bisnes kecil-kecilan

Scallop & BollyWood

17:30

Tak dak idea nak update apa..so meh ar bagi korang cuci2 mata kat pages aku..klik SINI, tau..ada koleksi terbaru..hangat di pasaran..cewahhhh..hehe..


ni ar antara koleksi2 terbaru di ChintaFiezz Boutique..panas ni, aku baru amik stok..baju ni hot kowt kat FB tapi kelainan dia, skirt tu aku bagi pilihan 3 jenis..korang boleh ar pilih nak yang jenis stripe, polkadot @ plain..baju scallop plain..bagi aku tiga2 skirt pun cantik bila match ngan scallop ni..kalau pakai tu, terserlah keayuan korang gitewwww..hihi..
Spesial untuk readers blog aku (kalau ada, aku bagi diskaun)..hehe..kalau korang order, sila ar mention korang readers #CHINTAHATI81#, terus laju2 aku bagi diskaun & kos postage adalah FREE ;)


**kalau korang nak tengok mix & match scallop mengikut jenis skirt, klik link kat atas ni..


Koleksi ke-2 ~ Stylista Jubah Ala BollyWood..
Sopan & Muslimah gitewwww..

Warna2 lain sila klik SINI..baju ni dari material crepe, kain nipis,jenis ringan/lembut/tak jarang & tak strechable..kalau nak order, sila mention korang readers blog aku..macam aku tulis kat atas tu,k..
0163333046 (WhatsApp/text/LINE)  

vacation

Dah harga baru

17:27

tanjat gugurl..semalam tengok harga pakej RM199..harini check balik dah naik RM205..terus kontek dengan person in charge (efa)..dabel confirm sebab nak booking..efa ni explain, harga baru tu dia baru update harini sebab currency dah naik jadik harga sume naik..try adjust2, efa bagi harga macam semalam yang aku tengok kat fb dia sebab semalam pun aku ada kontek dengan efa nak tanya pakej RM199 tu ada lagi ke tak? dia inform ada & dia mintak aku e-mail nama, no.telefon & lain2 detail kat dia..aku cakap malam semalam nak e-mail tapi mr hubby saja try tanya2 famili dia nak joint tak..mama bagi keputusan harini so on hold dulu, tak jadik e-mail semalam. lagipun masa sampai rumah, mr hubby terus repair lappy kesayangan..harini aku baru nak e-mail detail yang dia mintak sebab dah confirm famili mr hubby tak nak joint.. sekali check2 tengok dah naik harga plak..nasib kol efa, bitau yang semalam aku ada kontek dia tanya pasal pakej ni, terus dia bagi harga ikut semalam..alhamdulillah..memang tak banyak naiknya tapi dengan sekarang sume barang pun naik harga kena le berkira sikit..hehe..mesti korang cam blur, amenda le aku story ni..later2 ai story yea..hehe..

ni berkaitan dengan entry aku yang NI..

Note ~ kena buat list..apa yang perlu dibawa & apa aktiviti yang nak buat kat sinun..

LifeStyle

Passport

23:46

Harini misi membuat passport..ngeeee..later2 ai story yea pasal buat passport ni..sepraisssss..

Mula2 tak plan pun nak buat passport ni..tapi tetiba lak terbuat,boley ;)..kitaorg gi UTC Pudu..tak ramai orang tapi kitaorg kan tak pernah ada passport, kira ni 1st time nak buat passport..prosedur pertama bawak fotostat ic & gambar 2 keping..gambar nak backgroud white..tak mau background blue macam kita tangkap gambar ic..nasib dekat utc tu, sume pun ada..1 floor dengan imigresen tu ada kedai gambar n fotostat..senang keje..tapi kalau uolls tak nak kelam kabut, bawak le gambar 2 keping (background white) & fotostat ic..macam kitaorang tadi tak tau, jadik tak bawak gambar @ fotostat i.c..kena le tangkap gambar kat kedai gambar dalam utc tu & fotostat i.c. sekali..mr hubby siap mintak diskaun sebab nak tangkap gambar 2 orang..tapi budak tu tak bagi ar..hehe..


Lepas dah bayar semua kat kaunter pembayaran, kena tunggu 1 jam untuk passport siap..sementara tunggu passport siap, aku & mr hubby gi makan dulu..t/hari tak makan..terus lunch merangkap minum petang di KFC..hihi..

