LifeStyle

Exam

13:19

Harini tuan blog, ada kat UKM Bangi..ada exam..repeat word & powerpoint..excel setel, LULUS..tanjat gegirl masa tgk result..aik, excel LULUS..masa amik exam ni festime bulan 3 haritu, aku paling tak konpiden tang excel ni ar..yg konfiden gilerrrrr word, powerpoint..sekali tengok result..tanjat skejap..harini repeat utk 2 yg aku mention tdi..word dh setel..tengok soklan tadi, sume boleh jawab dengan yakinnye..ngeeeee..tapi tak tau ar result camne..wait n see..tadi lepas exam word, berborak dengan 2-3 orang..dorang cakap soklan yg kali ni mcm susah je..aku senyap je le..w/pun dalam hati, 'eh aku rasa macam senang je..especially soklan no.1 yg aku jawab'..tapi tak nak le eksen plak, ckp dengan orang senang..so aku senyap je..malas nak komen lebey2.kita tunggu result..tapi honestly kalau tanya aku, bagi aku senang (cewahhhh..nak jugak berlagak tu dlm blog..hihi..tapi x tau ar resultnye camne..hope LULUS)..Aamiin

Petang ni powerpoint plak..tak tau ar soklan senang ke susah..tapi soklan dia rasa aku sama je, klu tengok pda sub2 topik yg kena buat.cuma as P.A. jarang guna powerpoint, tu yg terkial2 nak cari icon2 yg berkenaan utk buat kat powerpoint..hopefully soklan dia senang ar nak buat..for info exam I.T. ni ada 2 soklan je utk word,excel & powerpoint tpi dlm 2 soklan ni ada sub2 topik dia, kita kena buat dalam masa setengah jam..maksud aku 1/2 jam utk word,1/2 jam utk excel & 1/2 jam utk powerpoint..idok le combine tiga2 tu dalam masa 1/2 jam..jenuh ko nak menyiapkan sume tu dlm masa 1/2 jam..nampak je macam senang..diulangi yea macam senang tapi try buat tengok..tpi klu yg mana mmg pakar I.T., tak yah 1/2 jam..10 minit dah siap kowt..macam aku ni mmg terkial2 le..tu pun klu ada yg aku rasa macam susah, aku skip.. ;)

okey le, malas nak citer pasal exam..aku jawab je la kang yang termampu..doakan aku LULUS, tau.. Aamiin..

Sementara nak tunggu pukul 2.30 ni start exam, nasib kat sini ada tempat lepak macam library..siap dengan plug lagi..laju aku caj tab aku yg bateri dah nak kong ni..dari tadi aku usha je mana nak caj..sekali tengok2 bilik ni boley duk lepak..kalau ku tahu, dari tadi aku masuk..ni masa dorang tengah exam excel, aku ni duk le termenung kat depan lab komputer..

Shopping

kerana nila setitik rosak susu sebelanga

13:55

Kalau sesapa yang ada baca entry aku yang INI..ni kesinambungan story..bukan aku saja2 nak sambung tapi ada kisah selepas entry aku tu..lepas kes aku ni, aku malas nak kecoh2  so aku senyap je lagi pulak aku tak rugi dari segi RM memandangkan aku tak bayar sebarang deposit..tapi semalam ada seller online yang lain post kat salah satu group yang aku joint..aku bagi nama seller A..dia post 'Sapa penah berurusan dengan dia ni' (nama seller  & link fb seller yang aku penah berurusan tu..aku letak nama seller B)..aku pun apa lagi terus le komen kat status tu..then seller A tanya aku, baper RM dah bayar..aku cakap tak bayar apa pun sebab x konpiden cuma order baju je tapi nak dapat baju tu sikit punya payah..tunggu dari sehari ke sehari, apa ke susah sangat nak dapat baju tu..so terus kensel order dengan seller B. mr hubby syak seller B ni tak beli pun baju2 yang aku order tu, tu yang banyak benor alasan dia..masa hari selasa, seller B mesej aku bitau baju2 dah sampai..then dia ajak jumpa area Kepong lepas berbuka..mr hubby tak berani le,dah ar malam2..kalau dipikir secara logik, patutnya aku yang nak beli dengan dia, dia le usaha untuk hantar kat aku..ni aku plak ikut rentak dia..tapi dah sampai hari Rabu tu baju2 tak dapat2 lagi, esoknya aku kensel order..

