AFB Feeds

bisnes kecil-kecilan

Promo,Promo..Kek Lapis,Kek Buah

15:04

Kek Lapis Asam Manis

Kek Lapis Swiss Roll

Kek Buah

Promosi,promosi..berminat, sila pm di fb @ boleh komen di entry ni. Harga adalah sangat berpatutan..RM20 sahaja (tidak termasuk postage)..Sekiranya penghantaran di area Dataran Merdeka (Agro Bank), Kem.Kerja Raya/Jabatan Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin (blkg Bank Negara) @ Semenyih boleh dipertimbangkan untuk C.O.D..

Note : Tempahan telah penuh untuk Kek Lapis Oreo & Kek Lapis Prune..Tempahan untuk 2 kek lapis di atas & kek buah masih dibuka..

Give Away

Thank You MakLady

16:46

Thank you ML for this present.baru terima hadiah ni, petang tadi.Btw, aku dapat hadiah ni dari Award Terjah MakLady.kelasss ko,Award lagi.ingt retis je dapat Award..aku pun dapat gak.Menang tanpa bertanding..hehe..sebab aku paling ghajin menerjah ke blog ML..masa ML annouce pemenang,tengok2 blog aku yg comey ni dapat (comey ker????). tapi tak kisah le..janji menang dapat HADIAH lagi..

TTC

Testimoni

11:21

Pagi-pagi ni bukak forum Ratuhati , tengok kat topik Pati Delima Gulsan ada beberapa ahli yang amalkan minum pati ni dah berjaya preggy..alhamdulillah..tahniah kepada mama ziyaad,mama nina83,mama Nami_Nadia,mama firhan & mama Nieta tapi mama Nieta MC..x pe mama Nieta,nanti usaha lagi..ada antara dorang ni baru amalkan sebotol dua, dah lekat..cam aku pulak dari bulan 3 sampai skrg..dah 10 botol sebab sebulan 2 botol.aku & mr hubby,dua2 minum pati ni..

So aku nak citer pulak testimoni dari aku sendiri w/pun aku belum berjaya preggy lagi tapi sejak aku amalkan minum pati ni dari bulan March tahun ni sampai sekarang..hmmm..aku rasa pati ni serasi bersama ngan aku (cewah,serasiiii)..lepas sebulan aku minum pati ni, bulan april cik 'p' tak datang..so aku teruskan jugak minum pati ni..pas tu tengok2 dari bulan Mei sampai yang latest Julai ni, cik 'p' aku cantik jer datang even cycle day tak tetap tapi tarikh untuk cik 'p' datang, dah boleh agak..alhamdulillah..so nak tengok cik 'p' untuk next month pulak macamne (harap2 cik 'P' rehat smpai 9 bulan..hihi..tu pun insyallah, if dah sampai rezeki aku & mr hubby)..okey, antara kebaikan pati ni dari apa yang aku alami sendiri : 

(i)aku ni jenis susah nak membuang air besor..so sejak amalkan pati ni, pagi-pagi mesti kena jumpa Mr.Toilet dulu.. :D

(ii)dah 3 cycle, cik 'P' aku cam cun je timing keluar tu..tarikh untuk 3 cycle tu lebih kurang je.nanti nak tengok cik 'P' untuk next cycle lak camne (kalau dah smpai rezeki aku & mr hubby, rehat 9 bulan..hihi)..insyallah, kalau dah rezeki kitaorg le..kalau belum rezeki, tak pe bior le cik 'P' keluar..at least cik 'P' aku regular..

(iii)pengaliran cik 'P', agak heavy & banyak yang keluar.. (tak yah le aku detail sangat..kot-kot ada pulak reader lelaki..yang pompuan,paham-paham je lah).. ;)

(iv)pas tu, ada le sorang dua tegur ckp tengok kulit muka aku licin je (haha..perasan) ntah ar, ni dorang le ckp..aku tengok besa je..

(v)mr hubby lak, dia merokok so besa le kalau org merokok ni, mesti batuk2..macam mr hubby jenis batuk kuat..lepas minum pati ni, tengok batuk2 dia tu dah kureng compared dari dulu..tapi bila aku cakap ngan mr hubby pasai ni, dia tak caya.of course le, aku berani ckp sebab kalau kat umah time dia batuk kuat2 tu sapa yg dengor..ai ler..mencikkk tau bile ckp ngan dia, dia tak caya lak.

erm,tue je la kot testimoni aku & mr hubby so far 5 bulan kitaorg dah amalkan pati ni.

Ramadhan

Tahan Kentut

13:15


Tergelak2 aku dpn pc tengok gmbr ni.amik kat fb.smpai ada pegawai tegur aku,tanya aku okey ke tak..hehe..

