AFB Feeds

bisnes kecil-kecilan

Chocolate Cake

16:03

STICKY POST
**entry baru sila scroll ke bawah**

Yummy..sesuai untuk dijadikan doorgift kepada tetamu anda bagi majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri-kendara, birthday party @ apa2 event, boley hubungi saya @ suami di no.yg tertera pada gambar..harga berpatutan..kalau amik lagi banyak, lagiiiiii murah..C.O.D area Kuala Lumpur & Selangor (Kajang, Semenyih shj.)..minimum orders >>>>> 10 pcs & above..


birthday

Peristiwa di Hari Lahir Mr Hubby

09:33

**entry ni patutnya nak publish semalam tapi as usual le kan me, bz**

Semalam mmg sungguh hari yang kelam kabut..Pagi semalam aku ada exam I.T. untuk P.A. di UiTM Shah Alam (Seksyen 17)..nak story pagi2 masa aku & mr hubby still kat umah lagi,elok je aku bukak pintu umah tetiba aku nampak ada something melompat masuk dalam umah..nengok2 kucing..adoiyai,aku menjerit yang kucing tu terkejut..udah mr hubby duk mengejar kucing tu nak suruh keluar..ikutkan nak kuar awal sikit sebab aku dah booking keta ofis untuk amik exam kat Shah Alam ni so nak sampai ofis b4 8.30,exam start kul 9.30..tapi terpaksa gak kuar lambat sebab kucing tu lak main lari2,jenuh mr hubby duk mengejar nak bagi kucing tu kuar..aku,tolong tengok je lah..aku kan penakut ngan kucing..jenuh duk mr hubby main kejar2 ngan kucing tu, penyudahnya dapat gak mr hubby pegang kucing tu, letak kat luar..lepas tu mr hubby suh aku amik beg, terus tutup pintu sbb kucing tu nak masuk umah balik..masa kitaorg gerak nak gi keje, kucing tu still main2 kat perkarangan umah..so biar kan je lah..okey setel part kucing..otw nak datang ofis, ujan dah start rintik2..kitaorg redah jugak..sekali masuk highway LEKAS nak ke Kajang, terus ujan turun selebat-lebatnya..mr hubby mmg dah basah kuyup..aku kat belakang tak baper basah sangat sebab di cover oleh mr hubby kat depan..untung dapat husband badan besor..hehe..so disebabkan kitaorg dah basah expecially mr hubby, kitaorg stop kat tempat rehat area LEKAS tu..tunggu sampai ujan benti..at the same time, mr hubby keringkan baju guna mesin pengering tangan kat tandas pompuan..duk tunggu ujan benti, kul 8.30 baru stop..aku macam dah malas nak gi amik exam..aku plan nak apply untuk exam yg 2nd intake punya..tapi mr hubby cakap,tak pe la dia hantar aku direct ke UiTM Sek.17 tu.kalau aku nak datang ofis pas tu naik keta ofis lak, mmg tak dan le rasanye sbb naik keta confirm2 jalan ke Shah Alam tu jammed..otw nak ke Shah Alam, ujan jugak tapi kitaorg redah je sampai Subang, stop jap isi minyak pas tu aku kol ofis, nak mintak tolong member ofis bagi alamat exam aku kat mana coz slip peperiksaan aku ada kat ofis (aku tak ingat makmal no baper?)..lepas tu mr hubby terus ajak redah je even still ujan tapi renyai2.sampai kat UiTM Sek.17 lebih sikit kul 9.30..nasib baik boley masuk dalam makmal walaupun aku dengan serabut je ghupe, pakai selipar je..orang lain semua bergaya bagai, pakai heels sume..aku sempoi hokayyyy..rasa macam aku le P.A. paling serabai datang amik exam semalam tapi apapun semalam BIRTHDAY MR HUBBY yg ke-23 jugak (sebaya kita..ngeeee)..tq sayang tolong hantar sampai ke UiTM Shah Alam, Seksyen 17..Happy Birthday Sayang..semoga panjang umor, murah rezeki, dipercepatkan kita menimang zuriat kita sendiri & awak happy selalu disamping saya..ngeeeee ;)