Berbalik kepada story tadi so seller A ni bitau,dia dah terkena dengan seller B..duit dah bank in tapi bajunya tak sampai2 lagi kat dia..kalau tak silap seller A ni beli borong jugak..lepas dari komen kitaorg ber2 ni, ramai lagi yang komen..ramai yang terkena jugak macam seller A..duit dah bank in tapi barang tak sampai..ada yang 3 order, 5 order & ramai lagi le, berderet kowt yang dah order dengan seller B ni tapi barang tak post..mintak no tracking tak dapat..aku baca tu,terkejut..aku pun nyaris2 nak terkena tapi nasib baik aku tak buat sebarang deposit kat seller B ni masa order walaupun ada beberapa kali masa kitaorg kontek tu, dia macam suruh buat payment jugak..tapi aku susun ayat baik punya..bukan aku tipu cuma aku nak C.O.D dengan seller B ni sebab aku nak baju2 tu segera..aku ada pending order customer..plus masa seller B mintak deposit aku cam tak konpiden je tapi aku proceed jugak order..sekali nak dapat baju2 yang aku order tu sikit punya payah..dari hari isnin, selasa smpai ke rabu still tak dapat2 gak..conclusionnya aku beli direct kat supplier lain..dapat beli dengan harga lagi murah..masa aku kensel order dengan seller B ni, rasa bersalah sangat tapi bila aku terbaca komen2 seller2 lain yang terkena, terus rasa 'eh, dia ni yang bermasalah rupanye..' alhamdulillah, aku tak menjadik mangsa penipuan dia..ni pun ramai seller tengah mintak refund..tak tau le dapat ke idok..ada seller yang personal inbox ngan aku, bitau penah terkena dengan seller B ni..dapat tu dapat refund tapi jenuh ugut, baru dia bayar..ada yang nak buat report polis..aku tengok ada yang dah bayar kat seller B ni RM400,RM200 lebey & yg lain tak tau ar sebab dorang tak bitau..tapi berderet le komen kat post tu..pagi semalam nama seller B ni naik kat 1 group..malam tadi, naik kat group yang lain plak..post by seller lain yang terkena jugak..ada yang terpaksa refund kat customer guna duit sendiri dulu memandangkan seller B ni tak mo refund duit..katanya dia pun kena tipu dengan supplier..so duit seller2 yang dah bayar kat dia, dia pusing beli ngan supplier yang lain plak..hmmmm..tak tau le betul ke tak????tapi ramai yang mintak refund sebab dah lama sangat, ada yang customer dah kensel order pun so seller2 ni mintak seller B refund duit la..buat apa dia nak post kalau customer dah tawar hati nak beli.

Disebabkan seller jenis macam seller B ni le, ramai orang was was nak beli online..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..huhu

mr hubby

Tu ABANG ke?

15:09

Semalam aku & mr hubby cuti sebab ada hal peribadi plus mama mr hubby datang Kay Ell..nak sopping raya kat KWC..sebelum gerak gi Kay Ell kitaorg gi cuci keta jap..keta dah berhabuk..maklum ar jarang2 bawak..gi keje naik motor je..idok le nak naik keta..mau pukul 10 pg sampai ofis tetiap hari kalau naik keta..al paham2 je lar jalan kay ell camne,kan?masa kat tempat cuci keta tu, aku nak balut kotak besar order dari ejen aku untuk customer dia yg order baju kurung lace Scha yg HOTTTT sangat kat fb sekarang (kalau korang perasan ar)..so semalam sampai kat Car Wash, dengan selamba keluarkan kotak tu, balut dengan kertas kuning..sementara tunggu keta kitaorg di cuci..masa keluarkan kotak tu, letak atas meja aku dah tak fedulik dengan orang lain yg duk tunggu kat situ jugak sbb order tu dah pending dari minggu lepas..so kena post semalam jugak..

masa tengah balut2 tu, ada sorang makcik ni interview aku..conversation mcm kat bawah ni:~

makcik : apa dalam ni?
aku : baju2..
makcik : oo..meniaga ke?ni nak post le?
aku : a'ah..jawab sepatah je sebab tgh bz nak membalut kotak tu..
makcik tu tak puas hati, tanya lagi..

