AFB Feeds

ofis

Boikot

17:00

Hahaha..harini aku boikot bos aku..sebab apa..dia tak bagi duit raya..eh,dah besor2 pun nak duit raya jugak ke?mesti la..kalau keje gomen ni sbg P.A., selalunya time raya bos-bos mesti bagi duit raya punya..tak cayer..cer try tnya ngan sedara mara,kengkawan korang yg ada keje P.A. gomen..sure dorang pun ada dapat duit raya,tau.kalau P.A. kat swasta, aku tak pasti ler pulak. Tapi bos aku yg baru ni sangat KEDEKUT TAIK IDUNG MASIN (kan dah dapat pangkat aku bagi)..kadang-kadang dia belanja sorang staff kat ofis ni,boleh pulak..mentang2 ler staff tu anak dara lagi..aku..pelawa pun tak masa dia bawak staff yg status anak dara tu keluar makan..aku cuma jadik tukang panggil staff tu je time dorang nak keluar..lagi bagus ex bos aku yg dah bersara tu..masa ex bos aku ni masih berkhidmat, time raya ada le dapat dlm serat-dua dari dia..bos baru ni,hampeh..tahun lepas masa 1st time jaga bos yang ni, ada le dia bagi hamper..tahun ni jangan kata duit raya, bayang hamper pun tak de..so memandangkan hari ni dia dah start koje, aku memboikot dia..bos aku ni jenis tak bergaul ngan bos2 lain kat sini so b/fast & lunch dia, aku yg kena beli..tapi memandangkan tak dapat duit raya, harini aku buat dunno je..tengok,tengok tadi ada staff lain belikan makanan dia..hehe..masa bos aku ni masuk pagi tadi, dia tengok je aku tengah b/fast kat tempat aku ni..aku buat tak gheti je..aku pandang pc, melayari fb.boley..ada jugak dia keluar dari bilik dia, duk tanya ada surat ke tak..aku jawab tapi tak pandang pun muka dia..wah,macam kejam je aku....aku tak kejam,okey..tapi as a bos apa ke salah dia bagi duit raya kat anak2 buah..masa sebelum cuti raya ritu, kitaorg kutip duit dari staff untuk buat jamuan raya bahagian..bos aku ni kena bayar lebih sikit la..bila sebut je amaun yang dia kena bayar terus dia cakap masa aku mintak tu, dia tak de duit besar..huh..no komen ler aku..

Pregnancy Journey

Baby

11:42

Kebesaran Allah 
Hari ni aku nak share gmbr perkembangan baby dalam tummy bakal2 ibu even aku pun belum ada experience lagi..tapi aku share kat sini bersempena ngan biras aku yg tengah pregnen tu & bakal2 ibu semua. Enjoice your pregnancy journey..wah, aku macam ada experience je bagi advice kat orang..hehe..

famili

Bila bersalinnya?

09:53

apahal aku ni,mengandung tak..tetiba tajuk entry 'bila bersalinnya?'..sebenornya, meh aku story ckit..kan masa bulan posa ritu yg aku tiba2 emo tak tentu pasal sebab dapat tau biras aku pregnen 3 bulan sampai meleleh ayaq mata aku ni..tadi aku tengok adik ipar aku upload gambar latest dorang somi isteri kat fb..so aku komen ler kat gmbor tu..pertanyaan seperti tajuk entry..hmmm, aku dah okey..no worry..dah boleh tima kenyataan..aku tanya macam tajuk entry ni sebab dalam gambor tu dah obvious tang perut biras aku, memboyot..hehe.rasa aku mebi kandungan biras aku ni dalam 4 bulan..meh, aku share  gambor adik ipar aku somi isteri, cilok kat fb (jangan mare, lang)..cer korang tengok tang perut tu,kan dah nmpk kebuncitannya..nak tunjuk kebuncitan aku, lemak banyak ler..kang korang tengok, pakat2 gelak ramai2 pulak..haritu pun aku pakai dress terpaksa cover ngan cardigan + tali pinggang yg comey sbb nak tutup kebuncitan tang perut aku ni..mr hubby ler jadik pereka fesyen jap..ish, dah terkeluar topik ni..eh,eh kiranya aku & mr hubby nak jadik mak long & pak long ler..kalau kat perak, yg sulung pnggil yeop & isteri- yong..jadiknya ayah yeop & mak yong ler....tapi cam tak glamer jer..kalau pnggil uncle san & aunty fiz,agak2 leh tak?hehe..