Total untuk buat passport
Tangkap gambar ~ RM12 (6 keping) x 2 = RM24.00
Fotostat ic ~ RM0.30 x 2 = RM0.60
Buat passport ~ RM100 (untuk 2 tahun) x 2 = RM200.00
Total keseluruhan = RM224.60
Yeayyyyyyy..sudah ada passport, boley ar cuti2 di luar negara..ngeee

Terkejut di pagi hari

08:24

Pagi ni otw nak gi keje, aku & famili dikejutkan dengan 1 kejadian..dalam keta tadi kitaorg ber4 (abah,adik aku, mak & aku)..abah drive, adik aku duk sebelah abah, aku & mak duk kat seat belakang. 

Semalam aku tido umah parents aku kat Puchong coz mr hubby kena o.t. hari sabtu & ahad. So pagi ni aku tumpang abah untuk gi keje. selalu mmg pagi2 kalau dari umah parents aku, abah akan hantar mak aku dulu kat tempat keje area Bangsar. Kejadian berlaku masa kat sini. Aku besa la dalam keta sambil layan lagu, berangan..berangan apa pun tak tau le..masa ni aku ada terdengar mak aku cakap kat abah aku 'abang, abang'..tapi aku tak menoleh pun..sibuk le duk pandang kat luar tingkap sebelah yang aku duk tu..sekali aku terdengar bunyi keta abah kena hentak..masa tu baru aku toleh & aku tengok ada sebuah keta SAGA nak keluar dari parking, tak bagi signal terus keluar tanpa tengok yang masa tu keta abah aku tengah lalu belakang keta dia..mak aku terus membebel2..keluar dari keta, tengok pintu belakang yang sebelah driver dah kemek..adik aku terus gi jumpa ngan pemandu keta SAGA tu. aku amik gambar..bukti weiiii..salah dari pihak SAGA tu coz dia keluar dari parking tak tengok dulu ada ke tak keta kat belakang..terus je reverse nak keluar. aku syak dia tak bagi signal sebab kalau dia bagi signal, sure abah aku benti bagi laluan kat dia..

tapi seyes sangat terkejut dengan kejadian pagi ni. masa keta SAGA tu hentak kat keta abah, kitaorang kat dalam keta bergegar le jugak..sume berpaut pada apa yang ada dalam keta..mak aku duk jerit 'abang'..aku duk jerit 'abah'..

alhamdulillah, kitaorg sekeluarga tak cedera cuma keta abah kemek kena hentak dengan SAGA tu. aku & mak aku mengigil jap lepas kena tadi..1st time kena cenggini, mau tak gigil..huhu

keadaan keta abah lepas kena hentak tadi






Nuffnang

BE ke????

22:36

Ni ke BE yang selalu blogger2 lain selalu update bila dapat dari nuffnang..aku x baper tau sangat w/pun duk letak iklan nuffnang kat blog aku ni..hihi..x pernah dapat kan, tu yang peghak sikit..tdi check nuffnang, tgk2 cam BE..tue pun aku tengok gambar2 BE yang selalu blogger2 lain update kat blog memasing..tengok cam sama je..waaaa, 1st BE dari nuffnang..hihi..aku check tdi, tahun lepas ada dapat gak 2x BE tapi aku x tau tu BE, so aku x update pun kat blog..agknye tue nuffnang majuk x bagi BE, ni baru dapat..alhamdulillah..nuffnang, nanti bagi lagi BE bebanyak yea..hehe..
al-maklum ar blog aku ni suam2 kuku je..idok le ramai sangat yang masuk blog aku ni..hehe..

ofis

P.A.orang atasan

16:19

Dari entry aku yang semalam >> SYMP

pelajaran baru yang aku dapat semasa menggantikan tugas P.A. orang atasan..

~ Sila catitkan sebarang maklumat yang diterima dari pemanggil yang menelefon ~ dari mana, berkaitan apa..(especially kalau pemanggil tu telefon, kata nak datang jumpa terus dengan bos). Kalau bos aku jarang kowt orang luar nak jumpa so aku tak amik kisah sangat pasal ni..kalau orang tepon kata nak datang, tengok jadual bos aku free, aku masukkan je..aku cuma tanya dari syarikat @ kementerian mana je..kalau orang atasan,kena lebih detail sikit.

