Pecal

16:00

Menu feveret mr hubby but not me..ada kacang..alergik (bukan alergik tapi x suka makan sbb nanti Pn.Jerawat pun naik kat muka)..huhu..tak makan kacang pun, pn.jerawat berlumba2 naik..ni kalau makan, lagi le hoverrrrr..okey, x pe..sbb mr hubby mmg minat menu ni, aku masak jugak (isteri yang baik katakan)..hihi..btw, festime try..alhamdulillah..jadikkkkk..

           Pecal..sayur - kacang panjang, taugeh, timun, kangkung,tauhu..buat2 tak pasan je la kotor kat lapik meja tu,ngalahkan ada budak tecik kat umah.. :D
Resipi Pecal :

Kredit to ResipiNoraini


PECAL
Bahan-bahan Kuah Kacang:
2 cawan kacang tanah, telah ditumbuk kasar
8 tangkai cili kering
1 inci belacan
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan air panas
sedikit minyak , untuk menumis
garam, secukup rasa

Bahan Sayur-sayuran :
10 batang kacang panjang, dipotong pendek
1 batang timun, dicincang halus
100 gm taugeh
secekak kangkung
2 keping tauhu,digoreng

Cara Membuat Kuah:
1. Cili kering dibasuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan goreng cili kering, bawang besar dan belacan hingga cili garing, jangan sampai hangus.
3. Tumbuk bahan tersebut dengan lesung batu hingga hancur.
4. Sediakan sebuah mangkuk sederhana.Masukkan cili tumbuk, kacang tumbuk, gula, garam, air asam jawa dan air panas.Kacau sebati. Rehatkan kuah selama 30 minit supaya kuah menjadi pekat sebelum dinikmati.

Cara Menghidang:
1. Sediakan sebuah periuk berisi air. Panaskan hingga mendidih.Celurkan kacang panjang, kangkung dan taugeh satu demi satu. Alihkan kedalam pinggan hidang.Susunkan timun dan tauhu yang telah dipotong dadu.
2. Untuk menikmatinya, ambil setiap sayuran dan tuangkan kuah diatasnya.


 Nota : Boleh tambah sayur-sayuran - pucuk ubi, daun cekur dll. mengikut citarasa memasing..


You Might Also Like

4 Comment

  1. sedapnye pecal... pandai la fieza masak.. nyam2...
    kalo Me, order je, hehehe~
    pemalas kan... huhuhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eMMe..boley ar sikit2..ni pun festime try..nasib jadikkkk.. :)

      Delete