**nanti kita celebrate birthday awak yeak..semalam petang, aku lak majuk ngan mr hubby so kensel nak makan kat luar..lepas dah okey semalam mr hubby cakap ingatkan ptg semalam masa balik keje nak ajak aku makan kat luar tapi dah aku majuk..aku ni kan sensitip sikit..ngeeee**

new born baby

03.03.2013

13:17

entry ni dah baper lama aku duk try nak transfer gambar direct dari phone aku ke picasa album tapi tak berjaya..aku pun tak tau apsal tak leh nak transfer..selalu kalau ada gambar2 aku tangkap guna phone, mmg aku transfer dulu dalam album picasa then baru aku masukkan gambar kat dalam blog pulak..tapi dah seminggu lebey rasanya aku tak boleh nak buat cenggitu..tak tau pasaipa..bila mengadu ngan mr hubby..mr hubby cakap aku ni memacam masalah..abis nak buat camne,kan..ritu pendrive personal aku hampir2 rosak, nasib mr hubby berjaya repair..pas tu bila aku mengadu pasai tak leh nak transfer gambar dari phone ke picasa album tu mr hubby cakap aku ni memacam masalah..hmmm..corry,sayang..wife awak ni,kan ganas sikit..semua menda yg guna nak rosak.. :D

okey, tak pe la..oleh kerana tak berjaya nak transfer gambar dari phone aku ke picasa album jadiknya aku cari alternatif lain ler..amik gambar kat bawah ni dari FB adik ipar aku a.k.a abah baby ni..03.03.2013 - officially adik ipar aku & wife dia - mama & abah,mama (mak mertua) aku jadik opah, mr hubby & me-pak long & mak long, angah -  pak ngah, dak cham - pak chu kot (ni tak sure lagi gelarannya apa) & uter - mak su..baby ni anak sedara pertama kitaorg & cucu pertama mak mertua aku..introduce our new family member (hubby side) >>>>>
                       
 Muhammad Ariff Shazwan bin Mohammad Shah Affendi

   
muka fotostat adik ipar aku.. :)  

ofis

Majlis @ BPU

16:44

Tak tau nak update apa ni..so aku share le gambar2 pagi tadi kat opis aku coz Bahagian kitaorang ada buat Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat..


Kakitangan yg hadir dari pandangan hadapan

pandangan belakang

eh,eh..tuan blog bertudung..hehe

Our Big BOSS

ai bertudung purple gitewwww..
concentrate je ghupenye.. ;)

ayat inspirasi

Positive Thinking

10:03

Entry ni sepatutnya nak publish semalam tapi atas kebizian tuan blog, tertunda harini..so kena tukar le sikit ayat..

Pagi semalam tuan blog attend seminar Positive Thinking..separuh hari jer....okey gak seminar ni..coz aku kan memang perlukan motivasi untuk think positive & mr hubby also..so balik umah semalam aku share sikit ilmu yg dpt dalam seminar ni dengan mr hubby..siap aku suh mr hubby baca entry aku ni w/pun aku tak publish lagi sebab aku tak baper pandai nak explain so aku suh mr hubby baca..hehe..hope mr hubby paham le napa aku suh baca sbb both of us sangat2 perlukan motivasi untuk positif thinking..masa seminar semalam gigih aku amik point2 yang aku rasa boley aku letak dalam blog ni as reminder pada diri aku & mr hubby..antaranya :-

INGATLAH BAHAWA !!!!!
**Apa yang kita fikirkan sebenarnya adalah DOA >>>>> jadiknya kita pikir yang baik2 je..
**Apa jua yang kita fikir (positif @ negatif), minda andaikan itulah yang kita mahu & itulah yang kita harapkan..>>>> from now on nak set kat mind POSITIF jerrrrr..

selain tu penceramah ada share pasai MINDA BAWAH SEDAR..maksudnya apa yang kita cakap akan mempengaruhi minda bawah sedar kita..contohnya penceramah share story pasai kenalan dia yg mana keje biasa2 jer tapi anak2 alhamdulillah semua menjadik..so penceramah tanya apa rahsia kenalan dia ni..kenalan dia inform tak de rahsia apa2 pun cuma dia amalkan bila anak2 dia dah tidur, dia akan cakap @ bisik kat anak dia yang baik2 jer..contoh jadik anak yang baik, rajin belajar @ lain2 le seangkatan dengannya..hmmm..nanti dah ada anak, leh ar amalkan ni..ngeeeee

so mulai sekarang meh ar kita pikir POSITIF jer..

