Club ni,mr hubby cuma hantar je then dia terus gi Subang jap..aku sampai pun dah lambat, seminar ni dah start..aku masuk je kat dewan tu, Salha Zain tengah bagi talk..tak baper nak paham sangat le kan, dah aku pun masuk lambat..okey b4 tu, lepas je mr hubby hantar aku kat lobi Royal Lake Club tu, aku pun tanya ngan reception, Seminar ni kat mana..dia inform tingkat 2, kena naik lif..at first aku ingat nak naik tangga je tapi dah reception tu cakap kena naik lif, aku pun okey je la..sambil2 tunggu lif ada le beberapa orang lain & ada jugak yg nak attend seminar sama ngan aku. sambil tu aku duk whatsApp ngan member aku..then lif depan aku bukak, aku terus laju2 masuk dalam lif..aku cam terkejut, apasal aku je masuk dalam lif tu..napa yg lain tak masuk..aku duk terpikir lif tu rosak ke..aku pun ringan mulut tanya ngan orang2 yg kat luar tengah tunggu lif tu, napa tak masuk..pas tu sorang dari dorang dengan speaking mat salleh,pdhal orang melayu kita tau, dia jawab "it's going down"..oooo,aku pun buat muka tak malu terus keluar dari lif tu..pas keluar aku duk pandang atas lif tu, tak de pun yg label untuk tunjuk lif tu turun @ naik, then aku tengok tempat kita tekan button lif tu baru tau, upenya dekat situ..hisssh sobar je lah..aku pun buat muka tak malu je le sambil2 whatsApp ngan member aku yg ajak aku ke seminar tu..sampai je tkt.2, member aku mmg dah ada kat situ..register nama, terus member aku ajak masuk ke dewan tapi dia tak masuk le coz dia urusetia..aku je masuk..masa aku masuk tu Salha Zain tengah bagi talk,dah nak abis pun..yg talk Irfan Khairi baru aku dapat dengar sampai habis..byk le info2 baru IK bagi mengenai tips perniagaan online ni..masa dengar talk ni, perut aku berkeroncong kuat kowtttt..nasib le dalam dewan tu bising..kalau tak sure orang sebelah-menyebelah aku dengar perut aku menyanyi..kuat gak tau..ngeeeee..t/h sebelum keluar semalam, aku tak masak..semalam kitaorg bekpes kul 12 kira aku consider sekali ngan lunch le upenye tak tahan ko..berbunyi2 perut aku..ku tahan je..lepas mr hubby amik terus pekena roti canai..aku kalau dah lapar sangat2, nak makan berat2 cam tak baper lalu sangat..jadik amik le yg ringan2 cam roti canai tu..

                    \

Apa pun thanx to my dear friend yg sudi ajak aku ke seminar ni..sangat2 bagus..byk tips yg IK bagi, boley aku praktikkan..semoga ada perubahan positif pada biz online yg aku tengah usahakan skrg..Aamiin..

LifeStyle

Petugas PRU ke-13

12:45

Pilihanraya 5.5.2013..dulu sebagai pengundi jer..PRU Ke-13 ni, aku jadik petugas untuk pilihanraya pulak..Ketua Tempat Mengundi lagi..kelasssss..nebes gak ni, apa keje kena buat nnti..w/pun dah attend taklimat beberapa kali sebelum ni tapi still belum dapat gambaran keje camne tapi semua petugas dah diberi CD so nanti aku kena buat ulangkaji balik ler..PRU Ke-13 ni nanti aku bertugas dibawah Parlimen Batu..kena jaga Saluran 1 ..kalau tak silap Saluran 1 ni untuk warga emas & OKU..dari experience somi pada ofismate aku yg dah penah bertugas banyak kali untuk pilihanraya, Saluran 1 banyak kena isi borang..mmg aku kena ingat le sume borang2 tu..so nanti meh le semua keluar gi mengundi yeak..tetiba..padahal sebelum ni tak minat pun politik2 ni.. :)


amik gambar dari mr google..nanti aku kena jaga saluran 1 untuk OKU & warga emas.. :)


