Kat bawah ni,aku nak share info yang aku dapat dari forum favourite aku  Ratuhati..Akceli member yg share info ni, dapat dari satu blog ni-ukhtiez.

Masa baca doa tu baru aku perasan ada sorang member yg aku kenal kat forum favourite aku tue penah bagi tapi aku tak amalkan baca ayat 1-4..aku terus baca doa yg no.5 tu je..so,pas ni boleh ler aku try amalkan..Insyallah..Apa pun kita berusaha + doa + tawakal= kejayaan atas izin dariNYA.

Doa mohon zuriat.
Salam ziarah.

Doa amalan yang ingin saya kongsikan di sini adalah apa yang dikongsi oleh seorang sahabat saya ketika belajar dahulu.

"Setelah 5 tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, mereka berusaha melalui perubatan Islam.Mereka bertemu dgn Ustaz Tirmizi Zainal di Melbourne(mereka berada di Melbourne ketika itu).Selepas berubat dengan ustaz, ustaz memberikan doa drp buku Perubatan Islam tulisan Dato' Harun Din."

Mereka suami isteri telah mengamalkan amalan di bawah bermula bulan Ramadhan.Atas rahmat dan kasihsayangNya,sahabat saya disahkan hamil anak sulung mereka(idris) dan hampir setahun selepas kelahiran Idris mereka dikurniakan kembar lelaki pula,SubhanaAllah.

Doa ini memang sengaja dikongsikan sahabat saya ini supaya dikongsi-kongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain.Perkongsian ini sangat mengharukan sekali bagi saya.Dan saya tidak tergamak menyimpannya sendiri.

AMALANNYA:

Setiap kali slps solat Subuh dan Maghrib, bacalah ayat di bawah:
1. Al fatihah, diikuti
2. Ayat 89 surah Al-Anbiya'
3. Ayat 38 surah Ali Imran
4. Ayat 30 surah Al-Anbiya'
5. Kemudian baca 7 kali doa berikut:

"Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As 'alullah al-'azim rabbul 'arsyil 'azim an yashfiyana."

Selain tu boleh juga amalkan zikir untuk mendapat zuriat...same2 kiter amalkan...

Ya Khaliq Ya Bari' Ya Musawwir
Wahai Tuhan yg Maha Menjadikan,Wahai Tuhan yg Maha mencipta dan yg Maha Membentuk

selamat beramal...

1 Comments

  1. salam...tertarik plak dengar kisah anda kerana kisah kita hampir serupa...hope kisah boleh tukar-tukar info ye utk sama2 dpt baby...insyaAllah dengan izinNya...

    ReplyDelete