Ramadhan

Kajian Bukti Puasa Tak Jejaskan Bayi Dalam Kandungan

12:17

KAJIAN kesihatan mendapati ibu mengandung yang berpuasa tidak menjejaskan kandungan walaupun kadangkala tidak selesa terutama pada tahap tiga bulan pertama kandungan. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Putri, Dr Ariza Mohamed, berkata ibu hamil masih boleh berpuasa kerana ia tidak memberi kesan kepada perkembangan bayi.“Ibu mengandung boleh berpuasa, membaca al-Quran terus menerus dan doa untuk kesihatan bayi dalam kandungan,” katanya yang tidak menafikan cabaran ibu mengandung terutama loya, muntah, pening dan gastrik pada tiga bulan pertama menyebabkan badan kekurangan air hingga ada terpaksa menerima rawatan di hospital.

Beliau berkata demikian pada seminar Penghayatan Ramadan anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Hospital Pakar An Nur dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia di Bangi, baru-baru ini.
Dr Ariza berkata, proses dehidrasi menjadikan ibu lemah, berat berkurangan tetapi biasanya keadaan itu tidak menjejaskan bayi. Begitu juga bagi ibu pada peringkat tiga bulan terakhir terpaksa berhadapan dengan keletihan, sukar untuk fokus, tidak dapat tidur dengan baik dan berat badan mungkin statik atau berkurang.
“Dalam keadaan itu bayi tidak terjejas kerana mereka mendapat cukup makanan daripada ibu. Jika mampu ibu mengandung boleh berpuasa tetapi boleh berbuka apabila mengalami muntah yang teruk. Cuma dari segi menggantikan puasa, ada perbezaan pendapat,” katanya. 

Beliau berkata, risiko ibu yang menyusukan anak apabila berpuasa ialah kurang susu dan menyebabkan anak menangis. Sedangkan susu ibu adalah makanan lengkap bayi dan WHO menyarankan enam bulan pertama eksklusif susu ibu tanpa dicampur susu formula.“Bagi ibu menyusukan anak, dibolehkan berbuka puasa seperti ibu mengandung. Cuma bagi yang mengandung, ada berpendapat tidak perlu berpuasa tanpa berusaha sedangkan Ramadan memberi banyak manfaat,” katanya sambil menasihatkan wanita hamil melewatkan sahur, makan tamar serta susu ketika sahur dan makanan tinggi serat, berehat tengah hari dan memastikan berbuka dengan makanan yang memberi tenaga segera.Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar An Nur, Dr Norshinah Kamarudin meminta penghidap kencing manis bersahur, jangan melewatkan berbuka dan tidak makan berlebihan. Pesakit boleh mengubah dos ubat. Jika dos biasa diambil waktu pagi boleh ditukar kepada berbuka sementara dos diambil sebelum makan malam ditukar kepada waktu bersahur.“Pengubahsuaian dos insulin perlu dilakukan dengan bimbingan doktor selain melakukan ujian tahap gula dalam darah pada waktu tertentu seperti sebelum bersahur, tiga hingga empat jam kemudian atau sebelum berbuka dan tiga hingga empat jam selepas itu.“Minum cukup air, menggantikan air selepas buang air dan elak minuman manis,” katanya.

Just sharing info untuk mummy2 yang sedang berbadan dua :) 
Kredit to islamituindah

Dapur FiezaSani

Daging Masak Merah

08:12



Ni nak share satu lagi menu masakan masa weekend lepas..haritu nak update agak bz kat umah plus mr hubby guna lappy so harini keje, boleh la update kat pc ofis je..btw resipi ni amik kat SINI

Bahan-Bahan
  • 1/2 kilo daging dipotong nipis & direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 bijik bawang besar - dimayang
  • 1 bijik cili capsicum hijau- dipotong kecil2
  • 1 cm halia  - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
  • garam secukup rase...
  • klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup..

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih & halia sehingga kekuningan
  2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak sangat...
  3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi aku tak letak sbb tak elok untuk kesihatan....
  4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
  5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup & daun bawang..
  6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA

Dapur FiezaSani

Sambal Kacang Ikan Bilis

15:07



okey,kat sini aku nak share menu semalam yang aku masak untuk berbuka..