makcik : jual baju dah siap ke?
aku : a'ah
makcik : jual apa lagi, tudung2 sume ada le..
aku : tudung tak de..baju2 dah siap je memacam fesyen le..
makcik : berat ni..baper ringgit nak post ni?
mr hubby : tak tau le..1kg dalam RM20 (anggaran sbb adik ipar aku yg bitau..dia keje pos)

aku sambung balut kotak tu..mr hubby kena alihkan keta ke depan sikit sebab staff car wash nak lap keta dengan kain..lepas mr hubby gerak ke keta..makcik tu tanya soklan yg seprais kat aku..

makcik : tu ABANG ke? (pointing dengan mulut ke arah mr hubby)..
aku : tak le..tu suami..(aku dah gelak2)..
makcik : ooo..iras muka sama tu ingatkan adik beradik..

aku duk senyum macam nak gelak..lepas tu mr hubby datang balik kat kitaorg..makcik tu ckp dengan mr hubby pasal ni..dia ingat mr hubby tu abang aku sebab tengok iras muka kitaorg sama..  :D

bisnes kecil-kecilan

tak sampai hati tapi terpaksa.....

16:42

Aku terpaksa berlaku agak kejam sikit dengan sorang seller yg aku deal ni..dari jumaat last week aku berurusan dengan dia sbb aku ingat order dengan dia, aku leh dapat baju2 yang aku nak dengan segera..coz aku ada customer yang dah siap bank in duit..aku kenal dengan dia melalui fb..aku tengah mencari supplier baju kurung lace Scha yang hotttt sangat tu sebab kebetulan supplier aku yang sebelum ni, bermasalah..lepas customer dah bank in duit sume baru aku tau citer..then sorang seller ni inform dia ada jual baju tu..so aku nak beli secara borong coz aku dapat banyak order untuk baju tu..deal punya deal..aku cakap kalau baju ready stok dengan dia, aku leh je gi amik kat dia hari sabtu @ ahad sbb kalau hari kerja, aku & mr hubby naik motor..tapi dia cakap dia kena order dulu..okey fine..dia cakap hari isnin baru baju sampai kat dia..harga dia bagi kat aku pun murah compare ada 2 seller yang inbox aku lepas seller ni, harga dorang mahal sikit..

so aku pun tunggu le hari isnin sbb kitaorang dah janji nak jupe kat area KL..masa aku order tu, supplier ni memang ada mintak deposit sikit tapi aku cam tak konfiden dengan dia..aku request C.O.D..lepas tu supplier ni mesej aku balik, tanya C.O.D tu apa..erm, aku sikit musykil kat situ, as a seller tak kan dia tak tau kowt C.O.D tu apa..hari isnin nengok dia senyap je aku mesej tanya dengan dia baju dah sampai ke?dia cakap belum lagi..dia cakap mebi selasa pulak..aku okey lagi..masa hari selasa tu aku & mr hubby ingat nak amik kat dia t/hari so kitaorg boleh bawak keta,banyak kowt takkan nak naik motor..mesej dia t/hari,dia cakap baju tak sampai lagi..mebi petang lak..ptg tu baju dah sampai dia mesej aku.then, lepas2 berbuka dalam pukul 9 pm kowt, dia ajak jumpa kat KEPONG, umah aku kat Semenyih (korang leh imagine jauh ke tak????)..masa dia mesej tu aku ingat dia nak hantar kat umah aku sebab dia tanya umah aku kat ne..bila aku cakap aku duk kat Semenyih (dekat Tesco Semenyih), dia cakap tak tau..so aku inform dia tak pe la, hari Rabu je la sebab ada 1-2 customer aku dah cancel order pun sebab lambat sangat..then, semalam lepas abis keje, aku & mr hubby gi Jalan TAR dulu sebab nak beli something, lepas tu terus gerak gi ke tempat yang dijanjikan. Sampai-sampai kat situ, aku ingat nak mesej seller ni nak tanya dia kat mana..tapi dia yang mesej aku dulu..dia bagitau, suami dia tak balik lagi..dalam pukul 4ptg,aku mesej dia sebab tengok dia senyap je..aku tanya jadik ke tak..dia cakap jadi..tu yang lepas keje semalam, aku & mr hubby terus gerak ke tempat yang dijanjikan..alih2 dia cakap suami dia tak balik lagi..&%#$$&*