Astro

Astro Oh Astro

10:32

Semalam balik keje, check2 peti surat nengok dpat surat kaler MERAH.bukak2 nengok surat saman sebab tunggakan bil Astro @ denda coz tak return smartcard ASTRO..terkejut gak kitaorg tetiba dapat surat saman coz kitaorg dah lama stop guna ASTRO ni sejak tahun 2011 lagi..lepas je stop ASTRO, terus hntr balik smartkad ASTRO sbb masa nak tutup akaun thru phone Customer Service Astro ada inform suruh return kad tu kalau tak dorang akan kena kan denda if kad tak return pada ASTRO..so aku pun terus return kad tu kat ASTRO guna register post. lepas beberapa bulan camtu, tengok ASTRO senyap je, tak bagi apa2 notis so aku assume ASTRO dah terima kad kitaorg tu..aku pun dengan tak sengaja terbuang slip register post coz masa tu aku tengah buat 5s purse aku..aku pun tak nengok masa nak buang..lepas2 tu baru aku perasan yg aku dah terbuang slip resigter post tu..abis nak buat canme, dah buang pun..then ASTRO pun tak ada bagi apa2 notis, aku assume okey je lah..tup tup lepas 2 tahun, ASTRO hantar surat saman suh kitaorg setelkan tunggakan tu..apa kes?tadi aku call ASTRO (remind - ckp dengan customer service dia nama Nora), CS dia inform akan report pada bhg. smartcard..kalau dorang dah terima kad tu, dorang akan cancel bayaran denda yg kitaorg kena bayar tu..tadi aku tanya gak ngan CS Nora ni, bhg. SmartCard tu tak check ke kad kitaorg dapat ke tak..CS Nora tu tak leh nak jawab pertanyaan aku tu..yea ar dah 2 tahun kot kitaorg tutup akaun dengan ASTRO. pas tu alamat ASTRO yg kena return kad tu, P.O.Box..sedikit confuse disitu napa bagi alamat P.O.Box & even alamat P.O.Box pun dorang tak check ke P.O.Box dorang tu setiap hari..tup tup lepas 2 tahun hntr surat saman plak suh kitaorg bayar atas alasan kitaorg tak return kad..mmg tak logik le, kitaorg dah tutup akaun ASTRO sejak tahun 2011,so apa ke paedahnye kitaorg nak simpan smartkad tu..

moral of the story, next time klu ada hntr apa2 melalui register post sila simpan slip dia dalam purse smpai penerima dapat barang yg dihantar..

bisnes kecil-kecilan

'Like'

14:03

Ala, malunye nak buat pages sendiri kat FB..masa mula2 start biz pun, mmg aku malas nak buat pages ni sbb tak konpiden..ada ke orang nak 'like' page aku tu..tapi atas advise dari sorang seller online yg jugak kenalan aku dalam fb, suruh aku buat pages sendiri sbb dia pun sebelum ni guna fb personal, tapi hari jumaat lepas akaun fb dia tu kena delete ngan FB coz dia selalu share gambar untuk pomot barang2 dia jual guna FB personal..macam aku buat skrg ler..so member aku ni nasihatkan better aku buat pages sendiri sebelum kena cam dia gak..selain dari dia, ada seller lain pun sama gak.akaun kena delete ngan FB.jadiknya conclusion aku buat gak ler w/pun tak baper nak konpiden ni ada ke orang nak 'like' kat pages aku tuh..tak pe ar, tawakal je lah yeak..so kalau ada korang2 yg sudi nak meng'like' boley ar klik link yang aku bagi ni..nama aku tukar dari Chinta Hati ke Chintafiezz-Boutique..sudi2kan le meng'like' yea ;) 

TTC

aku penghidap PCOS..

