okey,kat sini aku nak share menu semalam yang aku masak untuk berbuka..

Menu kat atas amik dari SINI


Bahan-bahan:
  • Ikan bilis (cadangan beli ikan bilis yang jenis kecik2)
  • kacang tanah segenggam
  • bawang merah besar 1 labu (2 kalau yang agak kecil)
  • bawang putih seulas
  • Cili kering 5 - 6 biji *direndam seketika, dibasuh dan dimesin bersama bawang merah dan bawang putih*
  • air asam jawa
  • garam
  • gula (5 sudu besar)
Cara membuatnya:
  1. Mula2 panaskan minyak di dalam kuali. Setelah dibasuh bersih dan ditoskan, goreng kacang tanah sehingga masak dan kelihatan rangup. Api jangan terlalu besar, dikhuatiri kacangnya tak masak sebaliknya hangus. 
  2. Selepas keluarkan kacang dari kuali, goreng pula ikan bilis yang telah dibasuh bersih. Gorenglah sehingga masak dan juga sampai kelihatan rangup. *hendaklah digoreng kacang terlebih dahulu, kalau goreng ikan bilis dulu minyak akan kotor dan tak boleh digoreng kacang selepas itu* Setelah siap, ketepikan buat sementara.
  3. Buang minyak di dalam kuali, gantikan dengan minyak lain untuk menumis.
  4. Tumis bahan2 yang dimesin. Biar sampai masak dan bertukar warna.
  5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.*lebihkan kuantiti gula supaya dapat kurangkan rasa masin ikan bilis*
  6. Gunakan api yang kecil supaya sambal masak cantik dan likat. Setelah agak pekat dan warna dah jadi agak gelap tutup api dan biarkan sejuk untuk seketika.
  7. Campurkan sekali ikan bilis, kacang dan sambal yang sudah ditumis, gaul rata dan biarkan sejuk & sedia untuk dihidangkan.

2 Comments

  1. yeah..yg nie dh blaja dengan mama. hikhik

    ReplyDelete
  2. Cik Rongoks : akak dah few times try,yg ni baru menjadik..sebelum kawen,x mau blajar masak ngan mak..dah kawen baru tercari2 resipi dlm tenet..hehe..

    ReplyDelete