Note : baru sat2 tadi adik ipar aku reply komen kat fb pasal pertanyaan aku cam tajuk entry ni..insyallah,edd : 20 Februari 2013..gender..tak tau lagi..bulan 11 baru scan..hmm baby boy @ girl yeak.al-maklum ler 1st cucu for mama (ibu mertuaku) & 1st anak sedara sebelah mr hubby.tapi tak kisah la janji sihat, sempurna & selamat to both mom & baby..

luahan perasaan

tak ku sangka

12:51

entry ni sesi luahan perasaan.macam kat entry raya yg aku letak gmbor2 raya, aku ada tulis aku terasa hati ngan mama taufiq a.k.a kazen aku.aku bengang & kecik hati ngan dia coz kitaorg memang rapat giler sejak kecik..mentang-mentang ler dia kawen tahun lepas terus bunting pelamin..boleh pulak dia gelak2 kat aku sebab tak de anak lagi..nak ku jawab kuang hajo, kazen ni yg rapat ngan aku & masa dia kawen aku yang jadik pengapit dia..situasinya, aku & famili gi raya kat kampung sebelah abah aku..kitaorg berjumpa masa kazen aku ni tengah beraya ngan famili dia kat umah bapak sedara aku..so tak kisah le,kitaorg bertegur sapa macam besa..pas tu dia & famili beraya kat umah salah sorang sedara kitaorg jugak area2 situ..hah, masa tu lah kitaorg terserempak lagi tapi dorang dah abis makan..tak silap aku masa tu, anak kazen aku ni dah merengek nak tidor kot so dia  & famili salam2 ngan tuan rumah nak balik..smbil2 lalu nak keluar ke pintu tu, dia tunjuk sampul duit raya kat aku..then dia ckp 'ni untung bawak anak, mak yg dpt duit raya.' then dia gelak2 smbil tunjuk2 kat aku (untuk aku mcam dia mengejek aku),'rugi tak de anak'..dalam hati aku dah terasa giler dah..smbil senyum aku jawab 'tak pe tahun depan, aku bawak 2 org sekali (maksud aku kembor).boleh berangan jap sebab hati dah sakit." tapi masa tu kazen aku & famili dia ni dah keluar so tak tau le dia dengor ke tak..Sebab dah dtang raya kat kg abah aku & terserempak ngan kazen aku tu, xkan x gi raya umah dia..kang kecik hati lak..tengok, aku ni menjaga le hati orang tapi orang tak mau jaga hati aku..masa kat umah kazen aku ni, mak dia pulak duk tanya2 ngan aku plus kazen aku duk ckp abah aku bawak sume yg besor2, mana nak dapat duit raya..adoi,bengang aku w/pun situasi tu berlaku smbil gelak2..tau tak, dalam hati aku dah sakit ni woiiii..mak mertua aku pun tak de citer2 pasal pregnen w/pun biras aku dah pregnen..cuma ada sekali je mak mertua aku tersebut tapi tue pun dia berciter ngan mr hubby..masa balik kampung sebelah mak aku pulak, sanggup aku & mr hubby elak tak mau ikut rombongan opah aku ni gi raya umah adik beradik / sedara-mara dia..sebab apa kitaorg tak mau..kitaorg tak mau kena promosi seperti yg kitaorg penah lalui tahun2 lepas..tak sanggup weiiiii..orang yg bercakap tu sedap ler tapi yg mendengar ni SAKIT HATI..tapi paling tak ku sangka kazen yg rapat ngan aku..boleh gelak2 kat aku sebab tak de ANAK lagi.untuk dia mungkin lawak tapi mintak mahap ler yeak, untuk aku topik tu sangat sensitif, mungkin ko tak rasa sebab ko kan SUBUR.aku tak SUBUR macam ko..kawen,kawen..terus lekat..laki ko pun muda lagi dari ko,kan so sperma2 tu aktif ler..cucuk2 je terus jadik..bengang tol aku..