~ Sila pastikan sesapa yang nak berjumpa dengan pegawai atasan tersebut mempunyai appointment. kalau x, x memasal kena marah free2 dengan pegawai khas orang atasan tu. (aku dah kena semalam..huhu)..

~ Kalau pegawai atasan tu ada pegawai khas dia sendiri, sebelum catatkan appointment dalam diari harian, mintak orang yang nak datang tu, contact sendiri dengan pegawai khas tersebut..pegawai khas tersebut akan tanya lebih detail berkenaan apa orang tersebut nak jumpa dengan orang atasan ni.

~ Kalau ada meeting @ discussion, sila remind bos sebab bos yang aku jaga ni, dalam bilik dia tak ada whiteboard jadik as P.A., kena inform kat dia.. (kalau kat bilik bos aku ada whiteboard so aku tulis semua mesyuarat kat situ jadik bos aku just refer kat whiteboard kalau nak tengok ada mesyuarat ke tak). Bilik bos yang ni tak de whiteboard so tu aku confuse bile semalam & harini dalam diari, aku tengok ada meeting tapi dia tak keluar pun gi meeting..pegawai khas @ staff bos ni yang lain pun tak habaq kat aku..mana aku nak tau..harini baru aku tau, upenye kena remind kat bos kalau ada sebarang meeting @ discussion..huh!!!!sabar je..nasib aiolls tak kena marah dengan bos ni..

amik ko, 2 hari jadik P.A ganti orang atasan terus update pelajaran baru..hihi..nampak benor kat bahagian aku, aku jaga bos jenis sempoi je..

ofis

SYMP

11:59

Sangat tidak best bila kita kena jaga tempat orang lain dalam erti kata lain replace tugas sementara sbb orang yang berkenaan cuti..tambah2 lak yang kita kena jaga tu bilik orang atasan..plus orang atasan tu ada pegawai khas dia sendiri..hmmmm..sangat tidak menyeronokkan..

tadi ada sedikit kesilapan sebab aku tak paham schedule bos tu kat dalam diari dia coz P.A.dia pi letak double discussion & meeting waktu yang sama dari agensi yang sama tapi berbeza isu..tak pasal2 aku lak yang kena marah tadi..huh!!!!!tu sebab aku tak suka ganti tempat P.A lain expecially P.A. yang jaga orang2 besar ni..tapi nak buat camne kan kena le SYMP..kang dapat surat ingkar perintah lak..walau tak suka cuba le amik dari sudut +ve..tang mana +ve nye tak tau le..sebab dah set kat mind, x best..ate cam ne nak pikir +ve nye..

Update ~ sangat stress jaga bos2 besor ni..byknya protokol bagai..aku x sure, bos yang banyak karenah @ pegawai khas dia yang banyak cekadak..NOT SURE!!!!!!!!

napa nampak demok ni?

14:22

gambar ni aku dah share kat fb..ni baru aku share kat sini lak sebabnya x de story nak share kat blog..eh, ada je sebenarnya tapi gambar dalam kamera lagi..nanti dah transfer, aku share kat sini lak..tu story lain..

so aku citer pasal aku jupe retis ni dulu ar..hmm, 1 yang aku perasan dalam gambar ni..napa ai nampak demok ni..ke baju mak tu nampak aku cam kembang..hehe..dan dan cakap baju mak..eh, tapi memang baju mak pun..mak tak muat, pass kat aku lak..tapi bila tangkap gambar dengan Azza Elite yg kuruih ni, nampak aku cam demok lak..rasanya badan aku dengan Azza ni sama je..kuruih..comey je..sah, baju tu nampak aku cam demok..haha..salahkan baju..

ni masa aku & opismate gi jenjalan kat dalam MARA..mula2 opismate aku nak tunjuk butik Yatt Hamzah, sekali round punya round terlalu depan butik si Azza Elite ni plak..dia hai hai ngan kitaorg, opismate aku dengan selamba ajak masuk butik Azza ni..aku cam shy-shy cat..tapi masa snap picture,x malu lak..hihi..dulu aku minat kowt group ELITE..serius,okey....siap beli kaset ELITE lagi..dulu2 kaset yea adik2..jangan terkejut lak baca, ahkak mention KASET..hehe

personally jupe Azza ni kat butik dia, dia friendly sangat..dia baru je bukak butik kat c2.. dia jual baju2 wanita & produk kecantikan rasanya..member aku ada beli bedak sejuk Azza ni, untuk resdung kalau x silap..aku tak beli cuma usha2 je..berkenan dengan maxi dress kat butik Azza ni..macam rasa nak beli je..aku bukan boley tengok baju2 yg cantik2, mula ar menggatal je nak membeli..tu mula ar mengimaginasi nak pakai baju tu gi mana2 event..ishhhhh..baju yang beli masa raya ritu pun ada dalam plastik lagi..apa cer????


