Carta BBTku

10:37

 my BBT chart Mac-Mei 2012

Kali ni aku nak citer pasai carta BBT aku pulak..pada sesapa yg baca kisah aku TTC mesti tau aku tengah buat BBT skrg dalam usaha aku & mr hubby utk.mendapat chentahati kami..akceli cycle ni aku tak on clomid @ apa2 ubat-ubatan..seperti yg dijangka cik P masih belum memunculkan diri.2 cycle yg lepas aku on clomid so cik P keluar dgn.sendirinya sbb makan clomid ni effectnya kalau tak berjaya pregnen,cik P akan keluar cuma sama ada cycle tu boleh jadik pendek @ pnjg..tue je..mcm kes aku,masa aku on clomid tu cik P tetap keluar cuma cycle day tak tetap..memandangkan clomid pun dah abis,cycle ni aku cuma buat BBT chart ni,minum pati delima,pati kurma + susu kambing..oleh sbb aku tak makan apa2 ubat cycle ni cik P aku masih belum memunculkan diri plus cik P aku mmg tak regular.ikut suka hati nak kuar biler..so dari carta BBT aku ni,aku skrg dah CD42 & masih belum menunjukkan ovulasi..haiiii,nie la kalau org yg ada PCOS cam aku..cik P mmg tak regular..makan le jamu @ supplement apa pun utk.regularkan cik P but utk.aku tak berjaya.mgkn pd org lain menjadik but pada aku tak..x pe lah..pasrah je..17 Mei 2012 ni aku jumpa gynae semula sbb 2 cycle clomid yg gynae bagi pada aku sebelum ni tak menjadik.gynae dah advise if tak menjadik,gynae suggest proceed to iui pulak..iui ni percentage menjadik @ tak 50-50..x kisah le,aku cuba je cara mana yg terbaik.menjadik ke tak,sume atas ketentuanNya..hai,tabah le wahai hati..dah le skrg ni asik dgr org pregnen,bersalin..aisshh,mencabar kesabaran sungguh.kat opis aku ni ada sorang pegawai baru kawen bulan january/februari lepas dah pregnen jugak.masa dapat tau tu,mmg le mulut aku ucap 'tahniah' kat dia tpi dalam hati x tau nak cakap..tipu la klu kata aku tak jeles,okey.lagi satu kat opis aku ni staff yg pregnen berpass baton,cuma ngan aku je baton tu tak baper nak lekat.pas tu mengenangkan time balik kg nnti,sure opah aku tu duk tnya soklan ni..opah x tau soklan tu sangat,sangat,sangattttttttttttt mengguris hati aku..w/pun bibir mengukir senyuman tapi hati tergurisssss...

You Might Also Like

3 Comment

  1. Hmm... Kt opis K pun musim org pregnant..yang kawin thn lepas semua duk bawak perut... hati ni tak tau nak cakap la camana.. huhu... Fiza... dah tak berapa hari lagi nak 17hb.. semoga Allah permudahkan ye urusan awak dan suami..Wish u all the best utk 1st IUI nanti...

    ReplyDelete
  2. salam

    semoga impian itu akan tercapai...

    tak try biodex ke? tngok macam berkesan je..

    ReplyDelete
  3. K : tue la..skrg ni duk menabahkan diri je la dgr org tu pregnen,org ni bersalin pulak..insyallah,saya cuba je la iui..jupe gynae 17hb ni tapi buat iui tu tak pasti le bile..

    sissyira : salam,bukan tak nak cuba biodex tapi baca kat tenet & experience sesetengah org yg dah guna produk ni,kuantiti produk ni utk.1/2 bulan je.so 1 bulan kena beli 2x..rega boleh tahan jugak..then,tgk org jugak.ada yg berjaya & ada yang tak..

    ReplyDelete