Aidilfitri

Purple

10:34

Entry gambor hari raya..our theme purple..

mr hubby & abah
angah & abah
hero dalam keluargaku
kitaorg :D
kitaorg jugak :D
adik ipar & adik aku
kitaorg sekeluarga, camne aku terposing senget pulak..

mr hubby & taufiq..(waaaa..aku kecik hati tau ngan statement mama taufiq ni,nnti aku citer)..

aku & adik ipar (2nd day raya-gi tengok wayang citer The Expendible 2)
Raya ke-3, aku & mr hubby dah balik Kay Ell..Raya ke-4 iaitu harini kitaorg dah start keje..tapi masalahnya kat ofis aku satu kedai makan pun tak bukak tau..waaaa..sadisnye..kat blok aku ni mmg confirm cafe belum bukak so aku pun gagahkan diri gi ke blok sebelah. tengok2 sama jugak..tadi call mr hubby, mintak tolong belikan makanan kat area ofis dia sebab ada kedai makanan yg dah beroperasi.hope mr hubby tak bz & boleh tolong hantarkan mknan lunch ni..huhu..dah macam bulan posa lak cuma ni boleh minum air..

Aidilfitri

Berinai

23:23

Selamat Hari Raya Aidilfitri..mesti ada yg tgh beraya kat umah sedara mara,kengkawan @ buah hati (pd yg belum kawen ler) ataupun tgh berehat kat umah tgk tv..maklum ler penat gi raya siang tadi..erm,aku saja nak share story smlm iaitu malam raya..siang tu gi umah opah aku coz mak abah n makcik2 aku masak lemang..masa kat umah opah, kitaorg amik daun inai..nak buat apa lagi,berinai ler..so ni adik aku, angah bersemangat tumbuk daun inai n dia ler org pertama yg berinai..aku le jdik mngsa kena pakaikan inai dia..hmm,layannnnn je lah..btw,aku share ler gmbr sikit..boring lak klu story tak de gambar..adik aku ni single n available (hihi..apa motip bagitau org ni..)

see bersemangat adik aku tumbuk daun inai..



and dia jugak yg pertama berinai..nasib dia  x inai 10 jari..

Aidilfitri

Salam Aidilfitri

00:46

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sume pembaca blog aku yang tak sebaper ni..Maaf Zahir & Batin..kita kira kosong,kosong,kosong..macam lagu Najwa tu :-)

LifeStyle

Beli 1 free 1

09:41

wah..dah baper hari tak update blog..x de idea sebenornye..aku ngan mr hubby hari isnin dah balik kg.tahun ni turn beraya ngan famili aku coz dah 2 kali raya with mr hubby side..tapi hari isnin sampai rabu tido kat umah MIL sbb famili aku baru balik kg ptg smlm..so lepas berbuka smlm,terus gerak gi umah parents aku pulak.otw ke sini semalam, mr hubby ajak makan western lak kat satu kedai.haritu mr hubby cakap dia makan western kat situ dapat aiskrim free..best,best,best.. :-) 
sebelum makan aku snap ler picture chicken chop ngan aiskrim free..aku tak order air pun sbb tau dapat aiskrim..hehe..mr hubby je order air 1..sesapa yg ada kat area Perak,leh ar singgah kat kedai ni kalau nak dpt aiskrim free tapi kena order western food ler..btw,nama kedai ni 'Din Bukit' kat area Klebang..total 2 chicken chop ngan 1 teh o ais = RM19.00 jer..


LifeStyle

Fakta @ Auta

17:00



ermmmm.....betul ke?kalau betul, pas ni para isteri kena tengok2 ler kalau suami pakai samping macamne..bawah lutut @ atas lutut????

luahan perasaan

Mood - dah okey :D

10:25

Mood : harini dah okey..2-3 hari lepas je aku cam pompuan apa ntah..hihi..yesterday, dapat call dari sorang member.dulu dia keje sama bahagian ngan aku tapi skrg dia dah tukar but kitaorg still keep in touch..semalam dia call tanya aku dah 'okey' ke tak?dia pembaca rahsia blog aku ni..so mmg aku dah okey pun jadik tadak hal ler.."tq Su,call akak..akak tau ko baca blog akak ni".. hehe..n semalam aku dapat pm kat fb dari sorang lagi member U Lyza..nak tau apa dia advise aku, hmmm..baca ler kat bawah ni..ada sikit info & tips untuk kita TTCian ni..mungkin kita leh praktikkan yg mana kurang tu.. 

