Entry kat bawah ni aku terbaca kat forum Ratuhati..so aku rasa nak share jugak le kat blog aku ni.aku pun salah sorang yg tengah TTC..dah 4 tahun aku dan mr hubby masih mencuba utk  mendapat zuriat kitaorg sendiri tapi rezeki belum berpihak pada kitaorg lagi..tak pe,kitaorg akan terus mencuba sehingga berjaya..aku setuju dengan entry ni.kami geng2 TTC sgt sensitif dengan persoalan zuriat,then org bercakap macam kami2 yang TTC ni tak buat apa2 untuk mengandung tapi perlu ke kami berciter yang kami kena melalui bermacam prosedur perubatan.if citer pun pada org yg tidak mengalami apa yg kami alami ni,org2 berkenaan paham ke.tu yg kdg2 bila org tnya bagi jawapan 'tak de rezeki lagi' tapi masalahnye pulak lepas tu biler jumpe lagi kena tanya lagi.hai,ingat nak buat anak ni,harini buat,esok terus menjadik ke.tu sume keje Allah..kun fayakun.so kenkadang tu hanya bagi senyuman je la sebab nak jawab 'biler nak dapat baby?'..macam aku cakap tadi tu sume keja Allah.so pada sesapa yg ada kakak,kakak ipar,abang,abang ipar,sedara mara @ kengkawan yg dh kawen lama tapi belum ada zuriat lagi,jgn le gatai pi tnya bile nak dpt baby?okey,aku malas le nak membebel panjang2.korang baca je lah kat bawah ni..apapun aku lebih bersemangat nak TTC ni bile baca tuan punya entry kat bawah ni,dah pun berjaya preggy..alhamdulillah..semoga dia & baby sihat & selamat sehingga bersalin..

Salam...

Tahniah untuk pembaca di luar sana yang mengambil keputusan untuk mencuba petua hamil ini. Aku doakan agar Allah permudahkan jalan untuk anda mencapai hajat dan impian. Tapi jgn sesekali lupa solat dhuha dan hajat yer.(pesanan untuk diri sendiri juga).

Sebenarnya,ramai yang berstatus ttc,namun ramai yg x tahu apa itu ttc. For ur info TTc adalah singkatan untuk trying to conceive. Kebanyakan yg dalam golongan ni adalah pasangan yg telah berkahwin setahun dan ke atas yg belum dikurniakan anak lagi.

Setiap kali bila berbicara soal anak,ada geng ttc yg boleh dan ada yang x boleh menerima,kerana sesetengah dari mereka mempunyai sejarah lampau disindir mahupun di senyum sengih oleh insan2 yg berderet anaknya @ sedang mengandung. Ini merupakan faktor pertama mereka terasa.

Geng ttc sebenarnya lebih kerap ke hospital berbanding ibu2 yang sedang pregnant. Kerana ttcians harus menjalani beberapa prosedur untuk mengenal pasti masalah kesuburan yg dihadapi. Aku juga pernah merasa perjalanan ini. Bayangkan la pabila setiap kali hadir ke hospital dan bertembung dengan ibu mengandung,bagaimanakah perasaan kecil mereka? Sebak ini yg selalu mereka pendamkan. Adakah anda mengetahuinya?

Mendengar nasihat dan melakukan pelbagai cara moden untuk mengandung bukan lah 1 perjalanan yang indah,namun bila hasilnya 2 line,terasa jerih itu menjadi debu yg berterbangan. Ttcians juga banyak menghabiskan wang untuk mengandung,malah wang yang telah dihabiskan kadangkala lebih banyak dari kos seorang ibu bersalin czer di hospital swasta! Bayangkan la hati mereka bila ttcians dituduh tidak melakukan usaha yg banyak untuk mengandung. Padahal?

Anak ini akan menjadi fitrah @ pun fitnah buat kita. Terserah cara mana kita mendidik. Lambat @ cepat anak itu,yang penting adalah kualiti anak tersebut. Bagaimana si anak mampu memberi manfaat kepada ibu bapanya. Oleh itu,jgn terlalu berbangga pabila anda mudah mengandung,tapi pandanglah tanggungjawab mencorak anak tersebut mengikut acuan Islam yg lebih utama.
______________________________________________________
Kepada ttcians yg masih dan sedang berusaha,buka hati kamu seperti lautan. Laut orang campak sampah pun dia terima,begitu juga hati kita.Luaskan skop dan hati kita supaya redha dan jgn mudah terasa dengan saudara/kawan yg sedang mengandung. Aku pernah alaminya,ia juga pernah menyakitkan.Namun,pabila hati dibuka seluas lautan,hanya ganjaran Allah yg aku dambakan. :)
______________________________________________________
Kepada ibu mengandung di luar sana,kadangkala lihatlah disekeliling skop rakan kerja anda.Adakah semua sudah mendapat anak @ ada yg lama berkahwin namun belum dikurniakan anak? Jika ada yg belum dikurniakan anak,jgnlah anda terlalu ghairah bercerita perihal anak yg dikandung dihadapan mereka. Sesekali,mungkin mereka dapat menerima,namun jika tiap2 hari? patah juga hati kecil mereka.Kerana mereka juga manusia biasa yang mempunyai keinginan untuk berbadan dua. :)

Akhir kata...

salam sayang dari saya ina :)

credit to: http://hatikusuriakemboja.blogspot.com/search/label/pregnancy

6 Comments

  1. pernah baca entry ni before..sebab chenta slh sorng followers owner blog ni. apa pun hanya golongan TTC ni je yang lebih mengetahui apa yg kita rasa...hik2

    ReplyDelete
  2. wahh fieza nak share kat blog laa boleh?

    ReplyDelete
  3. chenta : betul tu..hanya kita2 yang mengalaminye je yg paham perasaan masing2..

    sue : boleh je.. :D

    ReplyDelete
  4. ma lily pun penah baca entry ni tapi kat rh.

    ni ma lily yg kat bbt thread tu tau.hehe

    ReplyDelete
  5. salam, boleh saya tahu GENG TTC tu apa?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..sy usaha 5 tahun untuk dpt anak sulung. n 5 tahun untuk anak ke 2. sblm mengandung anak ke2 sy disahkan hamil luar kandungan n terpaksa buang tiup filopio blah kanan pd bln Februari 2011. Alhamdulillah pd jun 2011 sy disahkan hamil dan selamat bersalin pd mac 2012 n sekarang telah mengandung dan akan dijangka bersalin pd dis 2013..Untuk makluman sy hanya mengamalkan multivitamin sahaja..jenama flavettes (DAILY PLUS)..cubalah InsyaAllah berjaya..google jer..saya cuba makan stlh mendapat cadangan dari doktor di klinik je..Sj cuba amalkan start yang mengandung luar rahim tu..

    ReplyDelete