Tu ABANG ke?

15:09

Semalam aku & mr hubby cuti sebab ada hal peribadi plus mama mr hubby datang Kay Ell..nak sopping raya kat KWC..sebelum gerak gi Kay Ell kitaorg gi cuci keta jap..keta dah berhabuk..maklum ar jarang2 bawak..gi keje naik motor je..idok le nak naik keta..mau pukul 10 pg sampai ofis tetiap hari kalau naik keta..al paham2 je lar jalan kay ell camne,kan?masa kat tempat cuci keta tu, aku nak balut kotak besar order dari ejen aku untuk customer dia yg order baju kurung lace Scha yg HOTTTT sangat kat fb sekarang (kalau korang perasan ar)..so semalam sampai kat Car Wash, dengan selamba keluarkan kotak tu, balut dengan kertas kuning..sementara tunggu keta kitaorg di cuci..masa keluarkan kotak tu, letak atas meja aku dah tak fedulik dengan orang lain yg duk tunggu kat situ jugak sbb order tu dah pending dari minggu lepas..so kena post semalam jugak..

masa tengah balut2 tu, ada sorang makcik ni interview aku..conversation mcm kat bawah ni:~

makcik : apa dalam ni?
aku : baju2..
makcik : oo..meniaga ke?ni nak post le?
aku : a'ah..jawab sepatah je sebab tgh bz nak membalut kotak tu..
makcik tu tak puas hati, tanya lagi..

makcik : jual baju dah siap ke?
aku : a'ah
makcik : jual apa lagi, tudung2 sume ada le..
aku : tudung tak de..baju2 dah siap je memacam fesyen le..
makcik : berat ni..baper ringgit nak post ni?
mr hubby : tak tau le..1kg dalam RM20 (anggaran sbb adik ipar aku yg bitau..dia keje pos)

aku sambung balut kotak tu..mr hubby kena alihkan keta ke depan sikit sebab staff car wash nak lap keta dengan kain..lepas mr hubby gerak ke keta..makcik tu tanya soklan yg seprais kat aku..

makcik : tu ABANG ke? (pointing dengan mulut ke arah mr hubby)..
aku : tak le..tu suami..(aku dah gelak2)..
makcik : ooo..iras muka sama tu ingatkan adik beradik..

aku duk senyum macam nak gelak..lepas tu mr hubby datang balik kat kitaorg..makcik tu ckp dengan mr hubby pasal ni..dia ingat mr hubby tu abang aku sebab tengok iras muka kitaorg sama..  :D

You Might Also Like

6 Comment

  1. memang la muka sama dah suami kan hehehe.

    ReplyDelete
  2. Orang cakap muka isteri & suami memang hampir sama. Tp tak tahu lah teori ni betul ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun macam2 penah dengar.. :D

      Delete
  3. orang kata kalau muka suami isteri nampak sama & seiras,maknanya serasi..sejuk je rumahtangga…insyaallah!

    ReplyDelete