Menu kat atas amik dari SINI


Bahan-bahan:
  • Ikan bilis (cadangan beli ikan bilis yang jenis kecik2)
  • kacang tanah segenggam
  • bawang merah besar 1 labu (2 kalau yang agak kecil)
  • bawang putih seulas
  • Cili kering 5 - 6 biji *direndam seketika, dibasuh dan dimesin bersama bawang merah dan bawang putih*
  • air asam jawa
  • garam
  • gula (5 sudu besar)
Cara membuatnya:
  1. Mula2 panaskan minyak di dalam kuali. Setelah dibasuh bersih dan ditoskan, goreng kacang tanah sehingga masak dan kelihatan rangup. Api jangan terlalu besar, dikhuatiri kacangnya tak masak sebaliknya hangus. 
  2. Selepas keluarkan kacang dari kuali, goreng pula ikan bilis yang telah dibasuh bersih. Gorenglah sehingga masak dan juga sampai kelihatan rangup. *hendaklah digoreng kacang terlebih dahulu, kalau goreng ikan bilis dulu minyak akan kotor dan tak boleh digoreng kacang selepas itu* Setelah siap, ketepikan buat sementara.
  3. Buang minyak di dalam kuali, gantikan dengan minyak lain untuk menumis.
  4. Tumis bahan2 yang dimesin. Biar sampai masak dan bertukar warna.
  5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.*lebihkan kuantiti gula supaya dapat kurangkan rasa masin ikan bilis*
  6. Gunakan api yang kecil supaya sambal masak cantik dan likat. Setelah agak pekat dan warna dah jadi agak gelap tutup api dan biarkan sejuk untuk seketika.
  7. Campurkan sekali ikan bilis, kacang dan sambal yang sudah ditumis, gaul rata dan biarkan sejuk & sedia untuk dihidangkan.

Ramadhan

Menu Berbuka

19:15

Mesti sekarang semua tgh bz hidang makanan untuk berbuka..aku pun,so nak share jugak ler menu untk berbuka aku n famili..harini parents aku dtg umah berbuka kat sini..so salah satu masakan kat atas,my mum yg masak..nnti aku share resipi menu next entry..okey ler,selamat berbuka puasa semua kawan2 bloggers ku :-)

segmen

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

18:31

1st time joint segmen anjuran blogger femes amos ni..so sempena kedatangan bulan Ramadhan ni abg Ben cadangkan blogger2 yang joint segmen ni bertukar-tukar link..so,why not?time lunch, tak boleh kuar makan jadik kita BW ler..Btw, sesapa yang masuk blog aku ni tau ler yang blog aku pasai apa..banyak about TTC (Trying To Conceive).so pada sesapa yg senasib mcm aku sgt dialu-alukan utk kita tukar2 info.pada yg tak senasib cam aku pun,dialu-alukan jugak..selain tu,aku selalu update menda2 yg berlaku di sekeliling..terpulang ler pd memasing kalau nak kata blog aku boring ke tak..pilihan ditangan anda..cewahhhh.. :-)

Ramadhan

Cenderahati sempena Ramadhan

12:41


Tahun-tahun lepas,time bulan Ramadhan dapat kurma..tahun ni, tengok lain sikit..dapat coklat pulak..okey ler tu.Sedap jugak coklat. Ni cenderahati dari Kelab Sukan Dan Kebajikan Kem.Kerja Raya Malaysia sempena bulan Ramadhan.. :)

Ramadhan

Niat Puasa Ramadhan

10:34


Oleh kerana Ramadhan hanya datang setahun sekali, memang ramai yang lupa akan niatnya. Bukan tak tahu, tapi lupa. Jadi sedikit perkongsian dengan semua..

Ramadhan

Ramadhan Al-Mubarak

09:46

Untuk semua rakan-rakan bloggerku..Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan..Semoga segala amal ibadah kita pada bulan yang mulia ini, diterimaNya..

Dapur FiezaSani

Sup Tulang

15:54

Lama tak share hasil masakan aku..so hari ni nemandangkan aku cuti sebab baby besar a.k.a mr hubbyku tak sihat (berjangkit ngan aku..hehe) so harus ler memasak..mr hubby request Sup Tulang sebab dia kan selsema..sesuai ler menu tu dengan org tak baper nak sihat..Ni ler resipinya..tapi resipi ni,ada sikit-sikit aku amend..

SUP TULANG

resipi asal : K.Nor@SecubitGaram 
                   tapi aku amik dari Potret Kasih
Bahan:
*1 kg tulang lembu
*3 biji bawang merah – dimayang halus (2 biji bawang besar)
*1 ulas bawang putih – dimayang halus  (4 ulas bwg putih)
*2 in halia diketuk
*1 rempah sup bunjut &1 peket rempah sup serbuk (kecil)
*1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk
*3 biji ubi kentang 
*garam dan gula secukup rasa
*1 btg celery jika suka – tak letak
*1 kiub pati ayam 
*air secukupnya
*daun bawang dan daun sup
*3 biji cili padi - saja letak,nak bagi pedas sikit

bahan penumis :
*5 kuntum bunga cengkih
*3 biji buah pelaga
*1 btg kulit kayu manis
*1 kuntum bunga lawang

Cara-cara
1)Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih  dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

2)Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang.. (yang no.2 ni,aku skip..maksudnya aku tak keluarkan bhg.berminyak kat permukaan air rebusan tulang & masuk dalam peti ais.bila daging dah agak2 masak,aku terus ke step no.3)

3)Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

4)Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

5)Masukkan celery jika ada, cili padi dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)

6)Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah daun bawang dan daun sup.

tadaaaa..siap untuk dimakan.nyum,nyum cedappppp..


