Ikan keli

14:45

Semalam lepas gi tengok umah baru adik aku kat area Kajang,aku & mr hubby singgah TESCO sebab dah kehabisan beras & bahan-bahan mentah (ikan,ayam,daging). Masa tengah2 beli bahan mentah, sekali mr hubby terberkenan pulak nak makan ikan keli..memang masa tu ada promosi ikan keli..siap dah siang semua..cuma amik, timbang, basuh & goreng..adoiiii,kesabaran je aku..sebab nak goreng ikan keli ni & rupa ikan tu. lagipun dulu sebelum aku kawen,penah abah beli ikan keli mak suh abah siangkan, basuh & goreng sebab GELI & nak goreng tu, meletup2..so korang tau le aku mewarisi dari sapa attitude ni..hehe..aku ni kalau nak goreng ikan biasa ke ayam ke,aku tak kisah..tapi ikan keli..eiiii,dah le ghupe ikan tu cam *tettt*, tak mau sebut..paham2 sendiri je lah..buatnya korang ada yg minat makan ikan keli ni,aku sesuka hati nak nak sama kan rupa ikan keli tu ngan *tetttt*..ni pada pndangan mata aku le..masa mula2 tu mr hubby nak amik 2 ekor sebab dia cakap takut tak cukup..aku cakap cukup le untuk dia & adik aku yg kebetulan ada tido kat umah kitaorg malam tadi. Peh tu bagi syarat gak suh mr hubby basuhkan ikan tu..dah dapat green light dari aku, mr hubby amik jugak sekor..itu pun dia saja tnya, kalau nak amik 2..aku geleng kepala x mo..1 je..mr hubby cakap, dia tau napa aku x kasi dia beli ikan keli ni masa mula2..dah tau napa, lagi dia nak jugak,kan????so, dah setel beli barang2 kat TESCO..balik umah, tepon mak tanya camne nak goreng ikan keli tanpa meletup2..kat bawah ni step2 dia..sorry le pes time goreng ikan keli..


ikan keli dah siap basuh, RENDAM ngan TEPUNG GANDUM & AIR ASAM JAWA sekejap untuk  ilangkan lendir2 kat ikan keli ni..mak cakap dah rendam ni masa basuh kalau ada lendir lagi, basuh sampai bersih..masa basuh ikan ni, aku pegang kat ekor je..huhu

lepas tu LUMUR ngan KUNYIT & GARAM..kasi lebey sikit garam & kunyit tu..masa lumur ikan ni ngan kunyit & garam, aku guna sudu & senduk..nak gaul guna tangan..oh noooo...
ni petua mr hubby lak..BUH GARAM dulu dalam minyak yg nak goreng ikan keli ni
ikan keli tengah digoreng..patutnya mak aku cakap suh belah 2 ikan ni tapi mr hubby x mo..huhu
siap digoreng..


dah siap goreng, apa lagi makan timeee ler..licin mr hubby kerjakan ikan keli goreng ni..mr hubby siap cakap, isi ikan keli ni sedap,lembut je..erm, mmg ler lembut la sedap le tapi aku nak pegang ikan ni pun geli..siap imaginasi aku dah ke lain..hehe..


p/s : aku tulis pasai entry ikan keli goreng ni bukan ler pasaipa..x mo le korang ingat aku ni ngengada lak,goreng ikan keli pun nak tulis kat blog????aku cuma nak tulis PETUA untuk goreng ikan keli ni je..aku ni kan pelupa sikit..kot2 nanti mr hubby request suh goreng lagi ikan keli..syg,kalau boleh tak yah ler ikan keli..ikan lain x pe.. :D

You Might Also Like

0 Comment