Dapur FiezaSani

Ikan Pari Kukus

10:18

masa balik kampung baru2 ni, sabtu tido umah mama a.k.a mak mertuaku..hari ahad b4 kitaorg gerak balik KL, mama masak tengah hari..salah satu menu request by adik ipar bongsu aku yg duk kat asrama..dia tak boleh balik umah sampai hujung bulan ni so petang ahad tu mama nak gi melawat dia bawak le sekali lauk request adik ipar aku ni..time mama masak ni, aku tolong tengok jer..[bertuah le menantu cam aku ni.. :) ].resipi amik kat sini..kelassss mak mentuaku, amik resipi kat internet..hehe....mak mentua aku mmg up 2 date & moden orangnya, al-maklum mama seorang career woman & P.A cam aku jugak.. ;) opsss,jangan tak tau mak mentua aku dengar2nya ada jugak baca blog aku ni..hihi..tetiba cam malu pulak..okey, back to the topic..menu yg di request by adik bongsu aku tu, aku pun 1st time dengar..tak tau pun ada resipi ni..


ikan pari kukus sebelum di masak..sporting tak sporting mama, masa aku nak snap picture ni, mama bagi adjust bagi nampak cun..keadaan sekeliling tu, sila ar abaikan..buat2 tak nampak jer..hihi

ikan pari kukus dah masak..disamping menu tambahan,ada 1 lagi menu kari sotong tapi x de dlm gambar..nak tau resipi ikan pari kukus, boley ar refer link kat atas..simple & senang je nak masaknya..pdhal aku tolong tengok je.. ;)

famili

Kena Jerit

11:42

ni story last week, hari jumaat masa aku & mr hubby coti coz nak balik kampung..boley refer entry yg aku tulis smlm pasal kena tinggal tu..kejadian ni masa aku & mr hubby singgah kedai kakak ipar aku a.k.a kakak mr hubby coz kitaorg nak amik barang yg mak mertua aku order..sampai2 kat kedai kakak ipar aku ni as usual le, barang yg diorder tak siap berpacking lagi dalam kotak..so,okey tak pe..mmg kitaorg dah biasa pun kalau order barang ngan kakak ipar aku ni,even dah bagitau awal2 @ seminggu sebelum tu, bile time nak amik kat kedai dia, barang mmg tak berpacking lagi..jadiknya sambil2 nunggu dia packing2 tu,kena le dengar dia membebel lak..layankan jer la..hari jumaat lepas, kakak ipar aku ni bz coz ada staff dia tak datang keje jadiknya dia kena buat keje2 bhg.belakang..barang yg mak mertua aku order, dia suruh pekerja dia yang buatkan..so aku tolong jugak le..sambil pekerja dia packing2 tu, aku tulis baper amount barang yg dah masuk dalam kotak..masa tengah packing2 tu,tetiba datang customer lain..pekerja dia mintak aku & mr hubby tunggu.dia nak attend customer yg datang tu.aku okey je la..so aku pun duduk sat sambil2 melayari FB bisnes aku..kebetulan jugak masa tu ada beberapa orang customer tengah menanya harga barang2 yg aku jual dalam FB bisnes aku tu..tetiba kakak ipar aku ni datang dari belakang..kebetulan lak staff dia tadi nak sambung keje packing barang2 kitaorg order dalam kotak..staff dia tanya, tinggal baper lagi nak kena packing..aku pun bitau '120'..then kakak ipar aku ni terus bising dengan tona sore dia yg membingitkan telinga,dia menjerit kat staff dia & masa tu ada customer lain kat situ..boley bayang tak mesti staff dia malu giler kena jerit2 camtu depan orang lain.."macamne ada 120 lak,pttnya ngam2 je"..1 jenis kotak boley isi 60,1 kotak lagi 40..masa dia marah staff dia tu,aku senyap je..aku layan customer aku kat fb..kakak ipar aku ni terus bising kat aku lak..dia duk jerit2 kat aku..'tolong ler..nanti2 le fb tu' (tapi intonasi sore dia mmg tinggi..aku mmg tak boley orang tinggi2 sore ngan aku)..masa tu ada orang lain kat situ..ritu KES yg dia sakitkan hati aku tu pun, aku buat2 lupa....tapi memandangkan dia buat hal lagi sekali ngan aku..jerit2 kat aku..terus je aku jawab 'eh, tak keje kat sini yeak'..dia cakap balik 'hah, memang le tak keje sini tapi nanti korang sampai lambat kat kampung, korang cakap kat mama, akak ni lambat packing barang'..dengan laju aku jawab 'memang'..puas hati aku..kakak tak kakak..sebelum ni dia dah sakit hati aku, aku buat2 lupa & respect kat dia..tapi kali ni mmg dia melampau..jerit2 kat aku depan orang..malu tau..mentang2 le aku ni jenis baik jer, tak banyak cakap tapi jangan le pijak kepala aku lak..kalau pun itu perangai yg bagi dia biasa je tapi tolong2 le ubah..dah le dia berbisnes..duk jerit2 kat staff depan customer lain, apa pandangan customer tu kat dia..jangan le dia rasa sangat bangga sebab bisnes dia tengah hot sekarang..mmg sekarang dia berada kat atas tapi jangan lupa diri..mana tau nanti2 dia berada kat bawah pulak..btw, hari ahad lepas masa aku & mr hubby sampai KL..kitaorang singgah kedai akak ipar aku ni sbb ada order barang lagi..aku tak keluar keta pun..aku duk je dalam keta, bukak fb & blog aku..biar dia tahu, aku mmg marah giler dengan apa yg dia buat ritu kat aku..No wonder le staff dia keluar masuk..asik kena jerit jer..sapa tahan..