15:47

Lama aku tak story pasai TTC aku kan..last year masa aku start buat blog aku nak share story TTC aku tapi skrg aku rasa dah byk entry aku lari dari tajuk TTC..ngeeee..akceli aku malas nak story selalu sgt pasai TTC sbb nanti ahkak stressssss..tapi tadi masa BW, terjumpa blog findingtwolines so tertarik dengan topik PCOS yang dia tulis..aku pun nak share jugak le coz aku salah seorang penghidap PCOS..sedeynyeeee..PCOS ni tak le membahayakan cuma sebagai pesakit PCOS kita kena jaga @ kawal pemakanan kita but aku kan susah nak kontrol (alasan ni padahal diri sendiri yg tak mo kontrol)..kang tetiba mr hubby ajak makan KFC ler, MCD ler..haiiii,kalah aku dengan fastfood ni..untuk TTC especially PCOS ladies macam aku, fast food sangat tak digalakkan..tapi kadang2 tu belasah jugak le fastfood..

sambung story tadi..

Apa tu PCOS?

Polycystic ovari atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak, pada permukaan luar ovari mempunyai banyak follicles yang kecil dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesihatan pada wanita tersebut. Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

masa aku buat treatment fertility kat hospital, dr scan untuk tengok keadaan rahim aku macamne & aku punya macam gambar yang dibawah..huhu..so aku salah seorang wanita PCOS..

TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS

TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.
Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak. 
1.Haid tidak teratur. >>>> yes, aku dalam kategori cik P tidak teratur..
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga 3 atau 6 bulan untuk datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sehingga mencecah satu tahun tidak datang haid.

2.Gemuk @ obesiti >>>>>> aku tak gemuk..okey je..
Peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obes. Ini juga tanda lain bagi polycystic ovari. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak iaitu selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. Ia terjadi kerana sel badan menahan dari hormon insulin yang mengawal gula. Insulin ini menahan sel pertahanan dari menggunakan gula di dalam badan secara normal dan gula tersebut di simpan sebagai lemak secara terus.

3.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan >>>>> kadang-kadang
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, mereka juga boleh mengalami perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovari akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

4.Tumbuh rambut. >>>>>> ada kat kaki..mr hubby selalu buat lawak nak cabut bulu kaki aku & cukur kat atas mulut aku coz ada bulu2 halus cam misai..
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini adalah disebabkan hormon androgen yang berlebihan menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovari.

Fakta-fakta penting secara ringkas berkenaan PCOS:

Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. 
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut. >>>>>> aku mengalami keguguran rambut yg teruk..huhu
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
 Kredit info dari >>>>> qasehdindakanda


aku baru dapat new info dari blog findingtwolines..untuk TTC sekiranya nak minum susu yg dalam kotak tu..digalakkan pilih yang FULL CREAM not LOW FAT..sebabnye korang baca kat sini..aku nak explain pun tak baper nak pandai tapi aku baru tau >>>>>> siapa-minum-low-fat-milk..tapi lagi elok sekiranya kita TTC amalkan minum susu kambing..ngeeeee..>>>> ditujukan pada mr hubby "sayang,tolong belikan susu kambing"..

