P.A.orang atasan

16:19

Dari entry aku yang semalam >> SYMP

pelajaran baru yang aku dapat semasa menggantikan tugas P.A. orang atasan..

~ Sila catitkan sebarang maklumat yang diterima dari pemanggil yang menelefon ~ dari mana, berkaitan apa..(especially kalau pemanggil tu telefon, kata nak datang jumpa terus dengan bos). Kalau bos aku jarang kowt orang luar nak jumpa so aku tak amik kisah sangat pasal ni..kalau orang tepon kata nak datang, tengok jadual bos aku free, aku masukkan je..aku cuma tanya dari syarikat @ kementerian mana je..kalau orang atasan,kena lebih detail sikit.

~ Sila pastikan sesapa yang nak berjumpa dengan pegawai atasan tersebut mempunyai appointment. kalau x, x memasal kena marah free2 dengan pegawai khas orang atasan tu. (aku dah kena semalam..huhu)..

~ Kalau pegawai atasan tu ada pegawai khas dia sendiri, sebelum catatkan appointment dalam diari harian, mintak orang yang nak datang tu, contact sendiri dengan pegawai khas tersebut..pegawai khas tersebut akan tanya lebih detail berkenaan apa orang tersebut nak jumpa dengan orang atasan ni.

~ Kalau ada meeting @ discussion, sila remind bos sebab bos yang aku jaga ni, dalam bilik dia tak ada whiteboard jadik as P.A., kena inform kat dia.. (kalau kat bilik bos aku ada whiteboard so aku tulis semua mesyuarat kat situ jadik bos aku just refer kat whiteboard kalau nak tengok ada mesyuarat ke tak). Bilik bos yang ni tak de whiteboard so tu aku confuse bile semalam & harini dalam diari, aku tengok ada meeting tapi dia tak keluar pun gi meeting..pegawai khas @ staff bos ni yang lain pun tak habaq kat aku..mana aku nak tau..harini baru aku tau, upenye kena remind kat bos kalau ada sebarang meeting @ discussion..huh!!!!sabar je..nasib aiolls tak kena marah dengan bos ni..

amik ko, 2 hari jadik P.A ganti orang atasan terus update pelajaran baru..hihi..nampak benor kat bahagian aku, aku jaga bos jenis sempoi je..

You Might Also Like

6 Comment

  1. memang lain jage bos atasan dengan bahagian,..dulu sha jaga bos atasan..pastu tukar kementerian dapat jaga sub je..so sangat2x berbeza cara jaga dorang..hehehe..banyak keje sikit la untuk jaga bos atasan ni..orang luar banyak nak jumpa..pastu dia bz sikit..haha..yang penting da lepas semua kan..okey la tuu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la pasal, lain sangat jaga bos atasan dengan sub bahagian ni.macam saya ni jenis tak detail sangat so kalau orang nak jumpa ke hapa, saya bagi je. sebab dengan sub yang saya jaga, mmg x banyak citer, tapi dengan bos atasan upenya kena cakap dengan pegawai khas dia dulu..hmmm..leceh..baik jaga sub je..banyak keje tu tak sangat tapi call masuk banyak..baru letak je, bunyi..nasib jaga 2 hari je..sebenarnya mmg tak baper suka jadik P.A. ganti kat pejabat pengurusan atasan..leceh..

      Delete
    2. ahaha..thu xpe..klu sha pun..orang suruh ganti..sha cuba sbolehnya tak nak..sebab banyak hal sangat..jadi pa atasan ni susah..mata orang banyak pandang...silap sikit je..orang da nampak..

      Delete
    3. sama ar, saya pun kalau kena ganti, cuba mengelak2..lagipun duk jadik p.a ganti kat pejabat pengurusan atasan, nak menyenangkan keja dorang tapi keje kita jadik tertangguh. mmg pembantu pejabat/kerani ganti duk tempat kita tapi dorang tak buat keje kita..dorang just duduk, jawab kol je..huh!!!!

      Delete
    4. ahaha..bse la tuuu...gnti tmpt orang..keje sendirik tertangguh..yela..bos dorang lg penting dr bos kte kann..redho jelahh..ahahah

      Delete
    5. tue la pasalnya..redho je la..nak buat macamne ~ SYMP ;)

      Delete