aku ni atas dasar kesian kat dia sebab dia cakap dia dah keluarkan duit deposit untuk beli baju2 tu tapi cara dia aku tengok cam tak bersungguh2 je nak jual..orang kalau bersungguh, dorang akan hantar kat pembeli..tak kisah ar cara camne pun..kalau tak sebab kesian kat dia sebab aku dah deal ngan dia, aku dah cari supplier lain..padahal member aku dapat beli ngan supplier lain, baju yang sama dengan harga lebih berpatutan dari seller ni bagi kat aku..tapi semalam, aku mesej ngan seller ni aku cakap aku bagi sampai harini, kalau tak de jugak..aku kensel order..lepas tu seller ni boleh reply mesej aku, dia cuma cakap 'Ok' je..aku tak bagi alamat penuh pun kat dia..aku cuma bitau kat mana aku keje..tu je..dia jawab 'Ok' je..kalau orang lain, selalunya mesti dorang akan tanya detail..tanya nama jalan ke..seller ni tak (tak pe ar mebi dia tau kowt tempat keje aku)..pagi ni still seller ni senyap..so aku assume dia memang tak berminat nak jual kat aku..aku deal dengan supplier yang member aku punya..dalam t/hari tadi seller ni mesej..tanya pukul baper aku abis keje..so aku terus terang je la dengan dia aku dah dapat supplier lain sebab dengan dia asik bertangguh2 jer..dia mesej tu cam tulis ayat simpati sebab dah bayar deposit baju tu..aku mintak maaf dengan dia sebab aku pun kalau boleh tak nak cari supplier lain sebab dah berurusan dengan dia dulu but aku terpaksa sebab customer tunggu order dari minggu lepas kowt..

tak sampai hati buat kat orang macamni tapi terpaksa......

LifeStyle

Rezeki jangan ditolak, musuh dot dot dot

20:12

Tajuk kemahennnn lagi aku letak..hehe..boley ar tajuk ni kan lagipun aku memang nak share mggu lepas, berbuka puasa di sponsor..so kena le dengan tajuk entry aku ni..hari jumaat, kitaorg berbuka @ Ancasa Hotel, KL (sebelah Puduraya)..gambar 1 je aku snap sbb malu bos mr hubby ada..kang obvious benor kejakunan aku..ngeeee

Hari sabtu kitaorg berbuka @ Restoran Tupai-Tupai, KL..kat sini banyak gambar aku snap sbb aku n mr hubby dpt conquer 1 meja yg utk duduk 10 org punye..kawan2 mr hubby ada yg x dapat datang..so apa lagi tanpa segan silu aku snap gambar..tapi byk gambar kitaorg le.. ;)
@Ancasa Hotel, KL..tngkp gmbr kitaorg je ar..ni pun curi2 masa bos mr hubby gi amik makanan
@Restoran Tupai2
Amik kuih2 dulu ngan air..pnjg beratur nk amik nasi..org dh berbuka baru kitaorg gi amik makanan
kitaorg dapat seat, mengadap dapo..mr hubby nk elak aku tangkap gambar dia..
gambor lampu pun nak tangkap..obvious kejakunan aku..hehe
Menu aku..nasik putih n lauk2 pilihan..tom yam dia, pure sgt rasa dia..x lalu nak makan..
ada org tu tengah diet nasi..makan nasi masa sahur je..
testing tangkap gambor guna hp baru org tu..klik2, eh eh boleh tangkap gambar bentuk macam setem..canggih u..hp kite besa2..siap org tu nak set alarm, x yah susah tekan2, cakap je kat hp tu..tapi pagi2 x penah dengar pun hp canggih tu bunyi alarm..tetap hp x baper nak canggih ai jugak yang bunyi alarm..
dah kekenyangan n keboringan..duk tggu bila ar vendor n boss2 mr hubby nak gerak..x larat duk lama2 kat c2..

LifeStyle

Hotel Royale Chulan

16:46

Semalam berbuka di Hotel Royale Chulan,Kay Ell..curlasss..tetiba rasa cam org kaya2..ngeeee..masuk2 je ke tempat makan,wahhhh..kagum nengok dekorasi dia..cantik giler..nak tangkap gambar tapi kang orang ingat aku peghak pulak..kalau orang nengok aku duk tangkap gambar,mesti orang cakap sah budak ni tak pernah masuk hotel..masuk hotel tu pernah le,makan kat hotel tu jarang2 melainkan attend kursus kat hotel je..tapi seyes mmg cun giler ar dekorasi dia..ni pun dapat invitation berbuka puasa kat Hotel Royale Chulan ni sbb ada vendor tempat keje mr hubby sponsor..
sebelum masuk,kena ada voucher ni..kalau tak, tak leh masuk..
aku nak snap pic meja kitaorg duduk ni penuh sbb terkagum nengok dekorasi dia yg cun giler tapi sebab segan member mr hubby pun ada sama..ni pun slamber je la snap tpi nampak sikit je..
menu banyak hokayyyy tapi aku dah rambang mata, aku amik yong tau fu..yg nampak sipi2 dalam gambar melambak satay dlm pinggan tu, mr hubby punya..lepas tu mr hubby ada repeat kali ke-2 ketam masak kari & udang..ratah gitu je..ada org tu katanye nak diet nasi..katanye le..