TTC

Geng TTC

07:00

Entry kat bawah ni aku terbaca kat forum Ratuhati..so aku rasa nak share jugak le kat blog aku ni.aku pun salah sorang yg tengah TTC..dah 4 tahun aku dan mr hubby masih mencuba utk  mendapat zuriat kitaorg sendiri tapi rezeki belum berpihak pada kitaorg lagi..tak pe,kitaorg akan terus mencuba sehingga berjaya..aku setuju dengan entry ni.kami geng2 TTC sgt sensitif dengan persoalan zuriat,then org bercakap macam kami2 yang TTC ni tak buat apa2 untuk mengandung tapi perlu ke kami berciter yang kami kena melalui bermacam prosedur perubatan.if citer pun pada org yg tidak mengalami apa yg kami alami ni,org2 berkenaan paham ke.tu yg kdg2 bila org tnya bagi jawapan 'tak de rezeki lagi' tapi masalahnye pulak lepas tu biler jumpe lagi kena tanya lagi.hai,ingat nak buat anak ni,harini buat,esok terus menjadik ke.tu sume keje Allah..kun fayakun.so kenkadang tu hanya bagi senyuman je la sebab nak jawab 'biler nak dapat baby?'..macam aku cakap tadi tu sume keja Allah.so pada sesapa yg ada kakak,kakak ipar,abang,abang ipar,sedara mara @ kengkawan yg dh kawen lama tapi belum ada zuriat lagi,jgn le gatai pi tnya bile nak dpt baby?okey,aku malas le nak membebel panjang2.korang baca je lah kat bawah ni..apapun aku lebih bersemangat nak TTC ni bile baca tuan punya entry kat bawah ni,dah pun berjaya preggy..alhamdulillah..semoga dia & baby sihat & selamat sehingga bersalin..

Salam...

Tahniah untuk pembaca di luar sana yang mengambil keputusan untuk mencuba petua hamil ini. Aku doakan agar Allah permudahkan jalan untuk anda mencapai hajat dan impian. Tapi jgn sesekali lupa solat dhuha dan hajat yer.(pesanan untuk diri sendiri juga).

Sebenarnya,ramai yang berstatus ttc,namun ramai yg x tahu apa itu ttc. For ur info TTc adalah singkatan untuk trying to conceive. Kebanyakan yg dalam golongan ni adalah pasangan yg telah berkahwin setahun dan ke atas yg belum dikurniakan anak lagi.

Setiap kali bila berbicara soal anak,ada geng ttc yg boleh dan ada yang x boleh menerima,kerana sesetengah dari mereka mempunyai sejarah lampau disindir mahupun di senyum sengih oleh insan2 yg berderet anaknya @ sedang mengandung. Ini merupakan faktor pertama mereka terasa.

Geng ttc sebenarnya lebih kerap ke hospital berbanding ibu2 yang sedang pregnant. Kerana ttcians harus menjalani beberapa prosedur untuk mengenal pasti masalah kesuburan yg dihadapi. Aku juga pernah merasa perjalanan ini. Bayangkan la pabila setiap kali hadir ke hospital dan bertembung dengan ibu mengandung,bagaimanakah perasaan kecil mereka? Sebak ini yg selalu mereka pendamkan. Adakah anda mengetahuinya?

Mendengar nasihat dan melakukan pelbagai cara moden untuk mengandung bukan lah 1 perjalanan yang indah,namun bila hasilnya 2 line,terasa jerih itu menjadi debu yg berterbangan. Ttcians juga banyak menghabiskan wang untuk mengandung,malah wang yang telah dihabiskan kadangkala lebih banyak dari kos seorang ibu bersalin czer di hospital swasta! Bayangkan la hati mereka bila ttcians dituduh tidak melakukan usaha yg banyak untuk mengandung. Padahal?

Anak ini akan menjadi fitrah @ pun fitnah buat kita. Terserah cara mana kita mendidik. Lambat @ cepat anak itu,yang penting adalah kualiti anak tersebut. Bagaimana si anak mampu memberi manfaat kepada ibu bapanya. Oleh itu,jgn terlalu berbangga pabila anda mudah mengandung,tapi pandanglah tanggungjawab mencorak anak tersebut mengikut acuan Islam yg lebih utama.
______________________________________________________
Kepada ttcians yg masih dan sedang berusaha,buka hati kamu seperti lautan. Laut orang campak sampah pun dia terima,begitu juga hati kita.Luaskan skop dan hati kita supaya redha dan jgn mudah terasa dengan saudara/kawan yg sedang mengandung. Aku pernah alaminya,ia juga pernah menyakitkan.Namun,pabila hati dibuka seluas lautan,hanya ganjaran Allah yg aku dambakan. :)
______________________________________________________
Kepada ibu mengandung di luar sana,kadangkala lihatlah disekeliling skop rakan kerja anda.Adakah semua sudah mendapat anak @ ada yg lama berkahwin namun belum dikurniakan anak? Jika ada yg belum dikurniakan anak,jgnlah anda terlalu ghairah bercerita perihal anak yg dikandung dihadapan mereka. Sesekali,mungkin mereka dapat menerima,namun jika tiap2 hari? patah juga hati kecil mereka.Kerana mereka juga manusia biasa yang mempunyai keinginan untuk berbadan dua. :)

Akhir kata...

salam sayang dari saya ina :)

credit to: http://hatikusuriakemboja.blogspot.com/search/label/pregnancy

kursus

Oh My English..

