Tg.Malim - Bank Negara

11:01

Pagi2 ni, aku kena naik tren gi keje sebab mr hubby kena gi ofis dia kat Bangi..huhu x suka x suka naik tren benornya..sejak2 dah kawen ni manjer terlebey..sume gi memana mesti naik motor @ keta je..sekali harini no choice kena gak naik tren..okey fine....

sampai kat stesen kajang, terus beli tiket..nasib beratur tak panjang sangat, udah le lambat tadi..masa beli tiket tanya kat staff kaunter, nak ke stesen Bank Negara, naik tren ke mana?staff tu bitau naik tren Rawang..okey..pi ar ke platform 2 tunggu tren Rawang..tengok kat jadual, tren Rawang dijangka sampai 7.32pagi..aku pun jalan slow2 je ar coz masa tu baru kul 7.20 camtu..udah le kena memanjat tangga nak ke platform 2 tu, adoi mengah jap..

sampai kat platform 2, tunggu dalam 5 minit camtu, tren sampai..tengok kat situ, tren Tg.Malim..ah sudah, tadi staff kat kaunter cakap naik tren Rawang..aku dah blur blur..nak naik ke idok tren ni..try tanya dengan 2-3 orang kat tepi aku masa tu..tren Tg.Malim ni stop kat Bank Negara tak?dorang geleng kepala, x tau..ada sorang chinese girl tu siap cakap kat aku 'i dont understand B.Melayu'..aku dah serba salah nak naik ke idok tren Tg.Malim ni..tapi yang chinese girl tu inform kat aku, mungkin ada pertukaran tren kat KL Sentral..aku pun dengar KL Sentral, terus je le naik..dalam tren tanya jugak dengan 1-2 tapi sorang pun tak tau tren tu benti ke idok kat Bank Negara..aku pasrah je ar..dalam hati dah set, nak turun kat KL Sentral pas tu tukar naik tren lain ke Bank Negara..masa sampai kat stesen mana ntah, orang cam dah lenggang sikit..kebetulan ada sorang lagi chinese girl berdiri kat aku..aku pun saja le tanya, tren ni benti tak kat Bank Negara..sekali chinese girl ni cakap ada stop kat Bank Negara..alhamdulillah..aku terus cakap kat chinese girl ni 'tq so much coz dari tadi ai tanya dengan orang lain, sume tak tau'..fuhhhh legaaaa..tak yah aku nak tukar2 tren kat KL Sentral,terus je direct ke Bank Negara..masa kat stesen Kuala Lumpur, aku dapat tempat duduk..sebelah aku tu indian girl lak..saja nak dabel confirm, tanya dengan indian girl tu lak..tren ni stop tak kat Bank Negara.indian girl ni angguk..legaaaa okey..

macam x pernah naik tren je aku ni padahal dulu sebelum kawen, komuter adalah pengangkutan utama gi koje..sejak2 dah kawen ni, sangat manjer plus mengada2..hihi 
tapi awat le staff kat kaunter Kajang yang aku tanya tadi tak habaq selain tren Rawang, boley naik tren Tg.Malim jugak untuk stop kat Bank Negara..buat aku confuse je..

You Might Also Like

0 Comment