weekend menu (masak lemak ketam)

19:57


Request by husband..alhamdulillah jadik..:)

Published with Blogger-droid v2.0.4

okey,ni resipinya & rujukan untuk aku jugak for next time..resipi ni aku amik kat sini mesra.net

Ketam Masak Lemak
½ kg ketam
½ biji kelapa atau a/2 peket santan serbuk
15 biji cili api atau cili kering
2.5 sm kunyit hidup
1 batang serai (dititik)
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
  1. Ketam dibersihkan dan dipotong dua. 
  2. Kelapa diperah ambil santannya. 
  3. Cili api @ cili kering, bawang merah dan kunyit ditumbuk lumat. 
  4. Setelah itu masukkan santan dan serai ke dalam periuk. Jerangkan di atas api yang sederhana sambil dikacau perlahan-lahan sampai mendidih. 
  5. Bila telah mendidih masukkan pula ketam sambil dimasak lagi.
  6. Tambahkan garam dan gula secukupnya. 
  7. Bila ketam telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

You Might Also Like

2 Comment

  1. aduhai kak berkeroncong perut tgk pic di atas..huhu sedapnye...

    ReplyDelete
  2. apa lagi lyza..try ler masak..mmg sedap pun..hehe..

    ReplyDelete