11:23

haishhh..dah baper hari tak mengupdate blog..kekeringan idea le der..tak pe la,ni ada idea sikit2..sekarang kan tengah hot citer oh my english ni kat Astro (w/pun sebenornya aku tak nengok..hehe) plus dengan lagu oh my english,yang LJ nyanyi..kalau kat radio ERA tu,mesti ada je lagu ni..kat opis aku pun dah terpengaruh gak ngan oh my enligsh..terpengaruh pasai apa..gomen,buat kursus le..isnin lepas aku attend ler kursus ni disamping nak mencukupkan hari berkursus aku..sesapa kerja government tau ler, dalam setahun kita kena attend 7 hari kursus..malas ler der sebenornya nak attend kursus2 ni..dah le ngan keja bertangguh sebab kursus satu hari suntuk.kat opis mmg ada staff yang ganti tempat aku tapi dia cuma jawab tepon je & standby kot2 bos aku nak suh buat apa2 keje..surat-surat yang masuk untuk hari tu mmg tak berekod ler dalam sistem aku ni..tapi dah nama keje gomen..nak tak nak, attend jugak ler kursus untuk cukupkan 7 hari berkursus..hari berkursus aku baru 3 hari termasuk yg 'Oh My English' ni :)

berbalik pada kursus 'Oh My English' yang aku attend isnin lepas, overall okey ler..tak de la heavy sgt..byk aktiviti berkumpulan sebab penceramah tu tak mau kitaorg bosan dalam bilik latihan..kena buat presentation, lakonan..janji kena cakap B.I. kat depan peserta2 lain..aku lak masa berlakon, kantoi..blur..lupa dialog (sah2 tak boleh jadik pelakon..ada ke pengarah nak amik aku berlakon..hihi)..yang partner aku,okey ler dia punya dialog..lancar je (yelah ,sbb dia pegawai)..masa aku lupa dialog tu, repeat balik dari mula sebab aku lngsung blur, nak cakap apa..nasib kali ke-2 tu, aku ingt sikit2 dialog aku w/pun ada dialog yg aku ter'miss'..sebenornye sebelum tu, kitaorg dah tulis dialog masing2..aku ler,pelupa..kata kena bercakap kat depan, mau tak blur aku..penceramah tu cakap, aku kena banyak praktis sebab aku nebes..hehe..masa dolu2 sebelum aku joint keje government, aku penah keje ngan syarikat courier as customer service.w/pun B.I. aku tak terer sangat tapi masa keje kat situ, nak tak nak kena cakap B.I. ngan customer sebab dorang walk in @ call, mesti cakap B.I..so even guna broken english, aku confident ler nak speaking2 ni..tapi sejak aku keje government, kim salam ler aku nak cakap B.I..kalau tima call dari luar pun, mesti pemanggil tu cakap B.M. je..abis camno, engslish skill aku dah kureng sikit..sikit ke..aku rasa banyak..aku tak confident langsung nak speaking2 ni..hai,aku kena asah balik skill 'oh my english'..masuk kelas cakap omputih ler nmpk gayenye.. :)

