Cara Simpan Bahan Mentah

10:58

Sebelum ni, aku kalau beli bahan mentah macam ikan,daging,ayam,sotong,udang (yang seafood ni jarang2 sebab mr hubby alergik) tapi yang lain tu selalu..stok abis je beli..yang selalu aku buat lepas dah beli tu, balik umah..basuh2, masuk balik dalam plastik terus simpan kat dalam fridge..masa nak masak, baru kuarkan..nak masak sikit je untuk kitaorang berdua tapi bila dah letak ikan/daging/ayam tu  dalam plastik sekali, terpaksa rendam semua sebab nak bagi cair sikit..(maksud aku bukan la aku sumbat ikan/ayam/daging tu dalam 1 plastik yea..jangan salah paham..asing2kan la..ikan, ikan / daging, daging / ayam, ayam)..bila dah masuk dalam tempat beku tu, mau tak keras ikan/daging @ ayam tu..kalau ikut style aku yang pemalas ni, bila dah kuarkan nak cepat cair, aku rendam dalam air semua sekali..ngeeeee..

penah la aku cam nak letak ikan/ayam/daging tu sikit2 ikut baper banyak yang nak masak dalam plastik @ bekas makanan yang kaler jernih tu..so time nak masak baru kuarkan yang untuk masak je..tapi aku kan PEMALAS..pikir je tapi  tak buat..hehe..ritu ada la akak kat opis aku ni citer kat umah dia buat macam yang aku terpikir tu..ikutkan buat macam tu bagus sebab mengekalkan ke'fresh'an & rasa ikan/ayam/daging tu..tak de la time nak masak keluarkan semua sekali.. rendam dalam air pas tu yang balance simpan balik dalam fridge cuma amik baper banyak yang nak masak je...tu menyebabkan rasa ikan/ayam/daging tu dah tak sedap sebab dah baper banyak kali kuar masuk fridge, rendam dalam air so rasa dia pun dah tak sedap..tapi ada aku kisah..aku masak je..ngeeee..lepas akak tu citer, aku cuba praktikkan..tapi tak leh beli banyak2 sebab aku letak dalam bekas..fridge kat umah aku tu sederhana je..ritu aku beli ikan, try letak dalam bekas..susun2  kat tempat beku dalam fridge, penuh..

bila dah buat macam ni, senang plak aku rasa..aku keluarkan 1 bekas yang nak masak shj..selain tu kaler ikan masih sama macam baru beli kat kedai..kalau ikut style aku yang sebelum ni, asik kuar masuk je ikan dalam fridge..kaler ikan tu dah bertukar aku tengok..so lepas ni, aku akan simpan bahan mentah macam ni la..menjimatkan masa & senang :D

You Might Also Like

2 Comment

  1. assalam..cara cam tu lebih praktikal...jimat masa menunggu jugak..

    saya pun dah buat camtu sekarang.. klu lauk utk masak dlm 2 hari camtu..saya perap siap2..cam ikan dah siap garam & kunyit...ayam lak siap perap ngan halia, bawang putih & garam..org dengan rempah2..balik keje terus masuk oven @ goreng jer...berbaloi2 masa... nak2 plak time kemalasan nak menunggu tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam..

      kan..senang buat cenggini..kuarkan 1 bekas je yg nak masak, ikan2 tu pun tak melekat2..rendam kejap je..gaul2 garam ngan kunyit, tadaaaa dah boleh masak..jimat masa..

      kalau tau, dah lama buat..eh, tau..tapi malas nak buat..hehe

      Delete