 
ni aku punye,perut orang melayu..mesti nak nasik putih jugak..lauk ayam percik & sambal sotong..tak gheti aku nak ambik yg mana..keliling kat situ penuh makanan..ko ckp je nk makan apa..kambing panggang, makanan arab, makanan melayu, laksa (5 lima jenis laksa), makanan western..dessert ~ kuih2, rojak, eskrem n apa ntah lagi..banyak sgt..tak ingat aku..

 **dessert smlm aku amik 2-3 jenis kek & eskrem..**

famili

Menu Berbuka Semalam

11:03


Menu berbuka semalam..famili aku datang ke umah kitaorg nak berbuka..lauk pauk tu sume masak sendiri..tapi dengan bantuan adik ipar aku & mak aku le..nak harap aku sorang masak sume tu, boleh tapi lambat sebab aku kan tak gheti masak..so kejap2 tengok resipi kat internet..dah potong bawang,cili sume pas tu lupe..tengok balik resipi..smpai habis masak tu, aku rasa lebey dari baper ploh kali aku duk ulang ke tab,tgk resipi..nasib baik adik ipar & mak aku sampai awal semalam..yang ikan masak 3 rasa tu, adik ipar aku tolong masak sbb dia ingat resipinya..dia selalu masak..aku semalam baru nak try buat..ngeeee..kailan ikan masin tu, mak dah siap potong2 bahan2nya,aku cuma campak bahan2 dia dalam kuali je..yang ketam masak lemak tu, baru aku yang masak..alhamdulillah, walaupun masak tanpa merasa sebab posa kan tapi masa berbuka semalam okey ar..sume sedap (ke sebab perut dah berkriuk,kriuk..hehe)..tapi mr hubby puji lepas tu, masakan sume sedap cuma ikan 3 rasa kalau kuah dia lagi banyak & ikan nampak basah2, lagi sedap..my mistake smlm adik ipar aku dah masak sume kuah dia so sementara nak tunggu carrot, baby corn & kobis tu empuk aku duk biar je..aku tak tambah air..tu nampak cam kering..tak pe, baru belajar masak ikan 3 rasa ni..lepas ni dah tau budget.. :D

okey ar, malas nak story pasal makanan..membuatkan perut aku cam nak start nyanyi je ni ;)

contest

FREE MAKE OVER Dinding Rumah Sempena Raya :D

09:48

Tadi terbaca kat blog EIDA pasal FREE MAKE OVER Dinding Rumah FREE sempena Raya,terus excited..baca laju2 entry Eida pasal ni..baca n baca n baca..eh eh cam menarik ni..ala, try je le..kalau rezeki terpilih, alhamdulillah..kalau tak terpilih tak pe ar..tak salah kan mencuba..dari baca je entry tapi tak buat apa2..

Yang pasal FREE MAKE OVER Dinding Rumah ni,  http://www.nadiafarahida.com/ nak bagi FREE 3 biji rumah untuk di make over oleh Wall MakeOver By Na bernilai RM500 setiap satu..part FREE tu yang menarik..kalau terpilih.....3 biji rumah yang terpilih tu mestilah berada di Kuala Lumpur, Selangor ataupun Lembah Klang..tak kisah le rumah sewa ke rumah sendiri ke..

Kalau ikut kawasan rumah yang terpilih tu, aku dah memenuhi salah satu syarat, area Selangor..Lagipun aku kan memang dah duduk rumah sendiri..so kalau kata terpilih, best ar buat kat rumah sendiri..kalau rumah sewa tak baper best sangat..sorry tak kutuk tau yang mana duk rumah sewa cuma kelebihan buat kat rumah sendiri, kita lebih puas hati.. :D

Okey, nak tau apa syarat2 nak joint FREE MAKE OVER ni..jom baca sini ~

1. Like Facebook FanPage Wall MakeOver By Na    (DONE)
2. Like Facebook FanPage NadiaFahida   (DONE)
3. Pilih salah satu gambar dari Facebook Fanpage Wall Make OVer By Na yang kita suka untuk buat kat rumah kita (DONE)

