wedding

Myza Faizal

17:18

Kemalasan melanda update blog..sangat2 bz..kononnya le..pdhal ada je buka blog tapi nak taip2 tu cam malasnyeeeeee..hehe

okey, aku share pic masa wedding adik sepupu aku awal bulan ritu..aritu aku dah up gambar nikah dia sekeping, pas tu penyakit M lak dtg..terus tertunda..ni baru aku gigih nak up gambor..

gambar2 semasa hari nikah ~ 7/9/2013







gambar2 semasa hari bersanding ~ 8/9/2013..tak de combine gambar cam kat atas..malas nak edit sebab photoscape, slow giler nak save bile combine gambar..

nampak x betapa comeynya aku dalam famili..hihi

gediks b4 berarak..

hari nak ujan tu weiiiii..bukan edit pict..

pengantin lelaki adik sepupu aku..welcome to our family MYZA

lepas berarak terus makan..pengantin dah lapor..

persembahan muay thai coz adik sepupu aku ni cikgu muay thai (@ tomoi)

ada sudut photobooth & guestbook, harussss le menggedik




 
Pengantinnya..Myza &  Faizal

Renjis-renjis pengantin
mak

abah

mr hubby

aku

pengantin dengan opah kitaorang..sekali opah tertido plak..hehe

enterprame sekali dengan pengantin..



mr hubby

6H 5M

14:31

Amik mood nak menaip entry ni selepas seminggu lebey bercuti..cuti kat spital..menjaga mr hubby ku yang kena operate last week..mr hubby dapat detect ada batu dalam hempedu and as advised by Dr. pakar memang kena buat operate jugak memandangkan masa buat ultrasound, 1 batu size agak besar..but sebelum memudaratkan, baik dibuang..

Sapa2 yang fren dengan aku kat fb, sure leh nampak aku share gambar2 mr hubby masuk wad @Pusrawi Hospital..tujuan aku share gambar2 tu sume bukan sebab nak meraih simpati. cuma aku nak maklum pada ofis mr hubby & ofis aku. ofismate mr hubby & ofismate aku yang mana fren dengan kitaorg termasuk bos2, sure leh nampak so idok le dorang nak pertikai ke hapa..tambah2 macam mr hubby, dia keje private..paham2 je ar private sector ni camne..kan boley silap sikit, kang tak memasal je jadik point..

sehari b4 operate, mama (M.I.L) datang KL..so masa kat hospital ritu, mama la temankan kitaorang..nasib mr hubby dapat wad bilik sorang.jadik boley ar kitaorang tunggu..kalau bilik sharing (2 @ 4 katil), x leh orang tunggu..tapi mama mr hubby bermalam kat wad sampai hari jumaat je..jumaat sampai ahad, mama balik umah kitaorang..tido kat umah.

ni aku share gambar2 yg aku dah share kat FB ritu..sorry, pada kengkawan FB ku korang kena repeat tengok..hehe

mr hubby masuk Dewan Bedah ni dari 11.00 am sampai 3.30pm..aku & mama siap boley kuar jap gi amik adik mr hubby yang belajar kat UTM Jalan Semarak..

Selepas operate..

2 biji batu yang berjaya dikeluarkan..saiz sebesar biji guli..masa ultrasound 1 je besar.
setelah 6 hari 5 malam berkampung di hospital, baru Dr bagi keluar wad..tu mr hubby tengah minum air oren..kata orang elok untuk sesapa yang operate sebab oren mengandungi vitamin C.

ikutkan Dr jangka haritu, mr hubby dah boley kuar wad hari Ahad..sekali masa check hari Ahad tu, Dr nak tunggu lagi sehari..hari Isnin baru leh kuar..waaaaa, bosan kowt duk hospital lama2 walaupun hospital private..peh tu giler sejuk kat wad tu..walaupun sepanjang 6hari 5malam tu kitaorang memang tak on ekon pun..ada le sekali on sebab Dr yg merawat mr hubby tegur, napa tak pasang ekon..kitaorang pasang sekejap..tapi kejap je, x larat weiiii sejuk bangat..