Salam kak. Sy bc blog akak last 2 entri tu mmg sgt touching. Haritu ingt nk komen tp line internet x bape ok. Sabar ye kak. Tu je yg mampu sy ckp. Tau bukan senang nk sbr dgn situasi mcm tu tmbh2 sy x pernah lalui nya. Tp sy fhm bila sy kat tempat akak x tau la mcm mn mungkin lebih teruk tahap jelesnya!

Sy juz nk bg pendapat yg x seberapa ni. Selain mcm lin bgtau tu (asyraf muslim) why not akak try buat audit solat. Saya ada terbaca actually setiap pergerakan dlm solat kita (dgn kusyu') ada penyembuh segala penyakit, penyelesai segala mslh lg2 ble kita mintak dgn kusyu' kat allah..

Audit solat ni hari tu sy ada tgk kalau x silap dia buat kat UM ada sorg prof pempuan yg jlnkan kajian kebaikan solat ni..n dh terbukti keberkesanannya..maaf, bukanlah nk mgajar ke apa, sy sendiri solat x betul lg tp sma2 la kita betulkan..selain tu apa yg sy dgr salah satu kebaikan pergerakan solat kalau dibuat dgn betul mampu aktifkan otot lantai pelvik especially utk kesuburan lelaki mau pun perempuan.

Lg satu kalau akak nk try la urut dgn mak saya.. B4 this ada jgk org yg berurut dgn mak, dia prgnant..wallahualam kita usaha. Sy hanya bg pendapat/jalan lain2 serah la kat allah.

Sempena bulan ramadhan ni doa la byk2 i'allah makbul kak..buat solat hajat byk2..sy jgk doakan akak diberikan zuriat cpt2 ameen..akak jgn risau2 k. Mungkin allah blm nk bg anak sbb DIA lebih tau perkara akan datang..mcm sy ni ada anak kdg2 rasa susah jgk bila suami x berapa nk bantu uruskan anak. Keje rumah lg nk buat. Nk melayan suami lg..besar, byk tanggungjwbnya kak ada ank ni..mmg seronok ada ank tp hakikatnya yg terpikul kat bahu nk menjaga amanah allah tu lg berat..anggapla allah nk kuatkan kesabaran akak & abg sani dulu sblm menimang cahaya mata..sesungguhnya allah mengetahui segala2nya. Dia yg merancang dan dia lah sebaik2 perancang..

Wallahualam..maaf kalau apa yg sy taip ni menyinggung akak. Lillahitaala takde niat apa2 selain nk bg akak support & doa..

Apapun thanx a lot to all my friends tak kira la kawan blogger, kawan U,kawan satu opis & kawan tak satu ofis lagi sebab bagi kata2 nasihat to me lepas  2-3 entry yg ntah hapa2 tu kan..bila pikir2 balik, cam malu je..hehe..tapi kalau tak luahkan lagi stress sebab duk  pendam je..ada jugak luah kat mr hubby chubby ku itu tapi dia boleh terima news masa mula2 lagi, aku yg macam hapa je..Insyallah, pas ni sentiasa bersangka baik & berusaha lagi..macam mak aku nasihat kat aku smlm 'nangis buat pe. dah sampai rezeki org lain dulu.usaha lagi.usaha tangga kejayaan'..hehe..

luahan perasaan

Terharu

09:59

Terharu sungguh pagi ni bukak fb personal lepas few days aku merajuk tak mau bukak, hari ni mengalah sebab aku tengok fb ada e-mail kat yahoo aku inform ada 1 mesej..so hati ni mula ler tertanya-tanya sapa mesej aku..tengok-tengok, member satu U dulu pm..tak sangka rupanye dia baca blog aku sebab member U yang tau aku ada blog, sorang je tapi member lain bukan yg pm aku ni.apapun tq lyn for the advise.." Insyallah, akak dah okey sikit & rasanye macam dah boleh tima kenyataan yg biras akak pregnen..Alhamdulillah, akak dapat famili in law yg sangat baik sebab nak jaga hati akak & husband. Masa mula2 biras akak preggy dorang sume dah tau tapi rahsiakan berita ni dari kitaorg coz takut kitaorg terasa hati ".. & betul ler macam member aku cakap sebenarnya ramai yg senasib macam kitaorg cuma kita jangan ler rasa rendah diri sangat (aku le tu) & try to kontrol emosi jgn jeles lelebih (pun aku jugak)..kat bawah ni pm dari member U aku Lyn

 Hai kak Fiza,

Selamat berpuasa!