Aku pilih design yang ni :~

1 entry (DONE)

4. Buat entry & attach sekali design yang kita dah pilih tadi, dan sambungkan ayat ini,
"Saya nak http://www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall Make Over By Na dengan design pilihan saya ini kerana design ni nampak elegan & eksklusif. Memandangkan sekarang kat wall rumah saya tu memang kosong jadiknya dengan design ni,  saya nak rumah saya kelihatan lebih menarik, tidak bosan bile terpandang kat wall, bila time cuti2 lepak kat rumah rasa best je plus bila ada tetamu datang, dorang akan rasa kagum".

5.Dah siap entry dengan slogan ayat kat atas, tinggalkan link entry kita kat SINI..settle !!!!

Untuk negeri2 selain dari 3 yang kat atas, boleh jugak joint coz ada hadiah tambahan iaitu 6 Stensils dengan design menarik bernilai lebih RM90 setiap satu untuk dimenangi! 

Tarikh tutup Khamis, 18 Julai 2013..So kalau sesapa berminat nak terpilih dapat FREE Wall Make Over By Na ni, meh le joint sekali..mana tau kowt terpilih.. :D



bisnes kecil-kecilan

Kenapa nak marah2

14:00

Mood down sekejap..baru lepas kena marah kowt..mebi marah le kalau tengok dari cara reply kat inbox..bukan nak mengata bulan2 posa ni cuma nak luah perasaan je..kalau ada RM RM RM RM, rasa nak je aku beli sume stok..senang citer..ada org beli,bayar terus post..tak yah asik tanya 2-3 kali..aku perati je cara orang kita ni berbiznes..tak la sume tapi ada segelintir tu bile kita tengok biz dorang dah maju sikit, mula nampak cam idung tinggi sikit..apsal yeak..oooo kalau biz dah maju kena idung tinggi yeak..ish ish ish bulan2 posa ni termengata plak..aku tak mengata cuma cakap je..luah perasaan..

aku sebenarnya ada planning kalau ada modal nak beli secara borong ngan supplier yang aku citer ni tapi aku perasan skrg ni kalau aku tanya apa2,cam stok ke apa the way dia reply kat inbox tu kalau ko baca ko tau dia cam marah..membuatkan aku cam tawar hati nak beli dengan dia tapi masalahnya design keluaran dia cun2..aku memang berkenan giler dengan design2 yang dia punya..aku dah try tengok hat orang lain punya..besa je..lagipun design lain tu ramai orang lain jual..yang design supplier ni mmg cun,dia sorang je ada jual so far yang aku nampak kat fb..

erm..dalam dilema?????any suggestion tak kat mana nak cari design yang different, cun & dapat sambutan..so far supplier yang aku story ni, baju keluaran dia mmg cepat giler SOLD OUT..tapi bile kena layan macam ni, aku jadik tawar hati nak berurusan dengan dia..

bisnes kecil-kecilan

Manjer's de Closet

16:48

Patutnya entry ni dah buat masa bulan Jun tapi besa ar biz woman ni bizi,kan..terus tertangguh..ikutkan hari ni aku bizi jugak tapi nengok blog aku ni sepi je,harus update something..jadik meh le aku tulis entry ni..

entry ni nak ajak korang shoppinggggg..shopping untuk raya :) kowt korang nak cari baju2 untuk raya tapi malas nak kuar2kan sebab panas, jalan jammed, pas tu time2 puasa ni letih sebab tak leh nak makan n minum time siang2 hari,sure kalau berjalan pun cam tak bermaya gitewwww so sekarang ni sume main click, click je..korang click ar ke manjerdecloset. Item2 yang dia jual cam T-Shirt, Blouse Muslimah, Jubah, Kemeja Muslimah, Tudung, Baju Kurung, Baju Melayu pun ada..Harga Baju Melayu dia jual murah ar compare yg aku selalu nengok seller online jual..kira okey ar..hmm..so boley ar korang nak cuci2 mata ke..eh, jap manjerdecloset ni ada 2 fb,1 untuk jual baju2 yang aku mention kat atas tadi , 1 lagi khas for baby..kat blog dia ada link 2 fb..Manjer's Closet & Baby Manjer's Closet..kalau malas nak cari2, korang klik je link aku bagi tu..tapi seyes comeyyy je baju2 baby..nasib ahkak tak de anak lagi, kalau tak mau grab selai dua (selai dua, aku rasa lebey dari 2 aku grab..hehe)

Yang ni aku dapat free letak banner kat FB Gerobok Manja coz aku sewa tapak iklan kat group Manjer's ni..