Moral of the story

20:55


sumber dari SINI
ish ish..budak zaman sekarang..mak pak antar gi belajar..sampai hati buat macam ni..aku terbaca kat fb tadi..so sja nak share kat sini..moral of the story :~

**pada adik2 yang tengah belajar tu, concentrate to ur study..kalau nak berkawan tu, boley tapi kalau dapat bf macam kisah kat atas ni pikir la sendiri layak ke untuk jadik calon suami??

**kalau dah anak orang susah tu, x yah ar nak velagak diva sangat..berterus terang je ar dengan kawan tu..kalau kawan tu ikhlas nak berkawan dengan kita, dia akan terima diri kita seadanya..x kisah le kita anak orang miskin ke, anak orang kaya ke..kalau dia suka dengan sikap kita, cara kita, insyaallah dia akan terima..jadik tak perlu le nak berlagak jadik anak orang kaya..

**kalau dah tengah belajar tu, x de duit x yah le menggatal nak gi cuti bagai..hadap je buku tu..mak pak antor gi belajar tinggi2 sampai ke Universiti, suh belajar..bukan have fun dengan kawan2..kalau adik2 ada duit sendiri kowt le kerja  part time ke, x pe le..terpulang janji belajar tetap belajar..tapi kalau nak tipu mak pak macam kat atas ni, ish ish sebelum buat tu cer bayangkan muka mak pak kat kg..kesian mak pak berhempas pulas cari duit nak suh belajar..

pikir2kan ;)

petua

Limau~Serbuk Inai~Telur Ayam..untuk????

13:23

Ramai lagi ke yang masih bercuti harini..aku mmg x cuti le..cuti dah abis..kat opis aku ni pun cam lengang je..x ramai orang keje..bos aku pun cuti lagi..sonotttt..hehe

harini nak story pasal penjagaan rambut..akceli aku ni dalam kategori ada masalah kelemumur & rambut gugur yang agak teruk..aku honestly, dah naik menyampah pakai syampu dah memacam brand, sume x berhasil..ko cakap le syampu apa, mesti aku try..syampu anti-hair fall, syampu anti-dandruff..still masalah x setel..rambut aku masih jugak berkelemumur & gugur..gugur bukan sikit2,tau..nasib rambut aku ni jenis tebal & lebat je..kalau cakap ngan orang pun, dorang x caya sbb tengok rambut aku ni jenis tebal & lebat..lagi satu kalau garu kulit kepala yang berkelemumur ni, ada 1 bau kurang menyenangkan..kadang2 bila mr hubby nak peluk2 dari belakang cam x konpiden je sebab rambut berbau..akceli bukan rambut yang berbau tapi kat kulit kepala tu..

dulu sebelum kawen, aku ada gak cuba petua basuh rambut ngan limau ni..tapi jarang2 buat sebab malas nak potong2 limau tu..plus tetap nak berlagak bila orang puji 'eh cantik rambut ko..ko pakai apa?'..hehe..tu yang mengada2 tetap pakai jugak syampu yg brand2 n mahal tapi hasil nan ado..

baru2 ni aku mengalami kegatalan kulit kepala yang amat sebab kelemumur..aku cari balik limau..lepas je perah & tenyeh2 limau kat kulit kepala & rambut, tunggu jap baru basuh..legaaa..cam best pulak..lepas dah perah limau tu, aku biar kejap baru basuh ngan air..lepas tu aku x basuh ngan syampu pun..aku biar je..bila dah kering rambut tak berbau & kurang sikit mengerbang walaupun aku tak guna syampu..kalau x rambut aku ni, jenuh bersyampu bagai, dah kering cer tak pakai minyak confirm mengerbang..

