AFB Feeds

Tilapia Masak 3 Rasa

11:22


 Ini resipi 1-2 minggu lepas tapi baru nk share kat sini..amik resipi kat sini koleksiresepiyus.

Cara-cara nak masak seperti dibawah :-

Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan tilapia
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 5 cm halia
- 1 mangkuk kecil cili kering (dipotong kecil & telah direbus)
- 1 batang serai (diketuk)
- 2 sudu besar sos tomato / tomato puree
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 cawan air
- Gula dan garam secukup rasa
- 1 batang lobak merah (dihiris bulat2)
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- 3 tangkai cili padi (jika ingin lebih pedas) *pilihan
- 2 sudu tepung jagung, dibancuh dgn air (pekatkan kuah) *pilihan

Cara Buat:
1. Basuh dan bersihkan ikan.
2. Lumur ikan dengan garam, kunyit, dan tepung jagung.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak.
4. Angkat dan ketepikan ikan.
5. Kisar halus bawang besar, bawang putih, halia, dan cili kering.
6. Tumis kesemuanya bersama dengan serai hingga naik minyak.
7. Masukkan gula, sos tomato, sos tiram, garam, lobak merah, dan air.
8. Kacau sebati dan biarkan seketika hingga mendidih.
9. Masukkan ikan dan tomato. Angkat setelah 5 minit.
10. Sedia dihidang.

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.