Baru lepas baca blog akak. Akak jgn sedih2 sgt ok. Take it as positive way. Akak, saya, kak fazi lalui benda yg sama.. Bezanya saya pernah preggy 3 kali tp gugur. Last sy gugur may 2011. Means dah lama tak lekat jugak ni. Risau pun ada. Tp nk preggy lagi mesti trauma. Emosi sgt2 terganggu bila keguguran ni kak. And also, bila org yg rapat dgn kita preggy mmg hati ni hiba. Cemburu berbaur sedih. Penah 3-4 kali hubby bg tahu kawan dia wife dh preggy/dpt baby.. Terus hiba, sebak.. Menangis! Ya Allah, kesian nye laki aku masih belum mempunyai berita sebaik ini!

Kami kawin dah 3 thn 4bln lebih.. Sedih jugak masih lom dpt bg hubby zuriat. Umur hubby dah 39 thn. Hubby ckp kalau 5yrs still takde baby, dia kata amik anak angkat. Actually dia pun tak sanggup tgk me tanggung tekanan perasan bila gugur tu. Entah la kak.. Hubby selalu ckp, allah belum nak kasik kita rezeki lagi. But masa berlaku keguguran 3 kali tu, mak tgh sakit breast cancer and mungkin Allah nk lin jaga mak sebaiknya. Apa pun tetap berharap allah kurniakan rezeki anak utk kami.

Kak Fazi aritu pon ada contact lin. Dia tak penah luah keadaan dia. Dia pendam. Maybe terbuka hati nak share ngan lin, So dia luah kt lin sbb keadaan kita lebih kurang je. Dia dah kawen 2thn lebih. Last year dia operate buang cyst. Now dia tension sbb Mil dok tanya and kes mcm akak skrg ni, biras dia preggy dulu. Bila dah luah, and we sharing dia pon ok.

Kira akak dah berusaha jauh jugak. Lin belum tahap mcm yg akak dah lakukan. Lin doakan yg terbaek utk akak. Btw, ingat tak budak kecik nama Norleen? Junior kita yg kawen ngan batch kita Nuar? Dia pun 2 kali gugur, but awal thn aritu dia ikhtiar berubat kat tempat ashraff muslim kat setiawangsa tu. Alhamdulillah.serasi and rezeki dia, now dia preggy dh 6 month.

Minta maaf ye kak kalau mesej ni ganggu perasaan akak. Just sharing ape yg kita lalui. Akak jgn rase diri akak kekurangan ye. Sbb masih ada kawan2 yg senasib dgn kita. Ambik cth kak suhayu... Mengandung anak pertama tp meninggal sblm di lahirkan, and akhirnya Allah kurniakan seorang baby girl selepas berbelas tahun berusaha. Lin and kak fazi amik contoh ketabahan Kak Ayu.

Maaf kalau ada kata2 lin singgung perasaan akak. Just sharing... And be strong ye kak.

Salam ramadhan

luahan perasaan

Alahai

16:15

Alahai, macam sebelum ni aku ada tulis entry pasai MIL nak datang shopping raya kat KL..tadi mr.hubby bagitau thru phone yang MIL tak jadik datang..pas tu lupa lak aku nak tanya napa MIL tak jadik datang..tengok2 mr hubby online kat fb, aku pun pm la ngan mr hubby..
my pm with mr hubby 
me : yang,napa mama tak jadik dtg..
mr hubby : kata nye kat masjid india tu x leh masuk tapi entah la
me : oo..dlm famili awk,ada sesapa tau ke blog saya
mr hubby : entah..mama tau rasa nye
me : mama tau.yea ke?
mr hubby : yep
me : macamne mama tau
mr hubby : yep..kan haritu masa abah meninggal abg bagi link
me : oo..yea ke
mr hubby : siap tunjuk lagi
me : lorr..sabar je lah..agak2 mama ingt ke nama blog saya
mr hubby : entah le
me : ala...dh ler saya buat sesi luah perasaan kat blog buatnya mama & lang baca.. (lang a.k.a adik ipar aku yg wife dia preggy  tu)
mr hubby : hahaha x tau..nasib le
me : mencikkk tau
mr hubby : huhu..ate nak kate ape
me : ala,saya luah perasaan je..bukannya ngata pun tue la gunanya blog,nk luahkan perasaan
mr hubby : hahaha
me : tak suka tau..awak ler suka promote blog saya tau..
mr hubby : aik org plak kene
me : x ler..salah saya..saya yg taching lelebih smpai tulis kat dlm blog
mr hubby : huhu