limau

tadi google2, jupe satu petua lak untuk keguguran rambut, kelemumur & kegatalan kulit kepala..tetiba rasa cam minat lak nak try..senang & simple je..tapi tue ar kena tengok pada kerajinan aku jugak..sebab petua ni masker untuk rambut..hah, amik ko..aku ingat muka je kena pakai masker, rambut pun ada jugak..walaupun aku tak pernah pakai masker untuk muka..hihi..

aku jupe petua tu kat SINI..

serbuk inai

+

telur ayam

=
hasilnya..tadaaaa

Dah siap campurkan serbuk inai dengan telur ayam boleh lah disapu pada rambut.. Tunggu sehingga sejam baru basuh rambut..nanti lepas basuh, rambut keras sikit so owner blog ni bagi tips suh sapu cream kat hujung rambut sebelum apply campuran kat atas ni..cream apa, x di beritahu pulak tapi aku rasa apa2 cream pun x kisah kowt..janji jgn krim muka sudah..hehe..harap2 aku rajin amalkan petua ni..

fungsi inai untuk rambut :~

1.mempunyai kuasa perlindungan dan pemulihan
2.membantu mengembalikan kesihatan bagi rambut yang rosak dan menyeimbangkan  asid-alkali semulajadi pada kulit kepala
3.menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
4.menambahkan kekuatan dan ketebalan rambut kerana ianya mempunyai keupayaan untuk menyaluti (coating) helaian rambut
5.merupakan pembersih semulajadi pada rambut
6.menjadikan rambut sihat, bersih dan berkilat

fungsi telur ayam untuk rambut :~
 
1. membantu mendapatkan rambut yang lebat, lembut dan kuat
Misi :~ cari serbuk inai..hehe..telur ayam, tadak hal..banyak kat umah..mr hubby pun tengah pantang makan telur sekarang..boley ar amik untuk petua ni..

Aidiladha

Harapkan aku aptb..ngeeee

12:25

Salam AidilAdha 2013 to all my blog readers (cewah..cakap omputih..konpiden je ada orang baca blog aku ni..ngeeee)..tapi x kisah ler, x de orang baca..sendiri yang baca..)

Me & mr hubby raya kat KL je..nasib ada adik sepupu aku sorang & adik aku joint kitaorg tak balik raya..so okey ar..ramai sikit kat umah kalau nak masak byk2..kalau tak, aku & mr hubby je le..menu yang dirancang untuk Hari Raya AidilAdha hari ni ~ laksa, nasi terimpit (a.k.a nasi impit) & rendang daging..semalam pas keje, terus cari bahan2 untuk masak harini..tapi bahan2 tu bukan sume dapat 1 tempat..maklum le harini raya, aku baru nak tergedik2 cari bahan, memang kejenuhan le nak cari..nasib sume bahan dapat kat area umah aku ni jugak..lepas beli bahan2 sume, kitaorg gi makan dulu kat area Kajang..balik umah kul 11pm, aku & adik sepupu aku terus ke dapur..adik sepupu aku siang ikan utk masak kuah laksa..aku potong daging, nak buat rendang..tapi malam tadi kitaorg rebus je dulu ikan & daging tu..pagi ni baru bangun, masak..harapkan aku mmg pukul 10 agaknya baru start masak..nasib adik sepupu aku tu cekap tang masak2 ni sbb dia selalu tolong mak dia masak..aku boley ar masak tapi refer resipi internet le..kalau aku masak sorang mau terkial2 kat dapur tu..tue ar, dulu sebelum kawen, mak masak aku mengangkang nengok katun..tolong pun, tolong potong bawang ke, blender cili kering ke..tu pun mata x lepas kat tv..hishhhh..pengajaran ~ anak2 dara bila mak masak, rajin2 le ke dapur yea..;) kalau x, dah kawen jadik le macam ahkak ko ni, mengagau cari resipi kat internet..nasib sekarang zaman teknologi..canggih manggih..tapi kalau dah jupe resipi pun, aku masak jenis slow..tak besa buat keje dapur, macam aku cakap tadi, dulu sebelum kawen jarang tolong mak masak..sekarang dah kawen, lu pikir la sendiri..

berbalik pada masak tadi, adik sepupu aku kul 5pagi dah bangun..dia start masak dulu..kalau dia tak ketuk pintu bilik aku kul 6.30pagi ni, mmg kul 9 baru aku bangun..dia ketuk tu pun sebab cari belacan tak jupe..hehe..dah terjaga tu terus aku turun, dia dah siap masak kuah laksa..terus tolong le apa yang patut..wahhhh, takkan nengok je kowt..ingat nak jadik 'MAM besor' ke????

