Bagi Hadiah?????

15:15

conversation suami isteri..

MH : sayang, tengah buat apa?
A: tak de buat apa
MH : dah makan?
A : dah
MH : makan apa?
A: kuew tiau ladna..
MH : kat bawah ofis ni ada promotion untuk buat LASIK..
(ada bukak booth agaknya)
A : napa?awak nak buat ke?
MH : tak de ar..nak suh awak buat..
A : Apa?x mau..takut..awak nak buat, awak buat..baper bayaran
MH : RM7K bayar separuh..
A: awak nak buat, awak buat je ar..saya tak nak
MH : Dah bayar..
A : Baper?
MH : RM350
A : #@!~&&**& (bagi aku RM350 tu lagi bagus..boleh buat modal biz,kan)..tak nak..
MH : dah letak nama awak..
A : tukar le nama awak..saya tak nak..takut
MH : napa? (lerrrr lagi nak tanya..dah aku cakap aku takutttt)..
A : yang gatal tulis nama saya napa?tanya le dulu..saya tak penah komplen pun pakai spec..selesa je  pakai spec..
MH : nak bagi hadiah kat awak..nak bagi awak nampak cantik..tak yah pakai spec
okey, sedar diri skrg..pakai spec tak cun..
A : tak  nak..takuttttt..awak nak, pi tukar nama awak..
MH : tak nak..abg takut..nak suh awak buat dulu..kalau x sakit, baru abang buat..(WHATTTTT?????)aku jadik testimonial..sabo je ar..
A : awak tak nak, awak suh saya..
MH : ala, pah awak nak buat..okey je..
A : dah..pi mintak duit tu balik..kalau orang tu tak bagi, awak tukar nama awak..awak yang selalu komplen pakai cermin mata, mata lagi teruk..saya okey je pakai spec..tak pernah komplen pun..

panjang lagi conversation kitaorang, tapi aku tak ingat..tak hagak2 mr hubby nak bagi hadiah..bagi le barang ke?percutian ke?ni laser mata..nak marah ke, nak gelak ni..

Google2 tadi, cari info pasal LASIK ni..

LASIK sebenarnya datang dari singkata Laser Assisted in SItu Keratomileusis..Kalau nak tahu di Amerika prosedur LASIK telah mendapat kelulusan FDA.Secara umumnya LASIK dilakukan oleh pesakit untuk memperbetulkan masalah-masalah mata seperti rabun jauh (MYOPIA), rabun silau (ASTIGMATISM) dan rabun dekat [(farsightedness) (HYPEROPIA)] ataupun kombinasi antara kedua nya myopia dan astigmatism atau hyperopis dan astigmatism. Satu kelemahan dalam LASIK ini ialaj prosedur ini "TIDAK BOLEH" merawat/memperbetulkan masalah rabun presbyopia (rabun tua).

Bagaimana LASIK dilakukan? LASIK dilakukan secara asasnya melalui 3 peringkat:

 1. bukaan lapisan luar kornea dibuat menggunakan alat 'microkeratome blade' atau laser.

 2. Kemudian laser digunakan untuk membuang bahagian-bahagian tertentu lapisan kornea  yang terlebih dahulu ditentukan dan dikira oleh pakar sebelum LASIK dilakukan.

 3. 'Flap' kornea yang di buka tadi diletakkan semula ke tampat asal dan akan melekat  semula dan akan sembuh secara semula jadi.

penggunaan local anastetik drop dilakukan agar pesakit tidak berasa sakit...

Nak tau kelebihan & keburukan buat LASIK..klik SINI..



You Might Also Like

2 Comment

  1. hahahahaha.... pakai spec tak cantik??? agaknye laki aku pon rsa gitu..bluwekk!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..pkai spec ke tak pakai spec ke tetap gojes..

      Delete