tetiba rasa bersalah pulak haritu buat entry sesi luahan perasaan yg sangat over pasai aku taching lelebih tu.aku rasa idok ler aku ngata ke apa dalam entry tu cuma lebih pd luahan perasaan aku je tapi tak pasti ler whether mama @ adik ipar aku baca ke tak?tapi bila mr hubby bagitau mama tak jadik dtg KL & mungkin mama ada terbaca entry aku yg ntah hapa2 tu kat dalam blog ni..hmm,salah sendiri ler..nak buat camne aku ni emo lebih tmbh2 cik 'P' nak menjengah ni..mula ler emo tak tentu pasal..ate camne..so aku cuma boleh cakap 'SORRY'..huhu..apa yg aku tulis tu sekadar luahan perasaan aku je..tak de maksud pun nak perli @ mengata @ mengutuk @ seangkatan dengannya pada sesapa..boleh refer SINI,SINI & SINI

LifeStyle

chicken foldover

19:04

sesapa minat foldover boleh ler print out coupon ni..aku n mr hubby dah try beli tadi, mmg confirm betul..pagi tadi aku baca kat fb mc 'd, ada yg ckp tak dapat beli.so balik kje tadi, kitaorg try singgah mc'd, mmg betui ar beli 1 free 1..ikutkan org yg tgh TTC cam aku ni, tak digalakkan mkn fast food tapi aku tgh rileks2 kan diri dari TTC so belasah je la.. hihi..

luahan perasaan

JELES

11:50

Last week kan aku & mr hubby baru tau pasai biras aku mengandung..so aku & mr hubby ada la sesi luahan perasaan gitu. bukan le kitaorg menidakkan rezeki Allah pada adik ipar & wife dia cuma kitaorg terasa jugak sebab dorang rileks je tak buat apa pun untuk TTC, tengok tengok wife adik ipar mengandung.plus dorang PJJ.kalau korang, mau tak terasa..tapi tu la dah ditentukan rezeki dorang sampai dulu..masa sesi luahan perasaan tu, mr hubby mengaku pasai yg kitaorg kena buat iui. aku penah tulis pasai ni tapi aku cakap hold dulu untuk buat iui sebab kitaorg kekurangan ongkos. lepas peristiwa yg biras aku mengandung ni, mr hubby cakap sebenarnya dia saja buat tak gheti untuk buat iui ni. dia cakap, dia tak boleh terima kalau buat iui ni tak berjaya. sesapa yg penah buat iui, tentu tau ada sesetengah org buat pertama kali, terus berjaya..ada jugak yang buat beberapa kali baru berjaya..jadiknya kalau kitaorg buat, kitaorg pun tak tahu jatuh dalam kategori yang mana..memang kalau boleh nak kategori pertama tapi kita cuma merancang je, Allah yang menentukan..itu mr hubby buat tak tahu je pasal iui ni..aku senyap je lah,kan..nak komen apa, aku pun tak tau..ntah ar, buat masa ni malas nak pikir.. aku nak rileks2 dulu sebab aku stress bila tau biras aku pregnen..huhu..patutnya hepi la kan, nak dapat anak sedara yg pertama sebelah husband. jauh disudut hati, masih ada lagi sifat jeles pd biras yg berjaya preggy tanpa buat apa2 (makan supplement ke, berurut ke & bla,bla,bla) macam aku.baru2 ni adik ipar tepon mr hubby, aku tengok nama dia appear kat screen pun, menyampah..pasaipa ntah.padahal dorang tak buat apa2 pun kat aku & bukan salah dorang nak dapat anak.tu kan rezeki Allah.aku yang taching lebih..haish, fieza fieza.. awat la jeles tahap gaban kat biras sendiri ni..fb personal aku tu pun, kalau boleh aku nak deactivate tapi mr hubby tak kasi..aku nak deactivate tu bukan apa, malas nak terbaca adik ipar update status pasai pregnancy wife dia.kang aku jeles bila baca so better aku tak payah bukak..