keadaan mr hubby sekarang, dah semakin sihat..alhamdulillah..mr hubby dapat mc 2 minggu so kitaorang duk kat umah parents aku..mr hubby mc, aku keje..aku kan tak gheti nak drive, kalau duk Semenyih sapa lak nak antor aku gi koje..cuti aku kalau banyak lagi x pe,mmg ku amik cuti..ni cuti mmg dah licin.. hehe

social media

Rentetan post di FB

17:27

Rentetan post yg aku up kat FB semalam, wah sangat mendapat sambutan okey..haha..x de niat nak sakitkan hati orang pun cuma nak bagi orang yang berkenaan sedar diri je. aku pun tak cakap aku perfect . aku admit aku & orang berkenaan sama2 ego n tak nak beralah cuma aku geram dengan reaksi orang berkenaan je.

upenya orang berkenaan pun ada up status kat fb dia tapi sebab aku tak fren dengan dia dalam fb so aku tak tau pun. aku dapat info pun dari informer aku. 

tup tup harini mak tepon aku coz ayah pada orang berkenaan sudah tepon mak, macam marah2..mak suh aku delete post aku yang semalam tu sebabnya orang berkenaan dan famili dia sudah baca..haha..bagus..memang nak kasi dorang baca. so ayah pada orang berkenaan suh aku delete post itu. n aku kena mintak maaf kat anak dia. mak suruh aku beralah. mula2 cam malas je aku nak buat tapi tak pe ar mintak maaf je ar kan. tadi lunch aku dah mintak maaf pun kat orang berkenaan tapi tiada balasan uolssss..

erm..pikir positip, pikir positip..mebi dia take time kowt nak maafkan aku sebab ayat aku kasar giler semalam dalam fb..haha..tiada niat pun sekadar menyedarkan mereka2 je..

social media

Bila aku menulis di FB

17:06

Aku ni sebenarnya bukan jenis yang suka update2 kat FB..sorry pada korang2 yang suka menulis status di FB..terpulang pada memasing..tapi aku memang tak baper suka..tapi harini memang rekod ar, aku tulis status kat FB. aku tulis tu pun bersebab. aku nak seseorang baca status aku tu & hope dia sedar diri sikit..memang orang tu tak fren dengan aku dalam FB tapi aku tag dengan mereka2 yang berkawan dengan dia dalam FB..kalau macam tu,kan orang tu boleh baca..bukan nak sakitkan hati ke apa cuma nak bagi kesedaran sikit..