TTC

aku di hina

09:57

ikutkan nak story pasal anak buah pertama dalam famili mr hubby tapi tu nanti dulu..hold..geram aku hari jumaat tak abis lagi..kalau ingat2 balik,mmg rasa nak sepak2 je mulut kakak ipar aku tu..mulut tak de insurans langsung..x pe,x pe..dia pun ada anak..skrg mmg la anak dia kecik2 lagi..story nye macamni, hari jumaat lepas aku & mr hubby nak balik Ipoh lepas abis keje..tapi kitaorg kena singgah umah kakak ipar aku ni coz nak amik barang dulu..dah nak gi umah dia tu menempuh jammed..sampai umah dia dalam pukul 7 lebey..sampai umah dia,nengok barang2 tu tak berpacking letak dalam kotak lagi..tak pe lah, pas tu aku siap kena tolong dia lagi..at 1st kitaorg ingat dah siap packing so aku & mr hubby nak touch N go je (maksudnya amik barang terus chow balik kg)..abis nengok barang tak berpacking kena le tunggu sambil2 tu dengar dia membebel..kitaorg layankan je lah coz atas dasar hormat dia sebagai KAKAK kan..aku & mr hubby nak balik kg ni selain nak hntr barang yg amik kat umah kakak ipar aku ni, kitaorg nak gi nengok anak sedara pertama sebelah mr hubby..so kakak ipar aku ni, dia cakap time gi nengok anak sedara kitaorg, nanti mesti ada orang yang tanya kat kitaorg (paham-paham je lah)..dia cakap nanti orang tanya2 aku terasa pas tu dalam keta menangis...aku senyum je..tak jawab apa pun..masa tu mr hubby kat kete..dia tengah adjust seat blkg untuk senang letak barang2 yang nak bawak dari umah kakak ipar aku ni..dah setel adjust mr hubby datang kat kitaorg..mr hubby saja cakap keta kitaorg ni dari luar nampak cam besar tapi dalam sempit..lepas tu mulut kakak ipar aku yang kurang ajor ni cakap "beli kereta ni kena le tengok..jangan tengok luar je cantik, dalam sempit macam pilih isteri jugak jangan tengok luar je cantik, dalam ermmmmmm"..kalau korang kat tempat aku yang tak pernah pregnen ni, apa korang akan pikir..masa tu aku rasa cam ada menda toreh2 kat hati aku..lepas kakak ipar aku cakap cenggitu, terus aku senyap..aku duk tahan je air mata..lepas tu dia duk membebel apasal aku tak belajar drive la apa..x kose aku nak jawab..dalam hati aku 'dia pun tak gheti nak drive..nak bebel2 kat aku plak'..dah le pas tu dia suh aku tolong dia packing barang tu sekali..w/pun hati aku sakit, aku tolong jugak la..lepas dah abis je packing, terus aku masuk dalam kete..aku tak salam pun ngan orang tua tu..dalam keta jangan kira le air mata aku mencurah2..mr hubby duk pelik apsal tetiba aku nangis..mula2 aku malas nak story tapi dah mr hubby duk tanya..aku bgitau jugak tapi besa le as lelaki, mr hubby tak rasa apa pun kakak dia cakap cenggitu..aku yang emosional..mau tak emosional, ayat tu menghina aku tau..seyes  hilang respek aku kat orang tua tu..sebelum tu dia duk sound masa nengok anak sedara kitaorg nanti, ada orang tanya le  pas tu aku terasa pas tu nangis..padahal dia yang buat aku nangis..tak pe,tak pe..dia hina aku macam ni..nnti anak dia dah besar, dah kawen..dia tau le sendiri..kalau anak2 dia subur tak pe la..nasib dia baik..kalau ada anak dia cam aku & mr hubby ni, baru dia sedar diri..itu pun kalau dia sedar diri le..tak pun dia duk menyalahkan bakal2 menantu dia..maklum la orang besa cakap besar ni susah..dia je yang hebat, bagus dari orang lain..

mr hubby

Luv U

08:33

Luv U Mohd Hussyainy Tajuddin walaupun awak dot dot dot..jgn mara..hehe


Santai..
tahukah anda hampir 92% lelaki yg berkahwin akan boroi dlm 2 tahun perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kpd suami yg six pax dan masih tampan.

berbanding kadar penceraian yg melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian, namun itulah hakikatnya. Beruntunglah kepd mereka yg mempunyai suami boroi. dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh. Sesungguhnya buncit itu seksi......boroi itu indah hahaha 

sumber dari >>>>> SINI

TTC

Komen di FB

21:52

mood aku yg happy2 harini di spoiltkan dengan 1 komen kat status adik ipar aku..huhu..sgt sentap..di komen oleh sedara mara aku sendiri..serius aku sgt terasa komen tu..x sangka pulak sedara aku ni boley komen cam tu..ingtkan selama ni,dia memahami tpi salah tekaan aku rupenye..x pe aku x mo mendoakan yg tak baik utk sedara mara sendiri tmbh pulak dia pun ada anak pompuan..skrg tgh belajar..nnti dh abis belajar,mesti kawen..hope anak dia bunting pelamin so x de la dia jadik cam parents aku..masih ternanti2 cucu sendiri..

"memanglah..terutama mak mentua n pak mentua ita lah kesian..mak______tengok dah lama duk nanti nak timang cucu sendiri"

w/pun ayat tu ditujukan pada adik ipar aku (ita) tpi ayat dah lama nanti tu,aku rasa utk aku ngan mr hubby..yelah kitaorg kan dh lama kawen..x pe la..kitaorg x mintak pun jadik camni..biar la org pndang kitaorg sinis sbb kitaorg belum ada ZURIAT sendiri tapi kitaorg bahagia cuma rezeki yang ITU belum memihak pada kitaorg..