LifeStyle

Pasangan Berat Tulang

11:09

Malam tadi,ni lah topik Semanis Kurma..sebelum ni aku jarang tengok Semanis Kurma ni sebab program ni kan 'talk shaw'..aku malas sikit nak tengok program2 yg macam ni tapi semalam aku tertarik nak tengok sebabnye tajuk tu..hehe..tajuk tu mengenai pasangan yg tak membantu isteri buat kerja-kerja rumah..bukan le kata semua suami tak nak membantu isteri buat kerja rumah tapi ada ler sesetengahnya macam tu..macam ustazah cakap, bila dah berkahwin je terus suami macam dah set kat mind kerja-kerja rumah tu tanggungjawab isteri.kerja suami cari rezeki di luar..tapi di zaman sekarang ni, suami isteri bekerja..isteri bukan takat kerja kat pejabat tapi balik rumah,sambung pulak buat kerja rumah..ingat tak penat ke?harus penat,okey..kadang-kadang ada jugak suami mintak tolong urut badan sebab penat..sebagai isteri yang mithali, urut jugak w/pun isteri pun penat..tapi apapun kat sini, cuma sebagai suami tak salah rasanya kalau sama-sama berganding bahu untuk buat kerja-kerja rumah contoh macam basuh pinggan, cuci toilet, basuh, sidai &  lipat baju, kemas bilik, menyapu sampah ke @ apa2 je lah kerja rumah..bukan ler cakap suami kena buat semua tapi kalau ada jadual macam masa zaman sekolah2 dulu, ada jadual waktu..lebih senang & terurus..tak de la suami pun nak komplen, bilik air kotor, baju tak basuh & bla,bla,bla..sangat penat okey nak buat semua kerja rumah.nak2 pulak rumah jenis teres.jenuh nak menyapu sampah 2 tingkat,mengemop lantai lagi, kadang2 nak kena basuh pulak cadar2 kat setiap bilik tu.kalau yang dah ada anak, dengan anak lagi.ada sesetengah suami pulak, kalau nak mintak tolong kena cakap, tak de lah yang jenis mem'volunteer' kan diri nak menolong isteri.sebenarnya bagus jugak if suami isteri saling tolong-menolong, rumah lebih terurus.ini harapkan isteri je buat semua kerja rumah, rasa macam tak adil je. kadang-kadang isteri nak bercakap tapi kang dapat suami yang jenis pandai pulak berdebat balik, isteri kalah. so ada sesetengah isteri malas nak bercakap lebih-lebih.buat je lah kerja rumah walaupun kadang-kadang tu penat rasanya badan.

lagipun ustazah cakap perkahwinan tu kan satu perkongsian..jadi apa salahnye kalau sama-sama berkongsi & bekerjasama buat kerja rumah..selain dari membantu isteri, suami pun dapat meng'exercise'kan diri.yelah bila dah buat kerja rumah,kan berpeluh..bagus tu untuk kesihatan..

luahan perasaan

Mode : Perasan

10:14

fuh,fuh..dah berabuk blog aku ni tak berupdate..akceli weekend baru ni aku bz sikit plus ada berlaku sikit kekecohan baru2 ni kat rumah famili aku yang baru..tapi tu nanti ler aku story..yang aku nak story pasal tajuk entry ni sbb hari isnin baru ni, aku dah start sakit tekak..perit giler nak telan makanan but aku datang jugak ke ofis.hari selasa pun sama jugak,still sakit tekak..bangun2 je pagi tu aku cek suhu, tinggi 37.2 plus dengan kepala berdenyut2..tapi aku gagah jugak datang ofis memandangkan aku nak buat folder mesyuarat bos yang nak kena attend meeting  kat terengganu..hari isnin tu aku malas nak buat folder mesyuarat tu sbb dah rasa badan macam tak sihat je & aku tak ada mood sebab pagi2 tu aku cari pasal ngan mr hubby..nasib2 aku tak kena naik bas gi ofis pagi isnin tu.padan muka ngan aku ler,duk cari pasai..sapa suruh..okey,dah lari tajuk ni..so hari selasa tu, memandangkan badan aku dah tak sihat..mr hubby dah tanya nak m.c. ke tapi aku cakap tak boleh sebab nak buat folder mesyuarat bos yang ada meeting kat tgg hari rabu (betapa komitednya aku..hehe)..then hari selasa tu, kitaorg cadang nak amik 1/2 hari je sebab kebetulan pulak bos mr hubby yg kerek giler tu cuti..aku pun dah siap isi borang keluar pejabat sebab amik 1/2 hari.whatsapp ngan mr hubby,tanya pukul baper dia leh keluar..dia cakap lepas pukul 2ptg..tak pe lah,nak buat camne..kat ofis aku mmg dah tak tahan dengan kepala berdenyut2, pas tu aircond kuat sangat agaknya terus kena selsema pulak..bos aku pulak, banyak betoi dia punya cekadak..suruh buat itu la,ini la..aku dah tak larat tapi sebab aku kan pekerja cemerlang, jadik kena ler buat seperti 'saya yang menurut perintah'..hihi..lepas pukul 2,kontek terus mr hubby sebab tengok dia senyap je..tak mesej apa pun..mr hubby cakap kena keluar lambat2 sikit around pukul 3 cam tu.sebab kalau keluar awal sangat kena soal siasat dengan guard dekat ground floor..mr hubby cakap, pagi tu ada beberapa org staff dah kena tahan kat guard sebab terlewat masuk. dah macam sekolah pulak..sabar je lah aku..merepek betul ofis mr hubby.then,around pukul 3 lebih tu whatsapp lagi ngan mr hubby, tanya dia dah keluar ke belum..pun dia belum keluar lagi,masih kat ofis..smpai aku pun macam dah bengang ler jugak, aku cakap tak pe lah, tunggu je kul 5.30..tengok2 around pukul 4 baru mr hubby smpai ofis aku. sampai2 je mr hubby terus aku pun amik beg,helmet..berdesup turun kat lobi..terus balik rumah..gi klinik kat area rumah je..so smpai2 tu,dr tanya ler sakit apa?aku pun citer la sakit tekak,demam, selsema,sakit kepala..complete ler..masa dr duk cek2 tu,dr tanya ngan aku 'u pregnant ke'..terus aku jawab tak sebab 'cik p' tengah menjengah aku..takkan ler pregnant pulak,kan..balik2 umah tu,aku memang tak larat ler nak buat apa..lauk aku beli t/hari pun mintak tolong mr hubby panaskan..lepas tu pulak, masa duk baring2 tengok tv, berlari aku ke bilik air sebab muntah pulak.pas tu aku ni selalu kalau demam,jarang kena selsema. ni kena pulak.kalau korang, mau tak perasan kejap..konon2 mengandung..simptom2 dah macam org mengandung je aku tengok..aku cakap ngan mr hubby,kalau tak sebab cik p aku datang ni mmg aku dah syak aku mengandung..lepas tu kebetulan pulak kakak ipar & makcik aku tepon mr hubby,dorang tanya mr hubby kat mane.so mr hubby bagitau le 'ada kat umah sebab aku demam',pas tu dua2 tanya soklan yang sama 'fiza dah ada isi ke'..adoiyai,sabor je lah aku..sebab cik p aku datang je ni,kalau tak confirm aku pun PERASAN ingat aku mengandung.. :D