Hasil air tangan kitaorang..ni le menu yang terhasil..alhamdulillah, sume menjadik..ngeeee..sedap pun sedap..opssss, kecuali lemang..tu beli..idok le gheti nak buat..
 



hobi

La la la la

09:10

La la la la..dapat beg baru..yeayyyyy..mr hubby bawak gi beli semalam kat AEON Jusco Cheras Selatan..tQ sayang..mula2 ingat nak cari yang murah2 je sekali masuk kat AEON Jusco tu mana ada yg murah2..sume main ratus2..tapi sib baik AEON Jusco tengah buat Sale..ada discount dari 20% sampai 70%..beg yang aku punya ni diskaun 70%..mmg aku cari hat diskaun 70% je..kalau cantik tapi diskaun takat 20%, terus tak cantik..kalau yang diskaun 70%, terus cantik je kat mata aku..hihi..

cari punya cari, dapat beg yang ni ~ 2 in 1..boley jadik beg gi ofis & beg jenjalan coz ada 2 tali..panjang & pendek..memang duk cari beg camni..pas tu besor..reason cari yang besor coz kalau kitaorg balik kampung @ gi jenjalan, mr hubby suka letak hp, wallet, rokok siap lighter lagi dalam beg aku..beg aku yang sebelum ni kecik, comey je..tu yang aku selalu bising2 nak beg besor, nak beg besor..berhasil selalu 'nyanyi2' kat mr hubby..hehe..

ni le beg baru ai..cantik ke idok?cakap je cantik walaupun tak cantik sebab mahai ni..sib baik ada 70% diskaun..kalau x fengsan masa nak bayor..hehe

Shopping

Tergoda

20:18

aku tergoda dengan baju2 dari 1 online shoppe ni..nama shop seller ni pun unik je..baju2 seller ni jual mmg x de dijual oleh mana2 seller lain..dlm maksud kata lain, design dia hak milik dia je ar..
Mula2 aku tgk design dia, wahhhh tergoda okey..harga not bad..makan ratus jugak..aku rasa kelainan seller ni, skirt dia jual sume jenis batik tapi dia buat design ikut bentuk skirt sekarang ar cam duyung tu..top dia jual utk match ngan skirt2 batik, mmg superbbb cun, tue pasal aku tergoda ;)
Semalam saja tanya mr hubby cantek ke idok baju hat aku berkenan kat online shop ni..mr hubby cakap cantik..lepas aku tanya, terus keluar dari bilik..mr hubby tanya apa motif tanya..nak beli ke? mulut je cakap 'saja tanya pendapat'..padahal hati meronta2 nak beli..tapi mmg mahal pun untuk orang2 yang taraf2 cam aku ni..mampu tengok je ar..aku mmg tengah usha baju untuk wedding adik mr hubby..tengah duk cari baju tema hijau..tue yg duk scroll2 fb, nampak pages seller ni..laju je masuk pages dia sbb baju2 dia cantik sangatttt (pada mata aku ler), x tau ar kat orang lain..tapi sebab reganya mahal, ku mampu TENGOK je ar..huhu..
Ni pages online shoppe tu, sila search kat fb ~ kaleerful couture..x dapat nak letak link sbb aku hapdate guna tab..
(Saja sharing ngan korang..ni bukan iklan yea coz aku x di bayar untuk pomot.saja suka2 share sebab baju2 dia cantik bangatttt)..korang tengok ar gambar2 ni, macamne "cantik ke idok?"








 Update : Link pages Kaleerful Couture, sila klik SINI

contest

Digi HappyMoments

22:18

Kemalasan melanda nak hapdate blog..sebab malas, aku tunjuk gambar je ar, boley..hehe..point yg nak di story kan, mr hubby menang hadiah harian Pizza Hut..haha..festime menang..x sangka..mr hubby masuk contest DigiMoments masa makan kat Pizza Hut untuk pengguna Digi..kitaorg kan pakai line DiGi..jdik sambil2 makan tu, meh la bergambor pas tu mms kat Digi..tup tup menang lak walaupun hadiah harian je pun..eh eh menang jugak..ingat senang kitaorg nak menang..tetiba cakap kitaorang padahal gambar mr hubby je..aku photographer..hehe..