Note : Weekend ni, MIL nak datang shopping kat KL ngan biras aku tu..masa sebelum aku tau yg biras aku mengandung, aku tak kisah sangat..tapi ni dah tau, kalau boleh bior le dia tak dapat cuti..tak yah datang..bior MIL je datang..tengok, tahap aku punya jeles.....bukan apa, kang kalau dia datang sure dh nmpk perut dia sikit pas tu mata aku ni mula ler menjeling2 kat perut dia tu..menjeling jeles,okey..aku tak mau hipokrit..YES,I'M JELES..alahai, baru sat2 tepon mak..bagitau pasai biras aku dah preggy..sore dah sebak, air mata nak meleleh lagi tapi tahan..terus tukar topik..hehe

luahan perasaan

Rezeki

14:21

Dah 2 hari aku tak bukak fb personal aku sejak adik ipar aku announce dlm fb, wife dia preggy.aku ada tulis pasal ni dalam entry sebelum ni.malas aku nak bukak fb yg personal tu.nnti adik ipar aku update pasal pregnancy wife dia,aku lak yg emo lebih so baik aku bukak fb bisnes je.semalam aku n mr hubby berbuka kat luar so masa dlm keta,kitaorg ada diskus pasal biras aku preggy ni.aku ckp ngan mr hubby,bukan ler aku nak cakap besar tapi kalau aku preggy, aku tggu dh lepas trimester pertama baru announce yg aku preggy @pun biar org sendiri tau biler tgk perut aku dh memboyot..kenkononnye gitu ler berangannya.mr hubby tnya napa lak aku nak terasa.tu kan berita gembira.mr hubby tnya jugak,aku menidakkan rezekiNYA ke?aku tau rezeki datang dariNYA.cuma sbg manusia biasa n sebagai perempuan mesti la kita ni cepat terasa @ emosi lebih bila tang part zuriat ni.tambah2 bila tau biras kita yg tak usaha apapun macam kita ni tapi dorang yg preggy..of course hati terusik sikit..pagi2 ni, mak mertua tepon mr hubby..aku terus masuk bilik air,mandi.malas nak dgr cause mesti akan borak pasal biras aku preggy ni.elok aku keluar bilik air, mr hubby ckp nak bagitau something tapi dia ckp jgn marah.aku pun dengar je lah.rupa2nya biras aku dah preggy 3 bulan 1 minggu.even mak mertua aku pun tau pasal ni tapi dorang rahsiakan dulu dari aku n mr hubby sbb nak jaga hati kitaorg..hmmm..aku dah sebak masa mr hubby bgitau tu tapi ku tahan air mata ni.tak mau bagi keluar.aku pulak nak cover line terus capai iron board,iron ngan baju2 utk gosok.baju2 keje aku n mr hubby utk minggu ni.pas tu masa tengah iron baju,mr hubby saja borak2 ngan aku,suruh aku luahkan perasaan tapi at first aku tak nak w/pun air mata dah rasa nak keluar.mr hubby ckp kenapa aku nak terasa..tu dh rezeki adik ipar n wife dia.aku just cakap biasa ler perempuan,mesti ada touching2.masa ni mmg air mata dah keluar..aku ckp ngan mr hubby, tu tak mau cakap.sebelum tu aku dh control air mata jgn bagi keluar..terus aku suh mr hubby amik tisu sbb air mata dah meleleh.ntah ar aku ni emo lebih, agknye cik 'P' nak dtg menjengah.aku pun malas n tgh tak de mood utk BBT & TTC buat masa ni..nanti ler kalau emosi aku dah stabil,aku smbg TTC & BBT semula.suhu pun dah 2 hari aku tak amik.bukan tak ingt saja buat2 lupa.....moga nanti Allah makbulkan doa aku & mr hubby untuk mendapat zuriat sendiri..amin..

Note : ada sesapa tau tak prosedur untuk amik anak angkat?