bisnes kecil-kecilan

alhamdulillah..

16:44


Alhamdulillah biz aku n mr hubby yang baru je start,nampak dah ada sambutan especially kat ofis mr hubby..member-member ofis mr hubby ramai yang cakap kek buah sedap & yang best part, ada yang repeat beli..aku banyak promo melalui fb bisnes kitaorang je..w/pun belum ada org beli lagi tapi ada le jugak yg dah menanya2.bagi aku tu pun dah satu improvement.tak pe slow2.aku pun sebelum nak add member2 yang aku rasa okey sebab aku nak tumpang promote kat fb dorang, aku inform dorang dulu.mintak izin,yelah ada sesetengah org tak suka kita tag2 gambar untuk bisnes.yang mana member okey, sume bagi  permission..alhamdulillah..semalam pas abis interview mr hubby kat Putrajaya, aku n mr hubby amik lagi stock kek.hari isnin lepas,dah amik stok & hari yg sama habis dijual..alhamdulillah..selain dari kek buah,kitaorg ada tambah jual kek coklat n kek lapis pulak..so layan le gambar kek2 aku ni..kalau berminat nak cuba kek-kek ni,boleh le tengok kat fb bisnes kitaorg Dlici Ous Cake Chinta, dijamin sekali rasa pasti nak lagi.. :D

kek buah yang dah dipotong..

kek coklat (view dari atas)

Kek coklat (view dari sisi)


kek lapis yang dah dipotong





mr hubby

S.P.A

10:00


Semalam aku nak update pasai ni tapi memandangkan guna h/p yg canggih sangat tu, tak gheti aku. Tekan huruf ni, huruf lain yg keluar..sabar je la..Okey semalam dalam pukul 9 lebih aku n mr hubby sampai kat SPA ni coz mr hubby dapat panggilan temuduga utk jawatan pembantu tadbir a.k.a kerani.sebenornye jawatan ni jauh dari minat mr hubby yang skrg keje sbg juruteknik komputer tapi datang je lah interview ni..mencuba nasib..kalau rezeki,dapat..tak da rezeki tak pe next time cuba lagi..mr hubby sebelum ni dah penah attend interview untuk jawatan Juruteknik Komputer kat SPA ni tapi cuma berjaya sebagai calon simpanan je sampai sekarang. Aku ada tanya kat member ofis yang senior, kadang-kadang calon simpanan ni ada harapan dapat tapi ikut kekosongan & rezeki..ada tu lebih dari setahun jadik calon simpanan, tup tup dapat surat panggilan kerja..tapi macam aku cakap tadi ler, ikut rezeki masing-masing..mr hubby pun dah banyak kali attend interview SPA ni cuma belum ada rezeki.

 
 
Dewan temuduga,tempat calon2 untuk ditemuduga..dulu pun aku selalu attend interview kat sini..macam2 jawatan aku penah ditemuduga..Jururawat desa,pembantu kaji cuaca,pembantu tadbir,pembantu am pejabat n alhamdulillah aku berjaya jugak dapat keje gomen sbg jawatan P.A..



nombor giliran mr hubby.tadi kitaorg terlewat sikit so dah ramai calon yg menunggu.so lepas register tadi kat kaunter,bagi resume & salinan sijil2,aku n mr hubby lepak jap kat taman (sapa yg penah attend interview kat situ,sure tahu dekat situ ada taman)..so kitaorg lepak kat situ sampai pukul 11 lebih..naik balik kat dewan temuduga tu,baru no.0411..ada 11 org lagi..jadiknye tunggu je la kat tempat menunggu..masa ni calon-calon dah tinggal sikit je berbanding masa mula2 kitaorg sampai.penuh ruang menunggu tu.