Eh, tadi mention malas nak tulis2..ni cam panjang lak mukadimah..tengok gambar je la yeak..

Sebab aku hapdate pakai tab ni, meh aku explain..gambar 1st, gambar yg di snap n antor ke Digi utk joint contest ni,gambar 2nd, voucher yg dimenangi..yeayyyyy..


TTC

FiezaSani TTC Effort & Supplement

13:12

kali ni nak share about my ttc..lama kowt x share story TTC kat sini..as aku penah mention dulu, malas nak story selalu sebab nanti ahkak stress..tapi usaha masih seperti biasa..dalam usaha secara natural (paham2 je la kan..x kan nak citer detail plak kowt..hehe), aku try jugak supplement untuk TTC..so kalau tengok kat fb ada supplement2 yang bile baca je testimoni berjaya preggy ke, mesti nak try walaupun tak boleh ar percaya 100% dengan supplement tu berjaya preggy tapi bila kita cuba supplement tu & kebetulan menjadik, tu sume kuasaNYA..tapi x salahkan nak cuba. aku  sebelum nak beli tu tengok dulu jenis supplement tu camne.. softgel ke, kapsul ke @ yang jenis boleh kunyah2 kasi hancur dulu macam panadol tu..yang jenis cam panadol tu, aku okey je sebab ku gigit2 kasi hancur dulu walaupun pahit..kalau jenis softgel/kapsul, mesti pikir 100x sebelum beli..kalau jenis minum2 pun okey, laju je aku beli..hehe..sebabnya, aku ni penakut nak telan2 jenis softgel/kapsul..penah ada experience telan softgel, sekali sangkut kat tekak..terus jantung dup dap dup dap,kelam kabut minum air..sejak tu fobia...

baru2 ni aku cuba 1 supplement..supplement tu elok untuk period yang x teratur (macam aku ni), senguggut,kesihatan n kecantikan kulit..so far aku makan baru baper hari ni, rasanya okey kowt..sebab sejak2 peningkatan usia ni, aku selalu ar sakit belakang..tapi lepas2 amalkan supplement tu, tak rasa sangat sakit belakang..saya suka saya suka saya suka..

supplement ni sebelum aku beli, pikir banyak kali gak sebab dia jenis softgel..pikir punya pikir, aku decide beli jugak..aku dah set kat mind masa beli tu, boley ni telan.. sekali masa hari pertama makan, mmg x lepas softgel ni kat tekak aku..air je yang laju masuk..2 hari aku try telan, x berjaya..ah sudah..penyudahnya aku tanya ngan member ofis yang aku beli supplement ni coz dia ahli, boley tak aku nak cucuk dulu softgel ni..member aku ni explain, anak dia pun ada sorang jenis cam aku gak..penakut telan ubat..anak dia kalau jenis softgel ni, anak dia cucuk dulu letak dalam sudu pas tu campur air sikit, baru telan..akak tu suggest kat aku suh buat cam tu gak..fuhhhh lega aku dengar..tapi aku tak buat camtu, softgel tu masa makan aku biar je dalam mulut..nanti lama sikit boley rasa softgel tu cam berlubang sendiri & minyak tu keluar..aku gigit2 sikit softgel tu, nak bagi sume minyak keluar..pas tu terus minum air..yg sarung softgel tu, aku buang..hah, macam tu sekali.. aku x kira ar, janji makan.. hehe..haritu member ofis aku ni tanya, dah try ke macam dia suggest. aku citer la macamne aku buat, dia cakap okey je..boleh jugak..lepas tu hari2 x missed makan supplement tu..cuba kalau member aku ckap, x leh kena telan gak softgel tu, mesti aku buat2 lupa nak makan..hehe

social media

Sapakah si A

09:31


Status yang aku up di FB semalam..ada duk berteka2 sapa watak si A..malas nak komen lebey2..hehe..

nak jawab macam ala2 retis selalu jawab tu "NO KOMEN PLS"..

Moral of the story ~ berhati2 dengan orang sekeliling di ofis..