Shopping

KWC

23:46

patutnya entry ni aku dah tulis isnin lepas tapi sebab beberapa hari aku try nak upload gambar tak berjaya tu yg tertangguh..ni masa aku ikut member ofis gi window shopping kat KWC.aku yg window shopping,member aku shopping.sesapa duk kay ell tau ler,kat ne KWC ni.tempat ni kalau sesapa yg bisnes, boleh beli kat sini dengan rega borong..utk beli satu item, agak mahal..tapi kalau nak beli satu item je, boleh naik ke tkt 2 ke atas.yg ground floor kebanyakan utk beli borong.kawan ofis aku shopping baju raya utk anak2 dara dia kat salah satu kedai kat ground floor.beli 4 item dapat 50% diskaun..aku cadangkan kalau korang nak beli untuk personal bukan utk bisnes, dtg shopping ngan member2 @ sedara-mara.boleh dapat diskaun..kira korang share2 ler..tapi kalau korang byk ongkos,terpulang ler..btw, layanzzzz gmbr2 yg aku tngkp ritu..kebanyakan kedai kat sini jual baju2..kedai kasut n beg pun ada jugak tapi tak banyk sgt..


luahan perasaan

Bersabarlah

09:32

Pagi2 ni,bukak fb baca kat status fb adik ipar aku a.k.a wife adik aku
"Apo la kono laki den nie...??domam,skt palo,xselero mkn,loyo jo kjo eh...polik gak,da 3 ari,xkan xelok2 laie...ubek da abis mkn da...polik...polik..

memang haritu, mak & abah citer yang adik aku ni muntah2 tapi ingatkan sebab malam sebelum tu masa berbuka, adik aku duk bantai minum air gas. tapi dari status adik ipar aku ni yang adik aku tak elok2 lagi, musykil jugak..aku pun ada komen gak kat status adik ipar aku ni..aku suh dia try check..mana la nak tau,kan?lepas tu terbaca lak status adik ipar aku a.k.a adik mr hubby lak..
"Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu ya Allah.... =D "
 aku pun ada komen tanya samaada wife dia pregnen ke? anddddddddd jawapannya 
v
v
v
v
v
Y.E.S
at first, aku cuba control..tak mau nangis,tak mau nangis..sekali tu, aku tak tahan sangat coz kena luahkan  jugak kat someone.aku intercom kawan ofis yang rapat ngan aku..masa citer ngan kawan ofis aku ni, terus aku rasa sebak giler & otomatik ler air mata pun nak meleleh.pas tu mr hubby whatsapp aku..lagi ler aku sebak..mr hubby cakap org PJJ pun boleh lekat sebab adik ipar & wife dia ni PJJ..so mr hubby cakap rasa tercabar sebab adik dia dapat anak dulu & dia rasa giveup..aku terus tak balas whatsapp mr hubby..aku off hp..giler ko aku tengah tahan sebak lagi ni tapi kontrol cun sebab kat opis..kang ofis ingat pasaipa pulak P.A. ni mata merah je..selalunya aku okey je bila dengar sepupu ke,kengkawan ke pregnen..tapi kali ni yg preggy orang yg ada relationship ngan aku so perasaan tu lain..tetiba pulak aku jadik malas nak berBBT bagai sebab dorang yang tak de buat apa2 pun, boleh preggy..aku yg beria2 berusaha macam2..hmmm,ntah ler..mungkin ada hikmah kitaorg masih belum ada baby lagi sebab dari segi kewangan kitaorg memang tak berkemampuan lagi (ayat sedapkan hati.huhu).aduihai,bersabar ler fieza.
 

Ramadhan

Bazar Ramadhan

10:28

Di bulan Ramadhan ni, kebanyakan dari kita macam gambar kat atas ni la..hmmm,aku & mr hubby pun sama jugak..masa 1st day puasa ritu, tak hingat beli roti john sampai 2..lepas berbuka, yang satu pun tak abis..penyudahnya letak dalam peti ais..kenkonon esok panaskan balik & makan..bila dah dipanaskan, ghupenye bila makan dah tak elok..so tong sampah ler yg kenyang..then tak serik lagi tu,beli murtabak..sampai 3 sekali..hmm,2 hari baru berjaya menyetelkan..nasib berjaya habiskan jugak..kalau tak, tong sampah lagi yang kenyang..tak salah nak membeli kat bazar Ramadhan sebab peniaga2 tu pun mencari rezeki..tapi diri kita sendiri kena ler control2 sikit nafsu 'nak itu, nak ini', beli ikut yang kita rasa larat nak habiskan..ayat adik aku ' kat bazar ramadhan sume nak, itu nak, ini nak..bunga api pun nak'..hai,tak tau ler nak cakap sampai bunga api pun nak..rumusannya berbelanja secara berhemah di Bazar Ramadhan (peringatan untuk diri sendiri jugak)..

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.