Ni pages ~ Manjers.Closet (Klik,Klik)


yang aku bulatkan 2 tu link FB Manjer's Closet..ada 2..pilih ar yang mana korang nak..atas sekali yang aku bulatkan, link blogshop Manjer's ni..



yang aku buat 4 segi tu, aku dapat letak banner free kat blog Manjer's Closet ni sbb aku sewa tapak iklan group dia kat FB..kalau sesapa ada biz online, nak pomot boleh jer sewa tapak iklan Manjer's ni..RM5 je untuk sebulan..


Ramadhan

W.W.

13:12

Selamat berpuasa semua :)

Senyum sorang2 nengok gambar ni kat FB..hehe..






Ramadhan

Salam Ramadhan

09:44

Salam Ramadhan to all my fwen, famili & pembaca setia blog aku yang tak seberapa ni (kalau ada le yg sudi baca..hehe) tak kira samaada korang silent reader @ tak silent reader..Selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini..


LifeStyle

SPR

10:04

Alhamdulillah elaun bertugas untuk SPR masa PRU-13, dah dapat last week..Hari Khamis lepas dapat kol dari SPR, dorang mintak amik sendiri elaun kat pejabat SPR WPKL @ Kg.Baru,KL. Hari Jumaat terus gi amik.Masa kitaorg gerak tu dah lambat dalam 11 lebey camtu..sekali ingatkan boley sampai sebelum pukul 12 sbb hari Jumaat kan pejabat Kerajaan rehat dari kul 12.15-2.45..sampai je area KL,jalan jammed tambah2 lak kat Kg.Baru tu..hadap je la jammed..nk buat camne,kan..kitaorg naik keta..masa sampai area pejabat SPR WPKL tu, dah 12 lebey..try je ar dabel check kot dorang tak tutup lagi..naik tingkat 3, legaaaa..mmg dorang tak tutup lagi..lagi best tak de orang langsung.masa hari khamis, adik aku gi amik adik aku cakap orang ramai giler..yang time aku amik tu mmg tak de orang,ada pun staff SPR je..mebi orang duk ingat pejabat SPR dah tutup untuk rehat..masa duk depan staff tu, mengah aku jap sbb naik tangga..lif x rosak, aku penakut sikit naik lif, mr hubby tunggu dalam keta sbb tak de parking..masa tunggu lif tu, dengor lif dia bunyik semacam je..gigih mengira anak tangga.nasib tingkat 3 je. 

so hasil bertugas sebagai petugas SPR dapat ar sijil penghargaan & RM RM RM RM (hehe)..jumlah dirahsiakan..RM**~simpan, RM**~have fun @ Genting..later2 story,k & RM**~untuk perbelanjaan harian.. :D



mr hubby

Offer tak disangka-sangka

11:42

Semalam dapat call dari 1 agensi kerajaan untuk mr hubby..masa tepon mr hubby ringing tu,aku ada kat ruang tamu,dengar bunyik fon ingatkan mesej masuk..buat tak tau je ar..pas tu saja nak tengok,sapa mesej..sekali missed call daaaa..nasib baik, orang yg missed call tu call balik..cecepat jawab..no.888*****..bile angkat je, orang tu introduce kan diri..dia bitau dari agensi kerajaan bla, bla, bla..dia nak cakap ngan mr hubby..aku cakap ar mr hubby tengah mandi..nak tinggalkan pesanan ke,aku cakap ar aku isteri Mohd Hussyainy?so,dia tanya mr hubby keje ke?sebab dia dah bitau pasal apa dia tepon tu, dengan pantas aku cakap mr hubby keje kat KL tapi kontrak (well, as aku penah story kat sini, tempat keje mr hubby tengah nak membuang staff..huhu) so kebetulan datang lak offer dari agensi kerajaan ni, harus le tima. sediakan payung sebelum ujan..tapi takkan le aku pulak nak cakap setuju terima tawaran..aku cakap ngan orang tu, nanti aku mintak mr hubby kol dia balik.mr hubby habis je mandi, terus bitau dia..mr hubby pun call balik dapat cakap ngan Puan yang call tadi..Mr hubby inform le berminat dengan tawaran yang dia bagi tu..So,Puan tu cakap dorang nak hantar surat ke JPA mebi amik masa beberapa bulan. Dia cuma nak tau Mr Hubby berminat ke tak,tu dorang nak buat surat ke JPA untuk mintak kelulusan..tanya opinion member aku, dia cakap tima je la offer ni..Mr Hubby mintak keje lain pun,tak dapat..So datang pulak offer ni....Alhamdulillah..