wedding

Kena Tinggal

11:05

weekend lepas, me & mr hubby balik kampung coz ada wedding adik sepupu aku sebelah abah..gambar wedding tak de coz kitaorg 1 famili kena tinggal dengan rombongan so mood untuk bergambar dengan pengantin kureng..patutnya dah janji konvoi ngan adik ipar abah aku a.k.a bapak pengantin lelaki..kitaorg ni dari pihak lelaki..janji around pukul 12 tunggu kat stesen KTM Ipoh..kitaorg sampai area situ dalam pukul 12.45 t/h..masa sampai tu hujan selebat-lebatnya..try kontek bapak pengantin & mak sedara aku sebab masa kitaorg sampai kat situ tak nampak sorang pun sedara mara sebelah abah.tapi kontek dorang2 semua, sorang pun tak angkat..so kitaorg decide try cari sendiri Dewan majlis tu berlangsung coz mr hubby orang Ipoh, so dia familiar area Ipoh..masa nak gerak dari stesen keretapi tu ada 4 biji keta termasuk keta kitaorg..keta aku & mr hubby lead ler as penunjuk jalan..baru je masuk simpang naik flyover, tak nampak keta abah & adik aku..kol2 nengok abah & adik aku tak pasan kitaorg naik simpang ke flyover tu, dorang terus je..udah sesat larat..masa kontek tu, dah inform abah aku jangan gerak mana2..tunggu je kat tepi jalan..yg abah aku lak, terus jalan..cari punya cari, kontek punya kontek upenye keta abah & adik aku dah masuk area Bandar Ipoh..hambikk ko..lepas jumpa dorang perjalanan diteruskan ke tempat majlis berlangsung..then masa otw tu, baru mak aku dapat kontek ngan adik pengantin, jadiknya dapat le exact nama Dewan tempat majlis berlangsung..alhamdulillah, sampai pun ke Dewan tu..membara je nengok sedara mara belah abah..masa masuk dewan, pengantin tengah makan beradap..mood aku nak nangkap gambor kureng dengan bateri kamera buat hal..pdhal malam sebelum tu, aku dah caj..masa hari majlis tu, snap picture mak & adik ipar aku nak testing kamera, nengok2 bateri dah lip lap lip lap a.k.a maksudnya bateri dah nak kong..langsung tak de mood nak nangkap gambor pengantin..masa jumpa ngan sedara mara belah abah, kitaorg inform b4 tu tunggu kat stesen keretapi & mak sedara aku cakap mmg dorang tunggu tapi sampai kul 12.30t/h pas tu dorang terus gerak..abis tu dorang tak gheti2 ke nak kontek kitaorg..kalau dorang inform boley ar kitaorg terus gerak ke tempat majlis..tak de le kitaorg melangut nunggu kat stesen ketapi tu..dengan hujan lebatnya..sabor je ar aku ngan famili belah abah ni..