Status FB aku harini :~


LifeStyle

Perlu ke sombong sangat

23:13

Korang pernah x berhadapan dengan situasi macam ni..jumpa sedara yang agak rapat jugak, then masa nak salam, sedara korang tu pandang tempat lain..kira masa salam tu, x pandang pun ke arah ko yang terhegeh2 salam dengan dia..kalau pernah, kita serupaaaaa..
Tue la situasi yg aku hadapi ptg tadi..harini adik sepupu aku nikah. masa dah sampai kat umah pengantin pompuan tadi..kitaorg berkumpul kat masjid so dah jupe tu harus le kena salam2 dengan mak2 sedara n sepupu2 aku..ada sorang kakak sepupu aku ni, kitaorang ni tak tau le pasaipa dah lama tetiba tak bertegur sapa. Aku pun x tahu apa punca. Mak aku memang tahu yang kitaorang krisis. Mak aku awal2 masa kat umah lagi dah warning dengan aku nanti jupe ngan famili kakak sepupu aku ni, salam2 dengan dorang. Masa mak cakap tu, aku buat2 je tak dengar..hehe..padahal dengar je..
Masa sampai2 tadi, mula2 aku cam malas nak salam dengan famili kakak sepupu aku ni tapi mak aku dah bagi signal (a.k.a buat muka)..ok, fine aku gi ar salam..mula2 salam mak sedara aku, pastu adik sepupu aku n guess what kakak sepupu aku ni masa aku duk salam mak n adik dia, dia pandang tempat lain uolls.. tahap menyampah kowt nak tengok muka aku..yea ar  rupa ahkak ko ni x gojes macam dia agaknye.. so taraf2 nak pandang muka aku tu, cam geli ar..aku, orang dah paling muka, aku malas ar nak salam..pas tu mak aku duk sound 'hah, tak salam dengan **** ***  ke????( malas nak mention nama dia, cam geli plak nak tulis kat blog ahkak)..'nak x nak terpaksa le iolls salam jugekkkk tapi ahkak pun kose nak mandang muka dia..salam2 je..sume perasan kowt masa tu..sorang adik sepupu aku, nampak situasi yang x besh tu, terus bukak topik cakap 'cantik keta akak'..aku orang dah puji, terus cakap 'a ah memang cantik pun'..
Masa majlis nikah tadi , kakak sepupu aku ni langsung x pandang aku pun..aku dah orang buat macam tu, aku balas balik..dia x mo pandang ahkak ko yang x baper nak gojes ni, aku pun lagi malas nak pandang muka dia..
Lepas majlis nikah tadi, masa nak gerak..aku salam2 dengan sedara mara aku ni..masa aku salam mak pada kakak sepupu aku ni, aku terpandang ke arah kakak sepupu aku..n guess what dia pandang tempat lain okey..aku terus skip, salam dengan adik dia yang duk sebelah dia..orang x sudi, kita lagi le x hingin..
Aku ni, jenis cepat pemaaf sebenarnye..penah le kawan masa kat U n ofismate tak bertegur sapa dengan aku, bile dorang mintak maaf @ dorang start tegur, aku okey je..aku macam x ingat pun penah gaduh ngan dorang..Kalau tadi kakak sepupu aku ni okey je ngan aku..aku pun okey dengan dia..Tapi dah dia sombong sangat tadi, x kose nak layan..apa la yang dia sombong sangat tu..keje besor, idok jugak..MINAH KILANG je pun..sorry, bukan nak hina @ kutuk sesapa yang keje kilang cuma aku tak paham apa yang kakak sepupu aku ni berlagak sangat macam bagus..tahap berlagak tu sampai nak pandang muka pun, x nak..
Best part tadi sebelum gerak, aku cakap ngan mak n sedara2 mara aku pun dengar..aku lak tak pasan kakak sepupu aku ni ada kat meja belakang aku..dia duk betul2 belakang aku..aku cakap dengan mak, 'mak tengok tadi sapa yang masa nak salam, pandang tempat lain (aku buat lakonan, ajuk gaya kakak sepupu aku tu'..mak aku macam bagi signal suh aku jangan cakap, upenye mak aku nampak famili kakak sepupu aku ni ada kat belakang aku je..aku x pasan, masa nak salam baru perasan ko..haha..nasib le..kalau dia dengar bagus..
Eh, terpanjang lak membebel.. meh ar aku share gambar nikah adik sepupu aku tadi..lepas majlis sanding esok, aku tepek gambar lagi kat sini..

Aidilfitri

Kemalasan melanda

15:25

Kemalasan melanda nak taip2 so layanzzzz gambar2 je ar..ni gambar2 masa jamuan raya kat opis aku 3/9/2013..

alahai, sapa le yang tangkap gambar ni..nampak jauh

patutnya kena pakai baju sama cam kakak-kakak ni tapi aku malas..hehe..kata nak glamer sikit..tu yang pakai baju raya..

penat kakakku ni jadik orang dapo,so meh le bawak dia lari kat photobooth ni..sesi bergambar plak..

siap ada props lagi..kreatip2 pegawai tempat aku ni..photobooth ni hasil tangan jurutera2 kat opis aku ni..kreatif kan jurutera2 ni..

gurau senda adik & kakak.. hehe

Ceria..

comey tak?hehe..