LifeStyle

Marathon

20:27

1 whole week ni me & mr hubby cuti..cuti tak de buat apa2..suppose kitaorg amik cuti ni untuk family vacation kat somewhere tapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan, me & mr hubby tak jadik joint family vacation ni..so mr hubby dah amik cuti straight 5 hari & tak boleh cancel.terpaksa proceed jugak cuti..aku lak, start cuti hari selasa iaitu semalam..so nak buat apa, duk kat umah je la..

but semalam tetiba mr hubby bagi idea yg agak memenatkan..hehe..tapi proceed jugak sebab kitaorg tak tau nak buat apa kat umah..hehe..hantar keta merz balik ke Ipoh. keta merz ni start last year ada kat umah kitaorg ni..mama mr hubby,mintak letak kat umah kitaorg atas sebab musabab yg tak boleh diciterkan kat sini..RAHSIA (zip mulut)..semalam dalam pukul 12-1 pm kitaorg gerak..keta merz ni jenis lama..tahun 80-an punya keluaran..keta tu boleh bergerak tapi ada tapiiiii nye, banyak yg kena repair..aircond tak berfungsi, tingkap yg boleh bukak sebelah driver & tingkap belakang sebelah shj, radio tak berfungsi & banyak lagi le..tapi semalam gigih kitaorg ber'sauna' dalam keta tu. harapkan angin dari 2 tingkap yang boleh bukak tu je & bumbung dia..nasib bumbung tu boleh bukak..bila bukak bumbung tu, ada le rasa cam orang kaya..hehe..semalam start je enjin tak leh matikan enjin kena terus gerak..gigih semalam aku tahan minum air sebab nak elakkan benti sbb aku ni bukan boleh minum air banyak2 nanti asik nak terkucil je. walaupun ada gak aku minum air sikit semalam tapi tak rasa nak terkucil sangat sebab 'SAUNA' dalam keta..berpeluh2 ko..straight dari Semenyih sampai Ipoh,non stop..sampai Ipoh dalam kul 4.20 pm camtu..pas tu mintak tlg adik mr hubby antar kitaorg ke stesen KTM Ipoh..kitaorg nak naik train kul 5.05 pm balik KL. sampai je kat stesen Ipoh dalam 5.00 pm camtu, Ketapi kul 5.05pm mmg dah ada..kelam kabut beli tiket sampai tak perasan kitaorg potong barisan sbb patutnya kena amik no.giliran untuk beli tiket..al-maklum ar kitaorg kan kelam kabut nak naik train tu lagipun jarang naik ketapi,mana tau nak beli tiket pun kena amik no.giliran..sorry le pada orang2 yang memang tengah tunggu no.giliran..hehe..

beli tiket, terus naik ketapi..dah masuk dalam gerabak ketapi, legaaaaa..sampai KL Sentral dalam pukul 7.15pm, amik komuter ke Kajang lak..mintak tlg adik aku amik..Masa sampai Kajang, ujan .kitaorang nak naik cab..tapi tanya ngan driver teksi, ada yang tak mo antar..dorang cakap jauh le, ujan lebat le, jalan jammed le..okey fineeee..tanya driver teksi yang lain, dorang caj sampai RM25.pas tu ada sorang warganegara asing, dia nak ke Kesuma Lake depan lagi dari tempat kitaorg ni..tanya ngan driver teksi yang sama, kalau kitaorg ber3 dia up lagi RM10..ntah apa2 je..aku cakap ngan mr hubby tak payah le..mahal,cekik darah..sbb aku rasa dari Kajang nak ke Semenyih, tak jauh mana pun..tunggu je ar adik aku amik..adik aku sampai je,terus gerak gi Semenyih..elok je jalan tak jammed,ujan pun tak lebat mana pun..saja je driver teksi tadi nak caj mahal..

itu le al-kisahnye semalam kitaorang marathon tapi naik kenderaan ar dari Semenyih - Ipoh - KL Sentral - Kajang - Semenyih..sampai umah pukul 10pm..