beauty

Only Beauty

22:17

Hasil terpengaruh dari Dunia Ina Haireina...ngeeee..ritu lepas baca kat blog Ina pasal dapat free sample ni terus register kat onlybeauty..web ni semua pasai produk2 kecantikan..nama pun ONLY BEAUTY..mmg semua untuk beauty je lah..selain tu, setiap hari dorang akan offer free sample & if kita minat, sila ar apply tpi register le dulu..so ritu aku dah apply untuk beberapa sample produk kecantikan..nengok2 ptg tadi check peti surat, dapat envelope dari Only Beauty..dapat le sample cam kat bawah ni..masa apply ritu, main click2 je..kata menda free..tak baca detail, terus apply je..sekali dpt sample ni tadi 'eh, ni nak pakai kat mana?' baru sat2 ni check kat web only beauty, baru tau..so pada sesapa yg suka dapat free sample ni, sila ar register kat web only beauty (klik link kat atas tu)..



Instruction to use:


  • Used daily on the face and neck, the light texture is easily absorbed, leaving skin soft with a silky, radiant finish.  (used daily, sample dapat 2 je..mana cukup..kena apply lagi ni..hehe..hamboiiii, aku semua nak F.O.C jer..org dah bagi free pun dah syukur alhamdulillah..kalau nak lelebih, sila ar beli sendiri kat kedai yg berdekatan..ngeeeee)
  • Astro

    Astro oh Astro #2

    10:59


    wah,wah siap part2 bagai..ni sambungan dari citer Astro oh Astro. semalam dapat bil Astro lagi..kitaorg dah cuak, ingat nak kena bayar gak ke..aku mmg dah set kat mind rini nak call Astro lagi sekali..but bila bukak je sampul surat, nengok2 jumlah yang ritu kitaorg kena denda tu telah di tolak sbb lepas aku complaint tu, agaknya baru dorang take action..kalau aku tak complaint, bayar je amount yang kena denda tu dorang le untung..smartcard dah return tapi tetap kitaorg bayar je denda..tapi tak kisah le, yg penting tak kena bayar..fuhhhh lega..setel masalah.. :)

    social media

    Adoiyai Sadis

    14:33

    Sadisnya aku ngan line tenet kat ofis ni..sejak2 kononnya buat kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian last month, terus line tenet cam hapa jer..ritu aku & member ofis pelik gak apsal lepas buat kerja-kerja penyelenggaraan ni, line tenet slow giler..so hari tu kebetulan kitaorg ada jumpa ngan budak I.T. kementerian..kitaorg tanya ngan dia..upe2nye dia cakap mmg Kementerian dah tukar line internet guna yg gov.punya..sebelum ni pakai Kementerian punya sendiri..so no wonder le line tenet jadik lagiiiiiiiiiii slow..budak I.T tu cakap, line yang sekarang mmg akan kekal le sampai bile2..adoiyai sadisnyaaa..jenuh aku nak masuk gambar2 dalam FB aku..bukan tu je aku kat opis selalu pasang radio online tapi lepas guna line yang sekarang, kalau pasang radio pun sangkut2..naik menyampah lak aku..jenuh asik nak refresh je kojenye..masalahnya refresh pun still sama gak,sangkut2..dengar lagu pun tak leh nak fefeling..menyampah le..tak de mood nak buat keje..kalau tak sambil buat keje, sambil dengor lagu..semangat sikit tambah2 lagu yg peberet..nampak gayanye pas ni kalau aku nak upload gambar2 kat FB, kena guna laptop kat umah le..kalau kat opis nak bukak FB tu boley mmg boley tapi slow..contoh cam harini le dari pagi aku nak masuk gambar untuk 1 album jer, tak lepas2 lagi ni..sabor je lah..

    Flickr Images

    ShopLink Asia

    HAK MILIK

    [PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


    [PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


    Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.