Kitaorg dengan ala2 retis KKRM..nak tau yang mana 1, satu2nya LELAKI HENSEM dalam gambor ni..hihi..Hensem ke??boley ar..Dia ni MC kat Kementerian ni so agak2 glamer jugak le..tue pasal aku cakap ala2 retis..

motip kaki angkat2 kat belakang tu, nak bitau skirt ni kembang..

Siap ada photobooth lagi..curlass ofis aku..hasil tangan jurutera2 kat opis aku..aku memang tak ar nak tolong..tak baper nak kreatip..tolong tangkap gambar je..hihi

erm..dapnyeeee

layanan VVIP dari aku..spesel tau..orang lain tak kose aku nak layan..kakak ni baik ngan aku..harussss le dapat layanan spesel..siap teman makan lagi kat bilik Mesyuarat.

tak tau nak add caption apa..nengok gambar je ar..


Menu of the day 

Kuih Muih/Kerepek

Lontong/Satar/Otak-Otak & lain-lain (x baper nak clear, aku snap picture jauh)

Laksa/Mihun Sup

ABC / Cendol

Kek-Kek
**tak de dalam gambar ~ kambing golek, nasi beriani (lupa nak snap)

Jeles berganda2..

12:28

Last week jumaat, aku gi folo kawan aku n anak dia serta bakal menantu kawan aku ni ke butik pengantin..paham je ar gomen, hari jumaat waktu rehat lama kowt..borinkkk, x tau nak buat apa plus bos aku coti..kbetulan member aku ni offer lak, laju je aku folo..anak kawan aku ni bakal naik pelamin bulan oktober nanti..so dorang nak gi survey pelamin sebab pelamin dorang x dpt lagi yg menepati citarasa..korang jangan terkezut lak, kawan aku nak dapat menantu..hehe..kang korang ingat kawan aku ni muda cam aku gak..hehe..kawan aku ni dah 50 something..baya2 mak n mak mertua aku..dah dia offer ajak pi nengok pelamin kat butik pengantin area Ampang, aku laju je ar..suka kowt butik2 pengantin skrg..design moden n up 2 date..
Masa dorang tengah diskus & tengok contoh2 pelamin kat c2, aku snap le picture..sejak2 dah ada blog ni, sume nak update dalam blog..hehe..tambah2 kalau x de idea cam ni dah baper hari x update, aku up le entry yang ni..

napa time aku n mr hubby kawen dulu, x kuar lagi design2 yg vogue camni..jeles okeyyyy..suka yg baju kaler ijau ngan gold tu..jeles kali ke-1
waaa..yang purple ni pun lawa..jeles kali ke-2..
motipppp tngkp gambar dengan dress merah, I loikeeee..jeles kali ke-3..


Pasangan bakal pengantin tengah tengok gambar2 pelamin..yang pompuan tu bakal menantu kawan aku ni..1 tempat keje ngan mr hubby..kebetulan lak :)
untung bakal2 pengantin sekarang baju2 pengantin sume santek2..pelamin pun..jeles berganda2..plus dorang sekarang sume ada outdoor photography, time aku dulu dah ada jugak outdoor photography ni tapi kitaorang tak reti nak cari..sume nak amik kat butik yang sama sewa baju, pelamin so mak andam tau kitaorang dari Kay Ell, asik le kena tambah RM RM RM je..pdhal dah amik 1 pakej ngan dia, bagi le diskaun ke hapa kan???? x pe ar, dah lepas pun..

moral of the story, pada yang bakal2 pengantin tu survey le kat banyak2 tempat & cuba compare harga yang ditawarkan. tapi tengok jugak pada pakej2 yang diberi, kalau okey baru amik..kalau boley biar dapat apa yang korang (bakal pengantin) nak & berpuashati..baru le rasa berbaloi dengan RM yang dikeluarkan..