Finally, dalam pukul 12.30t/hari baru giliran mr hubby pulak untuk ditemuduga.mr hubby masuk2 je kat dalam bilik ni, aku boleh dengar suara mr hubby sbb lontaran vokal dia kuat.hehe.interview ni kejap je dalam masa 5 minit je lebih kurang.mr hubby cakap penemuduga tu pun tak banyak tanya sangat. cuma dorang tanya kenapa mr hubby nak keje ni padahal kat tempat keje mr hubby sekarang, dia dah junior eksekutif..erm,mmg ler junior eksekutif tapi gaji bayor ciput macam untuk gred 17 tapi buat kerja yang taraf pegawai..hmmmm..

new born baby

Anak Angkat

20:11

tetibe tajuk entry,mcm mengundang tanda tanya je kat korang..semalam masa tengah citer kat mr hubby pasai ni tetibe mr hubby bersore "kalau umur kita dah 35,kita masih belum ada baby,kita amik anak angkat"..aku senyap je..smpai mr hubby tnya "terasa ke dia cakap cenggitu".aku geleng kepala je..ntah ar,tak tau nak bagi reaksi macamne..

citernye gini,baru2 ni ada someone add aku kat fb tapi aku tak approved sebab tak kenal..sekali rupanye sis ni pm kat aku..dia tertarik nak kenal dengan aku sbb aku penah tulis pasal sorang member aku amik anak angkat mixed pakistan kat forum yang aku selalu masuk tu.so,dia bagitau yang dia dah sepuluh tahun kahwin tapi belum ada rezeki lagi.dia mintak tolong aku,kalau2 ada member2 yg tau ada baby mixed (pakistan) nak dijadikan anak angkat..aku dah introduce sis ni dengan member aku yg dah amik anak angkat pakistan ni..member aku ni keje nurse so tu yg sis ni mintak tlg ngan aku kalau ada info..yelah dah member aku keje nurse..paham,paham je lah..eh,lupa lak aku nak cakap napa sis ni nak amik anak angkat baby pakistan sbb dia kawen dengan org pakistan..so kalau korang ada info,pm le aku kat fb @ e-mail aku (fieza_amy81@yahoo.com) :-)

luahan perasaan

Spain Vs Italy

16:46

Daku lambat sikit update pasai EURO 2012 ni..aku bukannye peminat tegar bolasepak..gitu jugak mr hubby..entry kali ni pun bukan nak citer pasai perlawanan bola antara Spain Vs Italy semalam..citernye gini,malam tadi tengah melayan tv,sekali ada iklan  pasal perlawanan antara Sepanyol ngan Itali ni..pas tu mr hubby cakap,tu lawan untuk final..aku mmg tak tahu menahu langsung la,kan.org lain semua duk cakap pasai bola je,aku nak baca dalam paper pasai ni pun tak berminat.aku,kalau baca suratkhabar tu aku cari bahagian hiburan je..jadik berbalik pada perlawanan antara Sepanyol ngan Itali ni tetiba datang idea,aku cakap ngan mr hubby "kita bertaruh"..hihi..(bertaruh suka2 je)..aku pilih itali n mr hubby pilih sepanyol..Kalau Sepanyol menang, mr hubby akan pikirkan nak hadiah apa..Kalau Itali menang lak, aku dah aim nak corset Premium Beautiful.sebenornya amik kesempatan yeak,coz aku tertarik ngan salah sorang member aku post pasai PB ni kat wall fb sbb dia dah pakai n jual PB ni..N kebetulan pulak baru2 ni mr hubby cakap dah nampak 'spare tyre' kat bhg.pinggang aku..adoiyai,malu tau masa mr hubby tegur tu so sempena ngan perlawanan final antara Sepanyol ngan Italy ni,aku amik kesempatan lah kan..tapi aku cakap,'tak kira sapa menang..nak jugak corset PB ;)" aku pun tak sure itali leh menang ke tak..tue yg aku cakap cenggitu..hihi

Bangun pagi tadi, bukak internet..confirm sepanyol menang.. 4-0 lagi..sabor je lah aku..pas tu mr hubby cakap sebelum ni pun bila sepanyol lawan itali,itali tak penah menang..tue pasal mr hubby amik sepanyol..aku cakap ngan mr hubby 'tak nak bagitau..' tapi tak pe,kan aku dah cakap ngan mr hubby awal2,tak kira sapa menang..nak jugak corset PB..hehe..tapi dah diskuss ngan mr hubby sebelum tu pun,nanti kalau ada duit boleh la beli corset ni sebab harganya boleh tahan gak..2K..demi untuk cantik & langsing di depan mr hubby,tak pe lah..2K pun 2K la..ada lagi reason kenapa aku nak beli corset ni sebab salah satunya untuk dapat zuriat..insyallah,aku & mr hubby usaha je..

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.