kerabu ikan talapia merah & daging masak hitam

17:14

menu kitaorg hari ni :D resipi turun temurun dari mr hubby famili..dari opah ke mama mr hubby & now turunkan aku lak :D..aku dah few time try buat tapi selalu lupa nak tulis resipi.plus sebelum ni aku mana de blog, tu yg macam malas nak tulis2 dalam buku (eksennye ler aku,pdhal boleh je tulis dlm buku..dasar pemalas sbnrye..hehe)..lagipun semalam masa aku tepon mama nak tanya resipi..kena marah tapi marah manja2 je le..sbb dah baper kali mama bagi resipi, aku yg tak tulis2 dalam buku..hehe..padan muka..okey back to the topic sbbkan skrg aku dah ada blog boleh le tulis kat sini as a reminder untuk aku & share dengan sesapa yg rasa nak try jugak..this is feveret mr hubby & adik beradik dia..

Bahan-Bahan :

Ikan talapia merah - digoreng
santan
1 biji bawang - potong kecik2
2 biji cili merah - tumbuk
kerisik
belacan
asam jawa
garam

Cara-cara :

**Ikan talapia tu goreng dulu..pas tu letak ketepi..
**Santan,bawang,cili merah,kerisik,belacan,asam jawa & garam masukkan dalam periuk sekali..kacau2 & pas tu masakkan kejap dlm 1-2 minit je.DAH SIAP..sedia untuk dihidang..boleh letak kerabu ni atas ikan yg dah goreng tadi @ cicah je macam gambar kat atas..snap picture ni masa mr hubby tengah makan, tu yg tengok ikan dah kena cubit sikit..hehe..btw,kerabu ni boleh simpan dalam peti ais untuk dinner pulak.. 


2nd menu
Daging Masak Hitam

Bahan-Bahan :

1/2kg daging
Segenggam cili kering (ikut suka)
1 biji bawang merah
kicap manis
garam
gula
asam jawa

Cara-Cara : 
**Daging direbus hingga lembut
**Tos daging & perap dengan kicap manis dalam setengah jam
**Kemudian goreng daging tersebut tapi jangan sampai garing..Angkat daging & letak ke tepi dulu
**Bawang besar & cili kering diblend dengan air rebusan daging
**Guna minyak yg goreng daging tadi & tumis bahan blend (cili kering & bawang)
**Setelah bahan blend (cili kering & bawang) dah masak..masukkan kicap manis (kuantiti terpulang),gula,garam & air asam jawa..Kacau2..
**Apabila semua dah sebati, masukkan daging yg digoreng tadi.Kacau2 & jangan biarkan kering sangat..kalau suka boleh letak bawang sebagai hiasan..

You Might Also Like

2 Comment

  1. amboi, sodap eh!
    rajin masak eh
    bagus eh!
    hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eMMe : boley ler try klu2 ibu mengandung ni teringin nak rasa..hihi

      Delete