Terkejut di pagi hari

08:24

Pagi ni otw nak gi keje, aku & famili dikejutkan dengan 1 kejadian..dalam keta tadi kitaorg ber4 (abah,adik aku, mak & aku)..abah drive, adik aku duk sebelah abah, aku & mak duk kat seat belakang. 

Semalam aku tido umah parents aku kat Puchong coz mr hubby kena o.t. hari sabtu & ahad. So pagi ni aku tumpang abah untuk gi keje. selalu mmg pagi2 kalau dari umah parents aku, abah akan hantar mak aku dulu kat tempat keje area Bangsar. Kejadian berlaku masa kat sini. Aku besa la dalam keta sambil layan lagu, berangan..berangan apa pun tak tau le..masa ni aku ada terdengar mak aku cakap kat abah aku 'abang, abang'..tapi aku tak menoleh pun..sibuk le duk pandang kat luar tingkap sebelah yang aku duk tu..sekali aku terdengar bunyi keta abah kena hentak..masa tu baru aku toleh & aku tengok ada sebuah keta SAGA nak keluar dari parking, tak bagi signal terus keluar tanpa tengok yang masa tu keta abah aku tengah lalu belakang keta dia..mak aku terus membebel2..keluar dari keta, tengok pintu belakang yang sebelah driver dah kemek..adik aku terus gi jumpa ngan pemandu keta SAGA tu. aku amik gambar..bukti weiiii..salah dari pihak SAGA tu coz dia keluar dari parking tak tengok dulu ada ke tak keta kat belakang..terus je reverse nak keluar. aku syak dia tak bagi signal sebab kalau dia bagi signal, sure abah aku benti bagi laluan kat dia..

tapi seyes sangat terkejut dengan kejadian pagi ni. masa keta SAGA tu hentak kat keta abah, kitaorang kat dalam keta bergegar le jugak..sume berpaut pada apa yang ada dalam keta..mak aku duk jerit 'abang'..aku duk jerit 'abah'..

alhamdulillah, kitaorg sekeluarga tak cedera cuma keta abah kemek kena hentak dengan SAGA tu. aku & mak aku mengigil jap lepas kena tadi..1st time kena cenggini, mau tak gigil..huhu

keadaan keta abah lepas kena hentak tadi






You Might Also Like

0 Comment