LifeStyle

Terpengaruh dengan EiDA :D

16:12

Tadi baca kat blog EIDA pasal photobook kat Pixajoy ni..murah pulak tu..ada offer 10 hengget jer..terus terpikat nak beli gak..nak try berphotobook jugak le..sebelum2 ni baca kat blog2..macam best je..and kebetulan aku kan mmg suka decorate/design gambar..so nak try le photobook,meh aku uji tahap kekreatifan aku..sebelum beli tadi duk cari gak nak letak gambar apa..cari punya cari..jumpa gambar honeymoon kitaorg masa tahun 2008..seingat aku tak pernah cuci gambar2 tu..sume duk dalam pendrive..so boley ar aku buh kat photobook ni..tak sabor nak explore photobook..i likeeeee..ngeeeee..tapi apapun aku kena explore Editor-User-Guide dulu..ai kan baru lagi dalam bidang photobook2 ni..

LifeStyle

N.A.P

13:52

Daku dah terjebak dengan Nasi Ayam Penyet ni..dulu selalu le duk tengok Restoran AP ni merata2..kat area umah aku tu pun sama gak..penah duk tanya Mr Hubby masa lalu kat Restoran AP area umah kitaorg ni, apa menda le Ayam Penyet ni..sedap sangat ker??sekali hari tu, aku terjebak jugak dengan nasi AP sebab terbeli masa kat cafeteria ofis aku ni..aku duk tengok orang kedai tu dah siap letak dalam pinggan..Nasi, Ayam, Sup & sambal..so aku pun dengan konfiden tunjuk kat kakak kedai tu,nak yang macam ni bungkus sbb masa tu aku rasa cam malas nak amik nasi yang ada lauk2..sekali kakak kedai tu jerit kat kawan dia 'Nasi Ayam Penyet satu bungkus'..aku macam...lerrrr ni ker dia Nasi AP..haha..terserlah kejakunan aku..baru ai tau mana ke ghupe Nasi AP nie..so bila dah start rasa tu, ermmmmmm cedap jugak yeak nasi AP ni..patut ler byk je restoran AP ni kat mana2..

Ni gambar last week..tapi harini pun menu yang sama gak..see dah habaq aku dah terjebak ngan Nasi AP..tiap minggu mesti ada menu yg sama..

famili

PLKN

12:13

1st time dalam famili aku ada yg kena attend PLKN..haha..cian..ni adik sepupu aku le yg kena..nasib baik time ai abis SPM tahun 1998, tak wujud lagi PLKN bagai..kalau x, aku orang pertama tulis surat tolak..aku kan tak suka aktiviti2 camni..manja le katakan..dulu2 masa sekolah, mak tak bagi attend aktiviti luar cam camping ke hapa..so terbawak2 le sampai skrg..salah kan mak padahal mmg diri sendiri yang tak minat bercamping2 ni..hehe..yg adik sepupu aku ni, mak dia a.k.a makcik aku suh check..pas tu aku post ni kat fb, tagged adik sepupu aku yg kena ni..rupenye dia dah tau tapi dia tak habaq ngan mak dia a.k.a makcik aku sbb dia tak mo attend..bertuah punya budak..sabor je lah..tapi tadi pas tengok status ni, dengan pantas terus mesej makcik aku bagitau pasal ni..haha..nasib ler ko akid..selamat ber 'PLKN'..

mr hubby

Menenami Mr Hubby

13:36

Hari ni plannye nak cuti sebab temankan mr hubby attend interview @ Jab.Perdana Menteri, Putrajaya..tapi sbb tadi mr hubby habis interview awal, cancel cuti..lepas interview tadi terus balik umah coz ai pakai baju nak gi jenjalan..kata nak cuti,kan..tapi sebab tak jadik cuti, terus balik umah,ai tukar baju gi ofis..mr hubby mmg pakai formal le sbb dia attend interview..pukul 11.22pg smpai ofis..kalau lebey 4 jam, kena amik cuti..sebab tadi kurang dari 4 jam, me & mr hubby masuk le opis..kitaorg kan pekerja cemerlang..ngeeeee..story pasai interview @ Jab.Perdana Menteri tadi, ada story tak best..erm, tak pe lah..anggap le macam test attend interview di Jabatan Kerajaan..tadi masa nak daftar untuk masuk ke Jab.Perdana Menteri, 1st time kan..rasa cam jakun jap sbb kat kaunter pendaftaran siap kena tangkap gambar bagai..kita kena bagi i.c. & dorang akan suh berdiri mengadap kamera..then,dorang tanya nak ke blok mana?aku inform le nak ke Blok B8 coz teman mr hubby attend interview..kalau nak kelentong cakap aku interview, cam tak logik le kan..dah aku pakai baju macam nak gi jenjalan..staff kat kaunter tu tak cakap tak boley nak teman kalau attend interview..so dorang bagi aku limit untuk duduk kat kafe Blok B2 shj....aku pun okey je lah,x kan nak nunggu kat kaunter tu jer..lagi bohsan..lepas amik pas masing2..aku ke Blok B2 & mr hubby ke Blok B7..


Limit aku boley masuk ke blok B2 saje..

masuk kafeteria, terus tengok menu kat situ..nasib ahkak keje gomen gak, tak de la macam jakun sgt kafeteria gomen..cuma beza nya kafeteria kat c2, staff kafeteria yg amik makanan..so kita pilih je menu apa yg nak..kalau kat ofis aku ni, ko nak makan ko buh le sendiri dalam pinggan/mangkuk..tadi pilih punya pilih, menu feveret ai :D

Lontong..murah je..total RM2.80 termasuk air..

bisnes kecil-kecilan

kembali bersemangat

11:33

Cewah..tajuk tak menahan..biler ada masalah, rasa nak benti ler..sume ada..biler dah okey, kembali bersemangat..hehe..dalam entry sebelum ni aku ada mention cam rasa nak stop je biz on9 ,kan tapi sebab dah setel masalah tu tak jadik le nak benti..plus dlm entry aku sebelum ni ada yg sudi bagi komen membina..tq :).. alhamdulillah, sorang customer aku dah terima beg yang dia nak semalam coz customer aku nak guna hari ni..smlm aku mesej tanya dah tima ke beg sbb aku check kat tracking Pos Laju, beg dah bawak keluar untuk delivery..lama gak baru dia reply sbb baru blik keje..dia ckp beg dah dapat..komen dia 'cantik & puas hati'..alhamdulillah..sonok bile dengar customer komen cenggitu..ada sorang lagi customer aku pttnye tima baju dia semalam gak tapi atas sebab musabab yg tak dapat dielakkan,baju dia baru pick up semalam..mmg sah2 tak delivery harini sbb Pos Laju cuti..next week ler baru dia dapat..pdhal dia nak pakai baju tu untuk attend wedding harini..huhu..so aku mintak maaf sangat2 ngan dia..aku mengaku silap aku amik order dia coz aku ingat okey & tak de masalah untuk delivery by semalam..customer ni pun buat payment kat aku hari rabu..jadik aku ingat boley ar arrange delivery hari khamis so semalam dia boley dapat baju dia order tu tapi ada masalah sikit. aku tak mo salahkan sesapa..mistake aku jugak dengan konpiden amik order dia..aku nak tnggung kos postage tapi customer tu cakap tak pe lah,menda dah jadik..aku inform ngan dia kalau nak refund duit dia tak dapek le sebab aku dah bayar supplier..so kos postage aku boley bayar dia balik sbb salah aku,kan..but nasib customer ni okey..cuma dia frust sbb nak pakai baju tu utk.wedding yg dia nak attend harini..maafkan akak yea wahai customer ku yang sgt bertoleransi..Pengajaran kat diri aku sendiri, lenkali jangan amik order customer kalau last minute..sebab kita tak tau masalah di pihak yang lagi satu tu..kita expect okey & boley..tapi bile terjadik perkara2 macam ni, mengagap nak jawab kat customer..dapat customer okey cam customer aku ni tak pe..dapat customer yg byk citer,mengigil nak reply mesej..duk cari idea nak kelentong inform kat customer..tapi aku jenis,apa2 aku terus terang je..nasib ler kalau customer marah, dengor je lah..

note : borinkkkk..mr hubby kena keje le plak..ni yg update blog..  ;)

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.